28 September 2013

Selamat Menunaikan Ibadat Haji,Semoga Mendapat Haji Mabrur


Assalamualaikum

Majlis Ta'lim Darul Murtadza mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji kepada Guru dan Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, AL Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid serta jemaah yang turut menjadi tetamu Allah S.W.T pada tahun ini... Semoga ibadah Haji di terima, serta mendapat Haji yang Mabrur.














17 September 2013

Jemputan ke Ceramah Perdana "Dia Di Hati" - Masjid UPM


Dari Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : "Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu." (Riwayat Muslim)

Assalamualaikum. Semua dijemput hadir ke Ceramah Perdana 
"Dia Di Hati" 

bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. 

Tarikh: 19 September 2013
Masa: 9 -10.30 Malam
tempat: Masjid Universiti Putra Malaysia
GPS: 3.001809,101.717851

Mari sebarkan pada semua untuk manfaat bersama :)


...

16 September 2013

Solat Ghaib, Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil - Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa









Pada 15 September 2013, seorang pendakwah yang ikhlas dan hebat kelahiran Jawa Barat, AL Habib Munzir Bin Fuad Bin AbdurRahman Al Musawa, telah pulang ke Rahmatullah pada usia  40 tahun.

Beliau merupakan pemimpin sebuah kelompok Zikir terbesar Indonesia, Majelis Rasulullah s.a.w. yang telah diusahakan oleh beliau selama hampir 15 tahun.

AlHabib Munzir Bin Fuad adalah anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Beliau mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.

Kunjungan Al Habib Munzir B Fuad Al Musawa di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Kuala Lumpur
(Yang pertama dan terakhir) - Al Fatihah



Setelah itu, beliau memperdalami Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, yang dipimpin oleh Habib Naqib bin Muhammad bin Syehk Abu Bakar bin Salim.

Akhirnya, al Habib Munzir menimba ilmu di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech Abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari'ah 4 tahun.

Habib Munzir kembali ke Jakarta dan mula berdakwah pada tahun 1998. 6 bulan kemudian, Habib Munzir memulai membuka majelis setiap malam Selasa.




Setelah jamaahnya semakin ramai, AL Habib Munzir memusatkan pengajiannya di Masjid Raya Almunawar Pancoran, Jasel. Hingga kini, anggotanya mencapai jutaan orang. Dia juga sering muncul di kaca TV tempatan (Indonesia) dan populariti serta kecintaan beliau dicapai hingga hampir seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid,
menceritakan tentang keperibadian Al Habib Munzir Bin fuad  Al Musawa


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Kuala Lumpur,Malaysia, dalam majlis bacaan surah Yaasin & Tahlil Arwah Al Habib Munzir Al Musawa yang diadakan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur petang tadi, telah berkongsi pengalaman manis beliau bersama Al Habib Munzir.

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza
di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur


Beliau telah menceritakan tantang keikhlasan Al Habib Munzir dalam berdakwah dan bagaimana Al Habib Munzir sangat menjaga hati orang sekelilingnya. Al Habib Munzir juga telah mempergadaikan nyawa beliau sendiri dalam perjalanan dakwahnya demi menyebarkan agama Allah s.w.t.

Solat Ghaib dari Jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza


"Setiap manusia khususnya muslim perlu ditunaikan haknya & salah satunya adalah ketika meninggal dunia. Umat Rasulullah S.A.W adalah umat yang dirahmati oleh ALLAH SWT iaitu masuk ke dalam kubur dengan membawa berbagai dosa akan tetapi bangkit kelak dengan tiada dosa kerana istighfarnya mereka yang masih hidup. Ini merupakan sunnatullah & sunnah Rasulullah S.A.W." - [Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]



Jika kita di Malaysia (dan seantara dunia yang lain) terkesan dengan pemergian Al Habib Munzir Al Musawa,apatah lagi jemaah di Jakartaserta Ahli keluarganya. Mari kita bersama-sama mendoakan yang terbaik buat Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa.

Al Fatihah.




Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa - Al Fatihah (1973 - 2013)



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik. 
(HR. Muslim)


Al Habib Munzir Bin Fuad AlMusawa - Perginya Seorang Tokoh

Tanggal 15 September 2013, kita telah kehilangan seorang pemimpin Agama dan Pecinta Rasulullah  yang dihormati di Nusantara ini. Beliau adalah tidak asing lagi, Al Habib Munzir Bin Fuad Bin AbdurRahman Al-Musawa

Antara biografi beliau untuk mengenali dengan lebih lanjut:-

Biografi Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa




Pengumuman Penting

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan menganjurkan solat ghaib & bacaan tahlil untuk Al-Habib Munzir Fuad Al-Musawa (Pemimpin Majelis Rasulullah S.A.W Jakarta)

Tarikh : 16/09/13
Hari : Isnin
Masa : Sejurus selepas solat Asar 
Lokasi : Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa, KL. 

Marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah kepada beliau. 





...

11 September 2013

"Edisi Haul al Imam Abdullah Alawi Al-Haddad 2013" : Seminar Pagi "Amanah dalam Setiap Muamalah"



Assalamualaikum

Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini, bersempena dengan Majlis Haul Al Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad, sebuah Seminar Khas akan di adakan pada 14 September 2013 ini (Sabtu), bertempat di Auditorium Yayasan Restu Kompleks Taman Seni Islam, Selangor (Berdekatan dengan Masjid Negeri Shah Alam). Majlis bermula pada pukul 9.30pagi hingga 12.30 tengah hari.

Antara Panel yang bakal berkongsi ilmu dengan kita termasuklah Sheikh Abdullah Mohamed Salem Al-Jehaf (Pemimpin Keluarga Ribatul Quran), Ustaz Ahmad Shahdan (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Muhibbin) dan Ustaz Muhammad Zulfadhli Bin Ismail (Keluarga Ribatul Quran) sebagai Moderator.

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk memeriahkan salah satu dari Taman SyurgaNya. Sebarkan info ini untuk manfaat kita bersama. Sila hubungi Tuan Haji Amir Suhaimi Bin hasan di talian +6012 267 2474 untuk keterangan lanjut.

Jumpa di sana! :)




03 September 2013

"Edisi Haul al Imam Abdullah Alawi Al-Haddad 2013" : Kuala Lumpur & Selangor



Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Haul Al Imam Abdullah Bin Alawi Al Haddad diteruskan lagi pada tahun 2013 anjuran dari Pertubuhan Amanah Hawi Al Khairat. Sila rujuk poster di atas untuk keterangan lanjut tentang Majlis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari 13 September 2013 hingga 15 September 2013 dengan majlis kemuncak pada 14 September 2013 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dihadiri ramai penceramah antara dari Yaman, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia.

Semua dijemput hadir dan mohon untuk disebarkan.




...









Jemputan ke Maulid Bulanan & Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza




Maulid Bulanan dan Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza


Tarikh : 6 September 2013
Hari : Jumaat
Masa : Bermula jam 9:00 pm
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa KL.

“Aku rindu kepada saudara-saudaraku..”, jawab Beliau 

“Bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah ﷺ ?”, tanya para sahabat r.anhum

“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian, namun aku sangat rindu kepada saudara-saudaraku”, jawab Rasulullah .

Sahabat semakin kegelisahan dan sekali lagi bertanya kepada Beliau 

“Ya Rasulullah , siapakah gerangan mereka yang engkau panggil dengan sebutan ‘saudaramu’ dan engkau sangat rindukan itu?”

Rasulullah  menjawab, “Mereka adalah umatku kelak, yang mana mereka belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku, tetapi mereka sangat merindukanku dengan tulus, ikhlas dan penuh rasa hormat kepadaku, mereka adalah orang-orang yang melanjutkan perjuanganku dan tidak jarang pula mereka meneteskan air mata kerana menahan rindu yang sangat kepadaku, aku rindu kepada mereka dan aku ingin bertemu dengan mereka…”

Jumaat yang dinanti-nantikan. Kerinduan telah dinyatakan...

Terbuka buat setiap lapisan masyarakat.
Hadirkan niat kalian & mohon sebarkan :)








"Edisi Haul al Imam Abdullah Alawi Al-Haddad 2013" : Sandakan






Assalamualaikum

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Amanah Hawi AlKhairat, akan menganjurkan Majlis Haul Imam Abdullah Alawi Al Haddad dan kali ini, majlis haul iniakan diadakan di beberapa tempat sekali gus. 

Sila rujuk poster di atas untuk maklumat Majlis Haul Al Imam Abdullah Alawi Al Haddad di Sandakan. 

Mari kita sebarkan maklumat ini untuk manfaat kita bersama :)

Ayuh warga Sandakan! :)