30 November 2012

Sistem "Carpool" : Khidmatus Sayyarah


Assalamualaikum

Alhamdulillah, kami dari pihak Majlis Ta'lim darul Murtadza ingin memperkenalkan sistem baru iaitu "Khidmatus Sayyarah".

Tentang Sistem


Sistem ini adalah platform untuk jemaah majlis ta'lim mingguan untuk menawar atau mencari ruang kenderaan.

Ia adalah salah satu usaha kami untuk menyelesaikan masalah pengangkutan kepada jemaah sekaligus memudahkan kepada semua untuk menghadiri Majlis Ta'lim Mingguan Darul Murtadza. Ia hanyalah satu platform komunikasi di antara jemaah Majlis Ta'lim. Buat masa ini, jemaah hanya boleh menggunakan email sahaja.

Bagaimana untuk menggunakan sistem? 


Mudah sahaja, sila ke page Khidmatus Sayyarah dan ikuti 3 langkah mudah yang telah disediakan.

Sila rujuk di sidebar website ini untuk link nya atau teruskan ke link di bawah:-



Pesanan kami

Tidak ada satu pon yang sempurna 100% termasuklah sistem Khidmatus Sayyarah. Mungkin ada ruang untuk diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Ianya masih dalam fasa percubaan yang diniatkan untuk membantu jemaah Majlis Ta'lim. Kami memohon maaf jika ada kekurangan. 


Semoga usaha ini dapat menyediakan peluang untuk semua ke Majlis Ilmu :) .



...












29 November 2012

Jemputan ke Majlis Daurah Mahabbah Al Mustofa Terengganu


Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis Tausiyah Perdana bersempena dengan Daurah Mahabbah Al Mustofa Negeri Terengganu. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 8 Disember 2012 (24 Muharram 1434h)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid (Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, KL)
Tempat: Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Jalan Sultan Mahmud, Kampung Ladang Hospital, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GPS: 5.323357,103.15037

Anjuran bersama: Ittihad Madaris Islamiah (ITMAM) & Ittihad An Nur Malaysia
Dengan Kerjasama: Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong & Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin

Khusus buat warga terengganu, kita berjumpa di sana! :)





:)

24 November 2012

Majlis Ta'lim 23 November 2012

Tafsir Al Quran




Riyadus Shalihin, Bidayatul Hidayah & Peringatan Tentang umur Insan




Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 23 November 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 282



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 416 (Ms 535)



Bidayatul Hidayah, MS 88





Peringatan Umur Insan, MS 114 (Semua Amalan Di Timbang)





















20 November 2012

Kelebihan Puasa 10 Muharam - Hari Asyura




Assalamualaikum 


Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)". (Hadith Riwayat Muslim)

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.

Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam. Mari kita puasa sehari untuk hapuskan dosa setahun.

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.








...

Mari Sebarkan Salam




Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"Sebarkanlah Salam sesama kamu kerana ia dapat menyemarakkan kasih sayang"


[ Direkodkan oleh al Hakim ]







...

17 November 2012

Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum

Dalam keadaan pergolakan yang berlaku di negara-negara saudara seagama kita, janganlah sekali-kali kita melupakan mereka. Terutama sekali pejuang-pejuang yang berada di Palestine, Syria serta yang berada berdekatan dengan kita.

Doa adalah senjata Muslim. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah Doa Qunut Nazilah:-


Doa Qunut Nazilah serta terjemahan. Sila Right Click dan Save
untuk kegunaan sendiri. Juga sesuai untuk dimuatkan dalam Smartphone.




Cara Membaca Qunut Nazilah


Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.

Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


Mari bersama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan amalkan insyaAllah.







...

14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Hijriyah




Assalamualaikum

Kami dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.

Terima kasih atas sokongan dan motivasi yang telah diberikan selama ini.

Teruskan bersama kami Setiap Jumaat, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


:)





...