18 February 2014

Majlis Ta'lim 14 Februari 2014



Tafsir Al Quran




Kitab Riyadhus Solihin : Imam Nawawi





Kitab Bidayatul Hidayah : Imam Ghazali





Alhamdulillah, disebalik hujan lebat membasahi bumi Setiawangsa pada malam 14.02.2014 yang lalu, pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar. Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid memulakan pengajian dengan membahaskan Tafsir Surah Ali Imran, ayat 123 hingga 128. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah bahawa:

“Segala kesuksesan, kemenangan, kejayaan itu adalah datangnya daripada Allah. Ini bukan hanya dalam Perang Badar saja, dalam apa saja urusan kita yang kita dapat - sukses dalam ‘exam’, dapat anugerah kerana sesuatu yang kita buat. 
Kalau dalam hal yang besar seperti Perang Badar itu datangnya daripada Allah, apatah lagi hal yang kecil-kecil ini. Jangan melihat diri kita hebat dengan apa saja pencapaian yang kita dapat, supaya kita tidak takbur, kerana pencapaian yang kita dapat datangnya juga daripada Allah.”

Pengajian diteruskan dengan bacaan hadis nombor 517, bab Bab Keutamaan Lapar dan Kesederhanaan Hidup dalam kitab Riyadhus Solihin. Pesan Al Habib sebagai pengajaran daripada hadis ini yang perlu kira renungkan bersama ialah:

“Kalau kamu benar-benar bertawakal kepada Allah SWT, kamu akan diberi rezeki macam mana Allah beri rezeki kepada seekor burung – keluar daripada sangkarnya dalam keadaan perut kosong, dan balik ke sangkar dalam keadaan kenyang.”

Dalam menghuraikan hadis ini, Al Habib juga menceritakan tentang ketinggian mahabbah seorang sahabat bernama Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah yang sanggup menyakiti diri sendiri demi menyelamatkan Baginda Rasulullah SAW yang cedera dalam Perang Uhud. Memetik kata-kata Al Habib, 

“Rasa sakit itu tidak dirasa bilamana yang dikasihi sakit. Ibu, kalau tengok anak sakit, walaupun ibu sakit, jadi tak sakit. Pasal apa? Kasih-sayang kepada anak itu. Macam itu juga para sahabat kepada Rasulullah SAW.”

Seterusnya, Al Habib menyambung pengajian dalam Bab “Adab-adab Seorang Murid” daripada Kitab Bidayatul Hidayah. Antara perkara yang telah diterangkan ialah hukum berdiri hormat kepada orang lain. Untuk mengetahui tentang hukum ini, atau kisah bagaimana Abu Ubaidah menyelamatkan Rasulullah SAW serta rahsia dan ilmu lain yang telah dikongsikan bersama, jangan ketinggalan untuk menonton rakaman video di atas :)

Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.














12 February 2014

Rakaman Maulid Bulanan 7 Februari 2014


Rakaman bacaan Maulid Adh Dhiya ' Ullami




Tausiyah Tetamu : Ustaz Mohd Hazri Hashim



Tausiyah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid : Wasiat Allah dari Surah Al Hujurat




Dalam Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza yang berlangsung pada 07.01.2014 yang lalu, Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan beberapa ayat daripada surah Al-Hujurat. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah agar mengamalkan:




“Ad- dabaiyyun, Al-istidyan - yakni menyelidiki, mengenal-pasti, mempastikan berita yang sampai kepada kita, yang zaman kita ini sudah tidak banyak diperhatikan ramai orang.  
Datang saja ‘sms’ atau ‘whatsapp’ atau melalui emel, terus kita komen di situ!
Al-istidyan ertinya perlu juga kepada kita untuk mengambil berat beritu itu. 
Orang yang datang bawa berita tak betul adalah orang fasiq dan sikap kita orang yang terima berita adalah untuk tidak terima bulat-bulat dulu. Ini perlu diamalkan dalam setiap peringkat – keluarga, jiran, persahabatan untuk memastikan berita yang sampai kepada kita adalah benar.
Ambil berita itu dulu, tengok betul atau tidak, kemudian baru kita beritakan sebagaimana yang sampai kepada kita, kalau perlu kepada penglibatan kita untuk ambil tindakan. Jika tidak, buat apa kita nak libatkan diri dengan perkara yang kita tak dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT."

Terdapat enam lagi wasiat penting dan beberapa kisah-kisah teladan yang telah dikongsikan bersama. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila tonton video rakaman di atas.



Alhamdulillah, Majlis Ta'lim kali ini dikunjungi oleh al Ustaz Mohd Hazri Hashim. Antara pesanan beliau adalah:
"Jalan untuk kita mendapatkan rahmat dan kasih-sayang Allah ialah dengan mengikuti dan menteladani Rasulullah SAW. Seumpama timur dan barat, utara dan selatan, semakin kita dekat dengan rahmat Allah, semakin kita jauh daripada maksiat dan kemurkaan Allah."

Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.






05 February 2014

Jemputan Ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza bersama tetamu Jemputan, Sheikh A'un al Qaddumi - 7 Februari 2014


Majlis Ta'lim Darul Murtadza dengan rendah diri menjemput semua lapisan masyarakat tidak mengira Bangsa Agama, dan usia untuk menghadiri Majlis Maulid Bulanan pada 7 Februari 2014, bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL. Majlis akan bermula awal pada pukul 9 malam. 

Mari azamkan untuk hadir dan sebarkan info ini buat manfaat bersama insyaAllah! :)

Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul Anjuran Yayasan Al Jenderami :)



Assalamualaikum

Acara tahunan yang dinanti-nantikan telah tiba! 
Semua dijemput hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran yayasan Al Jenderami pada 6 hingga 8 Februari 2014 bertempat di Kompleks Yayasan Al Jenderami, Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor Darul Ehsan.

Sila lawati laman rasmi Yayasan Al Jenderami di http://aljenderami.com.my/v31/ untuk Maklumat Lanjut. 

Jumpa anda di sana...

jemputan ke Majlis Khas Mahabbatul Rasul - Kedah Berselawat bersama Habib Syech As Seggaf


Semua dijemput hadir ke Majlis Mahabbatul Rasul bersama dengan Tokoh Qasidah dan Pendakwah yang tidak asing lagi, Al Habib Syech As Seggaf. Majlis diadakan pada 8 Februari 2014, bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Star bermula 5 petang. 

Khusus buat warga Kedah serta rakyat Malaysia, mari hadir dan sebarkan maklumat ini buat manfaat kita bersama insyaAllah. 

Wassalam. 

Majlis Khas Untuk Wanita: Maulidur Rasul s.a.w. Masjid al Bukhary Jalan Hang Tuah KL


Khas buat muslimat, Majlis Maulidur Rasul Khas akan dianjurkan di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada 15 Februari 2014 bermula 10.30pagi. Majlis bakal diserikan dengan Tausiyah dari Prof Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail. 

Sebarkan Maklumat ini buat manfaat bersama...

Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul s.a.w. : Surau Muhajirin, Jalan 5 Taman Sri Ukay, Ampang



Mari bersama-sama kita meramaikan Majlis Maulidur Rasul yang bakal berlangsung di Surau Al Muhajirin, Jalan 5, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 11 Februari 2014 bermula selepas Magrib. Majlis bakal dihadiri Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Mari sebarkan Maklumat ini untuk manfaat bersama! :)