01 July 2013

Majlis Ta'lim 28 Jun 2013



Tafsir Al Quran


Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof






Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28 Jun 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 56 - 58



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 462 & 468

 Bidayatul Hidayah, MS 119 - 122 (Kitab tidak Di Bahas)




Peringatan Umur Insan, MS 145 (Kitab tidak Di Bahas)




Alhamdulillah, sekali lagi Majlis Ta'lim Darul Murtadza dikunjungi seorang tetamu khas, seorang ulamak terkemuka dari Tarim, Yaman. Beliau adalah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Berikut adalah antara gambar kenangan bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof bersama jemaah di Majlis Ta'lim Darul Murtadza:-
















Nantikan update serta pengumuman terkini dari kami dan sila sebarkan maklumat yang telah disampaikan di blog ini.

Terima Kasih kepada semua yang telah banyak membantu dan menjadi sebab majlis berjalan lancar setiap minggu! :)










29 June 2013

Lantunan Mahabbah Anjuran Darul Hadis




Asalamualaikum,

Semua dijemput untuk program Lantunan Mahabbah anjuran Darul Hadis pada 4 hingga 6 Julai 2013. Program bakal diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Antara yang bakal menghadiri majlis tersebut adalah :


  1. Al Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan (Mudir Pondok Pesantren Al Fakhriyah, Tengerang, Indonesia)
  2. Tuan Guru Hj. Salleh Musa (Mudir Madrasah Rahmaniah, Sik, Kedah)
  3. Sahibus Samahan dato' Baderudin Hj Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Kedah)
  4. Syeikh Mud Zainul Asri Hj Mohd Romli (Mudir Maahad Darul hadis, Alor Setar)
  5. Ust Syed Abdul Kadir Al Jofree (Panelis TV9, Tanyalah Ustaz)
  6. Ustaz Yusaini Bin Yahya (Mudir Maahad Tahfiz Imam An Nawawi)
  7. Ustaz Zulkifli Ahmad (Penulis dan pendakwah)



Untuk Maklumat lanjut, sila layari website berikut dan jangan lupa like dan share di laman sosial untuk sebarkan mahabbah Rasulullah s.a.w. !  :-

Website Rasmi :
http://www.darulhadis.com.my/

Blog Projek Ekonomi :
http://attijarionline.blogspot.com/

Page Rasmi Yang berkaitan Darul Hadis :

Maahad Darul Hadis :
https://www.facebook.com/pages/Maahad-Darul-Hadis/108973642503531

Mudir Darul Hadis / Syeikhul Maahad :
https://www.facebook.com/pages/Syeikh-Muhd-Zainul-Asri/123853167717545

Projek Ekonomi Darul Hadis :
https://www.facebook.com/PustakaPaksi

Lantunan Mahabbah :
https://www.facebook.com/pages/Lantunan-Mahabbah-Rasulillah/324706117558569

Yayasan PAKSI :
https://www.facebook.com/pages/YAYASAN-PAKSI/104549572934141

Jangan Lupa Acara Kemuncak Haul Syyidatina Khadijah Al Kubro


Assalamualaikum

Jangan lupa semua dijemput hadir ke Acara Kemuncak Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro anjuran Yayasan Al Jenderami pada 29 Jun 2013.

Majlis akan berlagsung di Kompleks Yayasan Al Jenderami, Lot 22719, Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di Poster di atas.


Jumpa Anda di sana!

Jemputan ke Maulid Terakhir sebelum Ramadhan 2013


a



Jemputan 

Assalamualaikum

Semua dijemput hadir untuk Sambutan Maulid Khas pada Jumaat ini. Maulid khas ini adalah maulid terakhir pada tahun 2013 sebelum bulan Ramadhan dan di dalam bulan Sya'ban, yang juga dikenali sebagai bulan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Maklumat  lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 5 Julai 2012 (Jumaat Malam)
Masa: 9.00 malam selepas Solat Isyak.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Setiawangsa)
GPS:3.178128,101.738462

Sila klik link berikut untuk Event Facebook:-

http://on.fb.me/17IEq9N

Aturcara


Ahbabul Habib 


  • Bermula setelah selesai solat Isyak, diikuti bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)
  • Bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' ini adalah bait-bait syair yang memuji serta menceritakan tentang sirah Rasulullah S.A.W. 
  • Penampilan kumpulan Hadrah Rasmi darul Murtadza iaitu kumpulan "Ahbabul Habib". 
  • Ahbabul Habib akan membawakan Qasidah "Ya Hanana" dan "Marhaban Ya Ramadhan" bermula selepas Fasal ke 3 dari Maulid Adh Dhiya Ul Laami'. 
  • Tausiyah/Ceramah dari Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, serta tetamu jemputan iaitu Al Habib Jindan Bin Novel Bin Jindan dari Indonesia. 



Parking


Sila ikuti cadangan parking di atas untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kelancaran Majlisnya Rasulallah s.a.w.
Parking untuk motosikal akan disediakan di hadapan Pintu Utama Masjid insyaAllah. 


Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, diharap jemaah yang hadir dapat mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Berikut adalah antara cadangan dari pihak pengurusan:-

1) Meletak kenderaan hanya di kawasan yang ditanda pada peta ini.

2) Menghormati hak-hak orang lain khususnya hak kawasan kejiranan yang berhampiran dengan meletak kenderaan di hadapan kawasan rumah mereka serta menganggu aliran trafik keluar masuk mereka dsb.

3) Elakkan double parking di kawasan hadapan & dalam masjid.

4) Dapat bersabar hatta terpaksa letak kenderaan jauh. InsyaALLAH setiap langkah kaki kita akan diganjari-NYA.

5) Mematuhi arahan petugas MTDM & pegawai RELA yang bertugas.

6) Mengamalkan segala ilmu, akhlak & adab yang telah kita ketahui/pelajari.


Kerjasama para jamaah amat dialu-alukan & dihargai demi menjaga kelancaran majlis serta nama baik guru tercinta kita.


Pintu Lelaki dan Wanita

Untuk pintu masuk, mohon kerjasama untuk yang hadir untuk masuk ke ruang Masjid mengikut pintu pagar lelaki dan perempuan untuk kelancaran majlis.

Pintu Utama Masjid khas untuk Lelaki

Pintu besar bertangga khas untuk wanita


Kedudukan Jemaah di dalam Masjid



  1. Kawasan Lelaki
    • Ruang Solat bertutup di dalam Masjid adalah khas buat jemaah lelaki sahaja (Biru)
    • Ruang Solat terbuka (kanan - Hijau)
  2. Kawasan Wanita
    • Ruang Solat terbuka (Kiri - Ungu)
    • Ruang terbuka bahagian belakang untuk Wanita dalam keadaan "Istimewa".


Pengguna Smartphone

Sila Download (Right Click, Save Image As, atau bagi mobile, hold & Tap dan save image) Grafik Qsidah yang bakal didendangkan oleh Ahbabul Habib seperti berikut:






Akhir Kata


Jangan lepaskan peluang keemasan ini, mari kita hadirkan diri kita di dalam majlis-majlis zikir yang baik. Bawalah sanak saudara serta kenalan kita untuk memeriahkan lagi Maulid Kas dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.


















26 June 2013

Majlis Ta'lim 21 Jun 2013



Tafsir Al Quran


Riyadhus Solihin - Imam Nawawi



Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali



Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21 Jun 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 55 - 63



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 462 & 463

 Bidayatul Hidayah, MS 119 - 122




Peringatan Umur Insan, MS 145








Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada hari Jumaat ini di masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL, selepas isyak insyaAllah. Azamkan untuk hadirya :) Jumpa anda di sana....







...

22 June 2013

Majlis - Majlis Sambutan Nisfu Syaaban - Jemput Hadir



Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersempena dengan Malam Nisfu Syaaban, terdapat pelbagai jemputan majlis dalam masa yang terdekat ini sama ada khusus untuk nisfu Syaaban atau Maulid dan Haul. Kami tidak dapat untuk menyenaraikan kesemuanya. Walaubagaimanapun, berikut adalah antara majlis-majlisnya yang boleh kita hadiri InsyaAllah :)  :-









Mari kita sebarkan maklumat ini untuk manfaat bersama insyaAllah...










Malam Nisfu Syaaban 1434H

Malam Nisfu Syaaban - Darul Murtadza

Alhamdulillah, Sekali lagi kita telah diberi peluang dariNya untuk sampai ke Bulan Syaaban pada tahun ini. InsyaAllah pada malam Isnin ini, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Syaaban. Mari kita ikuti Pesanan Al Habib ALi Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkenaan Malam Nisfu Syaaban:



Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".



Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.



Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :



1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.

2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.

3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.


* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :













InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)