Pada 15 September 2013, seorang pendakwah yang ikhlas dan hebat kelahiran Jawa Barat, AL Habib Munzir Bin Fuad Bin AbdurRahman Al Musawa, telah pulang ke Rahmatullah pada usia 40 tahun.
Beliau merupakan pemimpin sebuah kelompok Zikir terbesar Indonesia, Majelis Rasulullah s.a.w. yang telah diusahakan oleh beliau selama hampir 15 tahun.
AlHabib Munzir Bin Fuad adalah anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Beliau mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.
Kunjungan Al Habib Munzir B Fuad Al Musawa di Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Kuala Lumpur (Yang pertama dan terakhir) - Al Fatihah |
Setelah itu, beliau memperdalami Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, yang dipimpin oleh Habib Naqib bin Muhammad bin Syehk Abu Bakar bin Salim.
Akhirnya, al Habib Munzir menimba ilmu di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech Abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari'ah 4 tahun.
Habib Munzir kembali ke Jakarta dan mula berdakwah pada tahun 1998. 6 bulan kemudian, Habib Munzir memulai membuka majelis setiap malam Selasa.
Setelah jamaahnya semakin ramai, AL Habib Munzir memusatkan pengajiannya di Masjid Raya Almunawar Pancoran, Jasel. Hingga kini, anggotanya mencapai jutaan orang. Dia juga sering muncul di kaca TV tempatan (Indonesia) dan populariti serta kecintaan beliau dicapai hingga hampir seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, menceritakan tentang keperibadian Al Habib Munzir Bin fuad Al Musawa |
Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Kuala Lumpur,Malaysia, dalam majlis bacaan surah Yaasin & Tahlil Arwah Al Habib Munzir Al Musawa yang diadakan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur petang tadi, telah berkongsi pengalaman manis beliau bersama Al Habib Munzir.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil anjuran Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur |
Beliau telah menceritakan tantang keikhlasan Al Habib Munzir dalam berdakwah dan bagaimana Al Habib Munzir sangat menjaga hati orang sekelilingnya. Al Habib Munzir juga telah mempergadaikan nyawa beliau sendiri dalam perjalanan dakwahnya demi menyebarkan agama Allah s.w.t.
Solat Ghaib dari Jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza |
"Setiap manusia khususnya muslim perlu ditunaikan haknya & salah satunya adalah ketika meninggal dunia. Umat Rasulullah S.A.W adalah umat yang dirahmati oleh ALLAH SWT iaitu masuk ke dalam kubur dengan membawa berbagai dosa akan tetapi bangkit kelak dengan tiada dosa kerana istighfarnya mereka yang masih hidup. Ini merupakan sunnatullah & sunnah Rasulullah S.A.W." - [Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]
Jika kita di Malaysia (dan seantara dunia yang lain) terkesan dengan pemergian Al Habib Munzir Al Musawa,apatah lagi jemaah di Jakartaserta Ahli keluarganya. Mari kita bersama-sama mendoakan yang terbaik buat Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment