04 February 2014

Majlis Ta'lim 31 Januari 2014


Tafsir Al Quran


Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi

Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali



...
Tafsir Al-Quran, 121 - 122

Riyadhus Shalihin, bermula dari Hadis 512 - 515

Bidayatul Hidayah, MS 158


Rumusan Pengajian


Di dalam pengajian Majlis Ta'lim darul Murtadza yang lepas (31 Januari 2014), Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan Tafsir Surah Ali Imran, dari ayat 120 - 123. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah bahawa:

"Perkara ini yang tersimpan dalam hati dan tak dapat diketahui orang lain adalah diketahui Allah Ta’ala bahkan akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT. Oleh itu, dalam setiap perkara yang dilakukan, mestilah menjaga niat di hati juga kerana Allah bukanlah melihat perbuatan luaran saja."

Pengajian diteruskan dengan kitab Riyadhus Solihin dari hadis 513 hingga 516 berkenaan bab Keutamaan Bab Bersederhana dalam Hidup.

Antara pesanan Habibuna Ali Zaenal Abidin  AL Hamid yang baik untuk kita fikirkan adalah tentang:

"Apa yang Allah sediakan di akhirat kepada orang yang pernah miskin dan kelaparan di dunia adalah jauh lebih baik. Kenapa Rasulullah SAW beritahu begini? Agar manusia tidak melihat masalah sebagai masalah, sebaliknya mencari kebaikan di sebalik setiap kesusahan yang dilalui.
Jika seseorang tahu ganjaran kesabaran atas kesusahan yang dihadapinya, pasti dia akan mengharapkan hidupnya susah sentiasa ketika di dunia."



Habib juga menyambung dalam Bab Adab seorang murid di dalam Kitab Bidayatul Hidayah. Antara adab-adab yang telah diterangkan adalah dari mula memberi salam hinggalah pemberian fokus dari murid kepada seorang guru yang patut kita amalkan, khususnya dalam Majlis Ta'lim :)

Terdapat banyak lagi rahsia dan ilmu yang telah dikongsikan bersama. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila tonton video rakaman di atas :)

Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.





...

No comments: