Maulid Bulanan dan Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Tarikh : 6 September 2013
Hari : Jumaat
Masa : Bermula jam 9:00 pm
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa KL.
“Aku rindu kepada saudara-saudaraku..”, jawab Beliau ﷺ
“Bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah ﷺ ?”, tanya para sahabat r.anhum
“Kalian sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian, namun aku sangat rindu kepada saudara-saudaraku”, jawab Rasulullah ﷺ.
Sahabat semakin kegelisahan dan sekali lagi bertanya kepada Beliau ﷺ
“Ya Rasulullah ﷺ, siapakah gerangan mereka yang engkau panggil dengan sebutan ‘saudaramu’ dan engkau sangat rindukan itu?”
Rasulullah ﷺ menjawab, “Mereka adalah umatku kelak, yang mana mereka belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku, tetapi mereka sangat merindukanku dengan tulus, ikhlas dan penuh rasa hormat kepadaku, mereka adalah orang-orang yang melanjutkan perjuanganku dan tidak jarang pula mereka meneteskan air mata kerana menahan rindu yang sangat kepadaku, aku rindu kepada mereka dan aku ingin bertemu dengan mereka…”
Jumaat yang dinanti-nantikan. Kerinduan telah dinyatakan...
Terbuka buat setiap lapisan masyarakat.
Hadirkan niat kalian & mohon sebarkan :)
No comments:
Post a Comment