31 January 2012

Jemputan ke "TALKSHOW" - Andai Rasulullah S.A.W. Bersama Kita



Salam Mahabbah. Dijemput semua lapisan masyarakat (muslimin & muslimat) ke program 'Talkshow' yang dianjurkan oleh Nisa' Wilayah Persekutuan seperti berikut :

Tajuk : "ANDAI RASULULLAH S.A.W BERSAMA KITA" (Lau Kana Bainana)

Tarikh : 12hb Feb 2012 (Ahad)

Masa : Bermula 9:00am - 1:00pm

Lokasi : Dewan Seminar Masjid As-Syakirin KLCC.

Panel : Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar AlHamid (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza KL).

Acara lain : Ada bacaan qasidah & tayangan slide.


"Kita berjumpa disana InsyaAllah :)"






...

30 January 2012

Pengumuman HAK (Amanah Hawi Al Khairat & Jemputan ke Majlis Pertama 2012

Jemputan ke Majlis pertama Amanah Hawi Al Khairat 2012

Detik itu...





Pagi itu Rasulullah S.A.W dengan suara terbatas-batas berkhutbah "Wahai umatku, kita semua dalam kekuasaan ALLAH SWT dan cinta kasihNYA maka taat dan bertaqwalah kepadaNYA. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Siapa yang mencintai Sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku"

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah S.A.W yang tenang dan penuh minat menatap satu persatu sahabatnya. Saiyidina Abu Bakar r.a menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Saiyidina Umar AlKhattab r.a menahan nafas dan tangisnya. Saiyidina Usman Affan r.a menghela nafas panjang. Saiyidina Ali Abi Tholib KW menundukkan kepala.

Isyarat telah datang, saatnya telah tiba, " Rasulullah S.A.W akan meninggalkan kita semua" keluh hati para sahabat. Manusia tercinta itu hampir selesai tunaikan tugasnya. Tanda-tanda itu makin kuat. Saiyidina Ali dengan memeluk Rasulullah S.A.W yang lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.




Gambar Kredit : myblog.noranizam.com

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah S.A.W masih tertutup. Di dalamnya baginda terbaring lemah dengan kening berkeringat membasahi pelepah kurma alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar salam, "bolehkah saya masuk?"
tanyanya.

Saidatina Fatimah AzZahra tidak mengizinkan masuk. "Maaf ayahku sedang demam." Dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, "siapakah itu wahai anakku" "Tidak tahulah ayahku, sepertinya baru kali ini aku melihatnya" tutur lembut Saidatina Fatimah.
Rasulullah S.A.W menatap puterinya dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah puterinya hendak dikenangnya.


Gambar Kredit : Menantidisyurga

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara & dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut" kata Rasulullah S.A.W. Saidatina Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Ketika malaikat maut datang mendekat, Rasulullah S.A.W menanyakan kenapa Jibril a.s tidak menyertainya. Kemudian di panggilah Jibril a.s yang sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih ALLAH SWT ini.

"Wahai Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan ALLAH SWT" tanya Rasulullah S.A.W dengan suara yang teramat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka & para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu" kata Jibril a.s. Ternyata itu tidak membuat baginda S.A.W lega.

Matanya masih penuh gambaran kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril a.s.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir ya Rasul ALLAH, aku pernah mendengar ALLAH SWT berfirman kepada ku, KU haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali setelah umat Muhammad S.A.W telah berada di dalamnya" kata Jibril a.s

Detik-detik semakin dekat. Saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasulullah S.A.W ditarik. Nampak sekujur tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" Rasulullah S.A.W mengadu lirih.

Saidatina Fatimah terpejam. Saiyidina Ali KW yang berada di sampingnya menunduk semakin dalam. Jibril a.s memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah S.A.W pada malaikat penghantar wahyu itu.

Gambar Kredit : RawatanIslam2U

"Siapa yang sanggup melihat kekasih ALLAH diragut ajal" kata Jibril a.s. Kemudian terdengar Rasulullah S.A.W memekik kerana sakit yang tak tertahankan. "Ya ALLAH, dahsyat sungguh maut ini, bebankan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku!!!"

Badan Rasulullah S.A.W mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Saiyidina Ali KW segera mendekatkan telinganya, " Uushikum bis shalati, wa maa malakat aymanukum. Peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah diantara kamu"




Di luar pintu tangis pun mulai terdengar bersahutan. Sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah menutupkan tangan diwajahnya. Dan Saiyidina Ali KW kembali mendekatkan telinga dibibir Rasulullah S.A.W yang mulai kebiruan, " Ummatii....ummatii....ummatii...,"

Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Betapa cinta Rasulullah S.A.W kepada kita umatnya & betapa sayangnya beliau S.A.W kepada umatnya yang belum pernah dilihatnya sekalipun...

اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه






....

29 January 2012

Senarai Majlis Maulidur Rasul 1433H di Malaysia



Assalamualaikum


Berikut adalah senarai majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2012 / 1433H (Sila Klik gambar untuk besarkan). Semua dijemput hadir..


















Anda juga boleh lawati laman web al Fansuri untuk senarai majlis yang telah di warwarkan di website mereka:-

http://majlisilmu.blogspot.com/2012/01/sambutan-maulidur-rasul-di-sekitar.html

Mohon kita bersama-sama menyebarkan informasi ini.

Terima kasih.







www.darulmurtadza.com

...

Jemputan ke Majlis Maulid Akbar 1433H di Masjid Negeri Shah Alam

28 January 2012

Siaran Ulangan : Program Khas iKIM.fm bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


Alhamdulillah, pada hari Jumaat, 27 Januari 2012, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah ke udara di iKIM.fm dalam program khas.



Seperti yang telah diumumkan di facebook ikim.fm semalam, InsyaAllah mereka akan mengadakan siaran ulangan rakaman program tersebut pada Ahad (esok, 29 Januari 2012) pada pukul 7.00am.

Anda boleh mendengar Siaran  iKiM.fm seperti yang tertera di atas. Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-

http://www.ikimfm.my/ikimfm/

atau

http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/

Semoga kita dapat sebarkan info ini dan mendapat manfaat untuk kita sekeluarga.

...

Majlis Ta'lim 27 Januari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 229 - 230)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 1)
  3. Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 6)
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Penutup Umur Kedua - ms72)


 Di akhir Majlis Ta'lim, jemaah yang hadir di ingatkan bahawa majlis Ta'lim Darul Murtadza dengan Kerjasama Masjid Al Falah USJ9 akan mengadakan Sambutan Maulidul Rasul S.A.W. seperti yangtelah di beritahu sebelum ini.


Maklumat lanjut tentang Sambutan Maulidul Rasul S.A.W. tersebut ada di link berikut:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/01/sambutan-maulidurasul-darul-murtadza.html

Mari kita pasangkan niat untuk hadir dan mengajak keluarga dan teman-teman untuk memeriahkan lagi majlis kita paa minggu hadapan.


Teruskan bersama kami pada minggu hadapan di tempat dan waktu yang sama :)






...