09 November 2013
03 November 2013
Salam Maal Hijrah 1435 : Persediaan Menyambut Awal Tahun Hijrah 1435
"Didalam peredaran waktu dan putaran siang dan malam adalah tanda akan semakin hampirnya kehidupan ini kepada penghujungnya. Marilah kita berazam di tahun baru ini untuk berbekal dengan ketaatan di dunia yang tidak lama akan berakhir, demi menikmati alam yang tiada mempunyai akhiran"
Alhamdulillah sedar tidak sedar, kita telah memasuki tahun baru 1435 Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan tahun-tahun yang mendatang?
Seperti biasa, kita akan membacakan doa awal serta akhir tahun. Berikut adalah "Repost" info dari Blogpost kami yang lepas untuk manfaat semua: -
Doa Akhir Tahun
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Maksud Doa Akhir Tahun:-
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan Sahabat-sahabat baginda sekalian
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini
Maka kami belum bertaubat darpadanya.
Padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.
Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka kami sekalian memohon keampunanMu
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.
Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,
Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu
Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah
Doa Awal Tahun
Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Maksud Doa Awal Tahun:-
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Rahmat dan Sejahtera keatas Penghulu Kami Nabi Muhammad dan keatas keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.
KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.
Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat.
Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.
Dan Kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan).
Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,
Ya Allah yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat.
***
Marilah kita bersama-sama kita "share" doa ini untuk amalan semua insyaAllah.
Salam Maal Hijrah dari kami, Majlis Ta'lim Darul Murtadza :)
...
27 October 2013
Majlis Ta'lim 25 Oktober 2013
Tafsir Al Quran
Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali
Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad
Tafsir Al-Quran, ayat 84
Riyadhus Shalihin, Hadis 477 - 485
Bidayatul Hidayah, MS 130 - 131
Peringatan Umur Insan, MS 141
![]() |
| Al Ustaz Mohd Ashraff Bin Mohd Osman, dari Madrasah Tazkiyah |
Alhamdulillah Majlis Ta'lim Darul Murtadza diteruskan pada Jumaat lepas dengan pimpinan Al Ustaz Mohd Ashraff Bin Mohd Osman, dari Madrasah Tazkiyah, menggantikan AL Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang menunaikan ibadah haji.
Terima kasih atas semua sokongan dan teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadz, Kuala Lumpur setiap Jumaat, selepas Isyak, 9.30 malam di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.
:)
Majlis Ta'lim 18 Oktober 2013
Tafsir Al Quran - Surah Ali Imran
Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali
Tausiyah Istimewa - Al Habib Hud Bin Muhammad Bagir Al Attas (Jakarta, Indonesia)
Tafsir Al-Quran, 80 - 83
Riyadhus Shalihin, Hadis Hingga 476
Bidayatul Hidayah, Hingga MS 130
Peringatan Umur Insan, Hingga MS 141
Alhamdulillah Majlis Ta'lim Darul Murtadza diteruskan pada Jumaat lepas dengan pimpinan Al Ustaz Ahmad Bin Shahdan Al Hadrami, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Muhibbin, menggantikan AL Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang menunaikan ibadah haji.
Lebih menyerikan majlis adalah dengan kehadiran Al Habib Hud Bin Muhammad Bagir Al Attas dari Jakarta Indonesia. Semoga dengan kehadiran para ilmuan dari pelbagai tempat teleah melimpahkan Rahmat dariNya ke atas kita semua insyaAllah.
![]() |
| Al Habib Hud Bin Muhammad Bagir Al Attas dari Jakarta Indonesia |
Terima kasih atas semua sokongan dan teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadz, Kuala Lumpur setiap Jumaat, selepas Isyak, 9.30 malam di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.
:)
14 October 2013
Tafsir Surah Al Kahfi Ayat 28 - 38
13 October 2013
Majlis Ta'lim 11 Oktober 2013
Tafsir Al Quran - Surah Ali Imran
KItab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali
Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad
Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 11 Oktober 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:
Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 75 - 78
Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 471 - 474
Bidayatul Hidayah, MS 122 - 128
Peringatan Umur Insan, hingga MS 141
Alhamdulillah Majlis Ta'lim Darul Murtadza diteruskan pada Jumaat lepas dengan pimpinan Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered, pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'assabil, di TTDI Jaya, Shah Alam, menggantikan AL Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang sedang menunaikan ibadah haji.
Terima kasih atas semua sokongan dan teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadz, Kuala Lumpur setiap Jumaat, selepas Isyak, 9.30 malam di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.
:)
12 October 2013
Jemputan ke Majlis Bacaan Doa Hari Arafah 1434H
"InsyaALLAH teruskan majlis baik ini di sana & saya juga akan melakukan demikian di sini (Arafah). Semoga dipercepatkan kabul dari-NYA." - [Pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]
Majlis Bacaan Doa Hari Arafah 1434H
Tarikh : 14 Oktober 2013
Hari : Isnin
Masa : Bermula jam 4:00pm
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa, KL
Dipimpin : Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid
Tentatif majlis :
• Solat fardhu asar berjemaah.
• Zikir khas Dzulhijjah & doa Arafah.
• Buka puasa (InsyaAllah akan disediakan oleh pihak masjid).
• Solat fardhu maghrib berjemaah.
• Takbir raya.
• Solat sunnat Tasbih.
• Solat fardhu Isyak berjemaah.
• Bersurai.
Terbuka buat setiap lapisan masyarakat & mohon sebarkan.
...
Subscribe to:
Posts (Atom)



























