a
Jemputan
Assalamualaikum
Semua dijemput hadir untuk Sambutan Maulid Khas pada Jumaat ini. Maulid khas ini adalah maulid terakhir pada tahun 2013 sebelum bulan Ramadhan dan di dalam bulan Sya'ban, yang juga dikenali sebagai bulan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W..
Maklumat lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-
Tarikh: 5 Julai 2012 (Jumaat Malam)
Masa: 9.00 malam selepas Solat Isyak.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Setiawangsa)
GPS:3.178128,101.738462
Sila klik link berikut untuk Event Facebook:-
http://on.fb.me/17IEq9N
Aturcara
Ahbabul Habib |
- Bermula setelah selesai solat Isyak, diikuti bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)
- Bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' ini adalah bait-bait syair yang memuji serta menceritakan tentang sirah Rasulullah S.A.W.
- Penampilan kumpulan Hadrah Rasmi darul Murtadza iaitu kumpulan "Ahbabul Habib".
- Ahbabul Habib akan membawakan Qasidah "Ya Hanana" dan "Marhaban Ya Ramadhan" bermula selepas Fasal ke 3 dari Maulid Adh Dhiya Ul Laami'.
- Tausiyah/Ceramah dari Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, serta tetamu jemputan iaitu Al Habib Jindan Bin Novel Bin Jindan dari Indonesia.
Parking
Sila ikuti cadangan parking di atas untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan kelancaran Majlisnya Rasulallah s.a.w. |
Parking untuk motosikal akan disediakan di hadapan Pintu Utama Masjid insyaAllah. |
Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, diharap jemaah yang hadir dapat mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Berikut adalah antara cadangan dari pihak pengurusan:-
2) Menghormati hak-hak orang lain khususnya hak kawasan kejiranan yang berhampiran dengan meletak kenderaan di hadapan kawasan rumah mereka serta menganggu aliran trafik keluar masuk mereka dsb.
3) Elakkan double parking di kawasan hadapan & dalam masjid.
4) Dapat bersabar hatta terpaksa letak kenderaan jauh. InsyaALLAH setiap langkah kaki kita akan diganjari-NYA.
5) Mematuhi arahan petugas MTDM & pegawai RELA yang bertugas.
6) Mengamalkan segala ilmu, akhlak & adab yang telah kita ketahui/pelajari.
Kerjasama para jamaah amat dialu-alukan & dihargai demi menjaga kelancaran majlis serta nama baik guru tercinta kita.
Pintu Lelaki dan Wanita
Untuk pintu masuk, mohon kerjasama untuk yang hadir untuk masuk ke ruang Masjid mengikut pintu pagar lelaki dan perempuan untuk kelancaran majlis.Pintu Utama Masjid khas untuk Lelaki |
Pintu besar bertangga khas untuk wanita |
Kedudukan Jemaah di dalam Masjid
- Kawasan Lelaki
- Ruang Solat bertutup di dalam Masjid adalah khas buat jemaah lelaki sahaja (Biru)
- Ruang Solat terbuka (kanan - Hijau)
- Kawasan Wanita
- Ruang Solat terbuka (Kiri - Ungu)
- Ruang terbuka bahagian belakang untuk Wanita dalam keadaan "Istimewa".
Pengguna Smartphone
Sila Download (Right Click, Save Image As, atau bagi mobile, hold & Tap dan save image) Grafik Qsidah yang bakal didendangkan oleh Ahbabul Habib seperti berikut:
Akhir Kata
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, mari kita hadirkan diri kita di dalam majlis-majlis zikir yang baik. Bawalah sanak saudara serta kenalan kita untuk memeriahkan lagi Maulid Kas dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
No comments:
Post a Comment