25 July 2012

Kisah Seorang Wanita yang kematian Anaknya

Gambar Hiasan Kredit kepada Yukarifa Adelina Maryata

Dalam salah satu Tazkirah Ramadhannya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan tentang seorang wanita. 


Pada suatu zaman dahulu, seorang wanita sedang menangis kesedihan. Datang seorang Nabi yang diutuskan pada zaman ketika itu menanyakan hal wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia sedih atas kematian anaknya yang masih muda. Peluang untuk beribadat pon kurang jika nak dibandingkan dengan usianya sendiri yang sudah lanjut.

lalu Nabi itu pon berkata, Tak usahla bersedih atas kematian anak yang baru berusia 400 tahun.

Kata nabi itu lagi, Pada akhir zaman, umat Nabi yang terakhir nanti hanya berumur di antara 60 hingga 70 tahun sahaja.

Wanita tersebut terkejut lalu bertanyakan benarkah hal yang demikian. Lalu Nabi tersebut membenarkan apa yang diceritakannya tadi.

Gambar Hiasan: Batu Besar di Mehara. Kredit kepada Alex Putong

Wanita itu pon berkata bahawa jika dia adalah umat Nabi Akhir Zaman, tidak perlulah dia melakukan perkara-perkara yang merugikan.

Dia akan mencari satu batu yang besar. Jika matahari terbit hingga tengah Hari, dia akan berlindung pada bahagian sebelah batu yang redup untuk beribadat. 

Kemudian apabila Matahari mula terbenam, dia akan berpindah kedudukannya ke sebelah yang satu lagi untuk berteduh dan beribadat.

Begitulah keadaannya setiap hari sehinggalah dia berusia 60 tahun.

Kata Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, ini nak menunjukkan betapa singkatnya umur kita. Jadi janganlah kita mensia-siakan rezeki umur yang diberikan kepada kita. 

24 July 2012

Ramadhan : Apabila emosi kita dicuit




"Jika dicuit emosi kita (dalam bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa), hendaklah kita berkata Inni Saa'im (sesungguhnya aku sedang berpuasa) sebanyak 2 kali"

"Kali yang pertama untuk mengingatkan kepada yang mencuit emosi kita, yang kita sedang berpuasa dan jangan menjadi penyebab gugurnya segala pahala puasa kita"

"Kali yang kedua untuk mengingatkan diri kita sendiri, dan sekiranya orang yang mencuit emosi kita itu masih meneruskan perbuatannya"

- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

23 July 2012

Jemputan ke Majlis Ta'lim Akbar Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم



Dijemput hadir beramai-ramai ke majlis anjuran Yayasan Al-Jenderami bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Maklumat lanjut boleh merujuk pada poster di atas.



19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Assalamualaikum

Kami dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua.


Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang Bulan Ramadhan. 


InsyaAllah, Majlis akan bersambung seperti biasa pada 7 September 2012. 



Jangan lupa follow facebook dan twitter rasmi kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini tentang Majlis Ta'lim. 


Akhir kata, selamat beribadat dan semoga segala amalan kita semua diterimaNya pada bulan yang penuh barakah ini :)

 














...






18 July 2012

Jemputan ke Majlis Ihya' Ramadhan bersama Majlis Ta'kim Sawa' Assabil



Assalamualaikum

Semua dijemput menghadiri Maulid Ihya' Ramadhan pada 18 Julai ini. Maulid diadakan sempena meraikan kedatangan Ramadhan dan juga penangguhan pembelajaran bagi menyambut Ramadhan. 

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook kami di facebook.com/mtsawaassabil


Maklumat lanjut tentang tempat adalah seperti berikut:-

GPS: 3.104435,101.558032



View Larger Map

15 July 2012

Majlis Ta'lim 13 Julai 2012 - Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza teah berjalan seperti biasa pada 13 Julai 2012 lepas. Walaupun hanya membahaskan Tafsir Al Quran, tetapi Majlis kali ini di hiasi pelbagai RahmatNya. dan salah satu nikmat besar yang dianugerahkan kepada yang hadir pada malam tersebut adalah dengan ziarah dari Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah disampaikan oleh Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof. Semuanya boleh anda dapatkan di dalam rakaman di atas.

Terdapat juga rakaman-rakaman dari Jemaah yang hador pada malam tersebut. Anda juga boleh mencari video-video serta audio tersebut di Youtube dan kongsikan bersama keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja. Semoga usaha kecil kita kabul dan memberikan faedah kepada semua.



Majlis Ta'lim ini juga adalah majlis ta'lim yang terakhir untuk musim kali ini, sebelum bercuti selama sebulan, sepanjang bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, majlis telah diakhiri dengan bacaan Qasidah "Marhaban Ya Ramadhan".

Di dalam ucapan akhirnya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkata:

"Pihak Majlis Ta'lim darul Murtadza, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak tahun 1433 Hijriyah, insyaAllah, mudah mudahan Allah S.W.T memberikan peluang kepada kita untuk dipertemukan lagi di masa akan datang InsyaAllah,..."

"Dan apa-apa silap daripada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis Ta'lim, Mohon maaf... dan memohon agar supaya dibukakan pintu maaf sebesar-besarnya, dan jutaan terima kasih, hanya Allah S.W.T. yang akan membalas, khususnya kepada pihak Masjid Muadz Bin Jabal yang selama ini memberikan kemudahan kepada kita semua untuk bersama-sama berada di Masjid Muadz bin Jabal untuk melangsungkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Moga-moga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang besar bagi mereka bermula daripada Tuan Pengerusi, Imam, Bilal, dan semua ahli jawatan kuasa..."

"...dan juga kepada hadirin hadirat, yang istiqomah hadir dalam majlis ta'lim Darul Murtadza, mudah mudahan Allah S.W.T. menjadikan Majlis Ta'lim ini sentiasa berada di hati kita semua insyaAllah dan masing-masing rasa memiliki pada Majlis Ta'lim Darul Murtadza... dan akan berjumpa lagi..."

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung selepas Bulan Puasa iaitu pada 7 September 2012.

Terima kasih kepada semua yang telah setia bersama kami.

 Assalamualaikum w.r.t.





...






10 July 2012

Tetamu Khas: Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Majlis Ta'lim Mingguan



Assalamualaikum

Untuk makluman semua, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada minggu ini (13 Julai 2012) akan didatangi seorang tetamu khas, seorang ulamak terkemuka dari Tarim, Yaman. Beliau adalah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Marilah kita niatkan untuk hadir ke Majlis yang penuh barakah ini. Majlis Ta'lim kali ini juga adalah majlis yang terakhir sebelum berehat selama sebulan di bulan Ramadhan. InsyaAllah, akan bersambung seperti biasa pada bulan September 2012 (akan diberitahu tentang tarikhnya).

untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook dan Twitter Rasmi kami.


Jumpa anda di Sana! :)