Mari kongsikan info ini untuk manfaat bersama.
17 January 2014
14 January 2014
Salam Maulidur Rasul dari Darul Murtadza - Lirik Qasidah Kisah Rasul
Dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
- Lirik Qasidah Kisah Rasul dendangan Habib Syech As Seggaf
Rakaman Maulid Akbar 2014
Tausiyah Habib Jindan Bin Jindan
Tausiyah Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered
Tausiyah Ustaz Zulkifli Bin Ismail
Tausiyah Al Ustaz Zainol Asri
Tausiyah Tuan Guru Sheikh Hafiz bin Selamat
Tausiyah Dato' Haji Nooh Bin Gadot
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan segala nikmat, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada 3 Januari 2014 yang lepas, bersamaan dengan Rabiul Awwal 1435 Hijrah, telah berlangsungnya Majlis Maulid Akbar 2014 anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
Belasan (jika tidak puluhan) ribu Pencinta Majlis Ilmu / Rasulullah s.a.w. telah menghadiri Majlis tersebut sejak sebelum asar. Majlis yang awalnya dalam perancangan untuk mengadakan acara perarakan Maulidur Rasul, terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
Walaubagaimanapon, ini tidak memutuskan semangat hadirin dan hadirat untuk meneruskan Majlis Maulid Akbar kali ini! Ini dibuktikan dengan jawapan survey di facebook yang menyatakan bahawa majoriti yang hadir sangguop meneruskan perarakan walaupun dengan keadaan cuaca hujan lebat. MasyaAllah!
Seterusnya majlis telah bersambung dengan bacaan ratib serta tausiyah ringkas dari ulamak yang ada. Bacaan Maulid telah berlangsung selepas magrib dan jemaah yang hadir bertambah secara berterusan sehingga ke akhir Majlis.
Majlis yang diserikan dengan kehadiran para ulamak yang tidak asing lagi kepada jemaah, dari dalam dan luar negara, telah menambahkan lagi keberkatan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Antara yang istimewa adalah Al Habib Jindan Bin Jindan dari Jakarta, YBhg Dato' Nooh Bin Gadot, Tuan Guru Hafiz Bin Selamat (Yayasan Al Jenderami), Al Ustaz Zainol Asri, serta banyak lagi yang tidak disebut namanya tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada kesemuanya.
Bertemakan "Rasulullah s.a.w. Penyatu Ummah", Majlis Maulid Akbar kali ini ternyata menampilkan sifat positif kesepaduan kita sebagai umat islam. Ini dibuktikan dengan kehadiran jemaah serta ulamak-ulamak yang datang dari latar belakang yang berbeza tetapi dapat mencapai satu objektif yang sama. Alhamdulillah!
Antara yang menarik:
![]() |
| Bendera baru yang memeriahkan Majlis |
![]() |
| Tempat Wuduk tambahan dari DBKL |
![]() |
| Jemaah dihidangkan Kuew Tiaw Goreng panas (dengan keadaan cuaca yang sejuk selepas hujan lebat) |
Bagi pihak penganjur, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kasiran kepada semua yang hadir serta yang terlibat menjayakan majlis yang penuh barakah ini. Majlis tidak akan berjalan tanpa anda semua :) Dan jika terdapat salah dan silap serta kekurangan, kami ingin meminta maaf dan akan buat yang terbaik untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Semoga semuanya mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Jangan lupa teruskan bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Wassalam
...
Majlis Ta'lim 13 Disember 2013 (Bahagian 2)
Tausiyah Istimewa : Syeikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal
Tausiyah Istimewa : Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas
Alhamdulillah, walaupun dengan keberangkatan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ke Bumi Barakah Palestine, Majlis Ta'lim tetap diteruskan serta dihadiri ribuan pencinta Majlis Ilmu.
![]() |
| Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal |
Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal serta AL Habib Abdullah Bin Ali Al Attas.
![]() |
| Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas |
Sheikh Ahmad Bin Omar Ba Fadhal dan Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas telah menyampaikan tausiyah mereka dan diterjemah oleh Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered. Al Habib Abdullah Bin Ali Al Attas juga sempat memberi ijazah Zikir / amalan kepada yang menghadiri Majlis Ta'lim mingguan kali ini.
![]() |
| Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered |
Jangan lepaskan peluang untuk istiqomah dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
:)
Majlis Ta'lim 13 Disember 2013 (Bahagian 1)
Tafsir Al Quran
Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali
Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad
Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Mingguan kali ini menampilkan Al-Habib Naqjmuddin Bin Othman Al-Khered, Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa'assabil, Shah Alam. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran tetamu dari jauh untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka.
Mari hayati rakaman pengajian kitab kali ini dan bersambung pada bahagian kedua untuk rakaman tausiyah dari tetamu istimewa.
[ Bersambung di bahagian 2]
...
Majlis Ta'lim 29 Nov 2013
Tafsir Al Quran
Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali
Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad
....
Subscribe to:
Posts (Atom)


































.jpg)
