30 December 2012

Jemputan Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Masjid Alfalah USJ9




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Masjid Al Falah USJ 9. Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 31 Disember 2012 (Isnin)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Masjid Al Falah USJ9
GPS: 3.044842, 101.587743

InsyaAllah, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid akan menterjemahkan tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar al Saggof.

Jumpa di sana!





:)

29 December 2012

Kenangan Majlis Ta'lim terakhir Sesi 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 28 Disember 2012. Majlis juga turut dihadiri tetamu khas dari Yaman, Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, guru-guru serta para habaib yang lain.

Tidak lupa juga dengan kehadiran Ayahanda Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sendiri, iaitu Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid, yang datang dari Indonesia dan menambahkan lagi seri pada Majlis.

Berikut adalah gambar-gambar Majlis Ta'lim 28 Disember 2012 sebagai kenangan kita bersama (Kredit kepada fotografer - Jazakallah Khair! :) ):-

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid meraikan kedatangan Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggofdi Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof,diterjemah oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, serta Ayahandanya, Al Habib Abu Bakar Bin Salim Al Hamid

Antara yang hadir dalam Majlis Ta;lim Darul Murtadza

Turut memeriahkan Majlis adalah Al Habib Ali Bin Syeikh Abu Bakar  (Kanan sekali), dari Tarim, Yemen. Beliau juga antara guru Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Demikian keistimewaan ilmu. Orang yang dapat, semakin haus. Kalau makanan, minuman, orang dah minum, rasa dia puas. Tapi ilmu, orang semakin minum, semakin dia merasa haus kepada ilmu tersebut. - Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ketika menyambut kehadiran Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.



Jazakallah Khairan Kathiran kepada semua yang telah hadir, membantu secara langsung atau pon tidak langsung, yang akhirnya menjadi penyebab Majlis Ta'lim Darul Murtadza berjalan dengan lancar.

Teruskan bersama kami setiap minggu pada hari Jumaat, selepas isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.




:)




Majlis Ta'lim 28 Disember 2012- Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Tafsir Al Quran



Riyadhus Solihin 





Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Qasidah "Qad Kafani"




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28 Disember 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 1=4



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 425

Kitab tidak dibahas, digantikan Slot Khas Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof
 Bidayatul Hidayah, MS 96 (Adab-adab Menjadi Imam & Adab-adab Menjadi Makmum)




Kitab tidak dibahas, digantikan Slot Khas Tausiyah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof
Peringatan Umur Insan, MS 117 - 119




Alhamdulillah, seperti yang telah diwar-warkan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah dihadiri tetamu istimewa, seorang ulamak terkemuka dari Tarim iaitu Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Dalam ucapan pengenalannya, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkata:-


"Alhamdulillah, kita dapat bersemuka lagi dengan beliau (Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof). Mengambil Peluang dengan kehadiran beliau, dengan ilmu yang ada, dan juga ingin menunaikan satu pesanan daripada Saiyiduna Luqman Al Hakim yang mengatakan dalam wasiatnya kepada anaknya: 
"Wahai anakku, duduklah dengan para ulamak dan rapatkan lututmu dengan lututnya." 
Sesungguhnya Allah akan menghidupkan Hati seseorang dengan Ilmu, Seperti mana Allah menghidupkan tanah dengan turunnya air hujan. 
Tumbuh-tumbuhan itu, dengan turunnya air hujan, demikian, duduk dengan para ulamak akan mendapatkan ilmu insyaAllah.  
Duduknya saja adalah satu keberkatan, apatah lagi mendapatkan ilmu daripada para ulamak.  
Alhamdulillah, kita didatangi Habib Kadzim Al Saggof, kita amat hauskan pada ilmu yang ada pada beliau, yang banyak beliau mengambil daripada para ulamak yang besar di Hadramaut dan juga di luar Hadramaut.   
Kita amat kehausan dengan ilmu yang ada pada beliau dan tentunya kita semua adalah pencari ilmu. Dant tak ada yang puas dengan ilmu. Walaupun sudah dapat, akan semakin haus dengan ilmu.  
Demikian keistimewaan ilmu. Orang yang dapat, semakin haus. Kalau makanan, minuman, orang dah minum, rasa dia puas. Tapi ilmu, orang semakin minum, semakin dia merasa haus kepada ilmu tersebut."


Jadi, sama-samalah kita dengarkan rakaman di atas serta menyebarkannya. Semoga usaha kita menjadi manfaat untuk diri kita dan semua :)

Sila ke link di bawah untuk gambar kenangan majlis ini:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/12/kenangan-majlis-talim-terakhir-sesi-2012.html







:)

28 December 2012

Tetamu Khas: Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Majlis Ta'lim 28 Disember 2012

Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Assalamualaikum

Untuk makluman semua, insyaAllah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada malam ini (28 Disember 2012) akan dihadiri seorang tetamu khas, seorang ulamak terkemuka dari Tarim, Yaman. Beliau adalah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.



Marilah kita niatkan untuk hadir ke Majlis yang penuh barakah ini. untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook dan Twitter Rasmi kami.


Jumpa anda di Sana!





:)

26 December 2012

Jemputan ke Majlis Kuantan Berselawat



Assalamualaikum

Semua dijemput untuk menghadiri Majlis "Kuantan Berselawat" yang bertemakan "Cinta Rasulullah (S.A.W.), Menyatukan Ummah". Maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh: 29 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula 5.00pm
Lokasi: Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kuantan
GPS: 3.773042,103.258941
Tetamu Jemputan: 
  1. Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid (Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza)
  2. Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof (Ulamak dari Yaman)

Majlis ini juga adalah bersempena dengan Majlis Pelancaran Jelajah Mahabbah Rasulullah S.A.W. Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur. 

Kita berjumpa di sana! :)










:)

22 December 2012

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 11

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 11

 


"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

'Rukun Nikah (Siri 3)'







...

Jemputan ke Ceramah Perdana Masjid Bukit Antarabangsa : "Adil dan Ehsan"







Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Ceramah Perdana  
yang mengisar tentang 

"Adil dan Ehsan"


Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 23 Disember 2012 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Bukit Antarabangsa
GPS: 3.177946,101.768845

Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)

Majlis Ta'lim 21 Disember 2012


Tafsir Al Quran



Riyadhus Solihin



Bidayatul Hidayah



Peringatan Tentang Umur Insan



Sesi Soal Jawab






Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21 Disember 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 1



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 421 - 424



Bidayatul Hidayah, MS 96 (Adab-adab Menjadi Imam & Adab-adab Menjadi Makmum)





Peringatan Umur Insan, MS 117 - 119







Qasidah Penutup





Barakallah Fikum :)

17 December 2012

Madrasah Ar-Raudhah An Nabawiyyah - Pengambilan Pelajar Januari 2013



Assalamualaikum

Madrasah Ar-Raudhah An Nabawiyyah

Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh merujuk poster di atas untuk kemasukkan pelajar Sesi Januari 2013 ke Madrasah Ar-Raudhah An Nabawiyyah, di Janda Baik, Bentong, Pahang. 



"PENGAMBILAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA" 

"Ujian Pemilihan akan diadakan pada 25 Disember 2012"


Mengapa Belajar Di Sini? : 




  • Sistem pengajian berasrama Sistem Pengajian Tahfiz Al-Quran : 8 Juzuk setahun 
  • Sistem Pengajian Agama secara bertalaqqi 
  • Pengajian Bahasa Arab dari tenaga pengajar lepasan timur tengah 
  • Suasana pembelajaran yang nyaman dan kondusif 
  • Pelbagai aktiviti pembinaan sahsiah & peribadi 
  • Pelbagai aktiviti riadah Peluang bertemu para ulama dunia

Syarat - Syarat Kemasukan


  • Lelaki, berumur 13 tahun sahaja. 
  • Mempunyai kemampuan membaca Al-Quran dengan baik 
  • Berminat dan berpotensi untuk menjadi Hafiz Al-Quran 
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR 
  • Mampu dan mahir menulis & membaca tulisan jawi 



Berminat?




Telefon: 03-42652925
SMS :018-2417416

atau email pertanyaan ke : yayasanalabrar@yahoo.com

Alamat Urusan Pengambilan Pelajar :

YAYASAN AL ABRAR
No.39, Tingkat 1 Jalan Setiawangsa 11A
Taman Setiawangsa 54200, Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-42652925


"PENGAMBILAN TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA" 

"Ujian Pemilihan akan diadakan pada 25 Disember 2012"


Jadi Tunggu apa lagi? 

Hubungi Mereka Sekarang :)
















15 December 2012

Majlis Ta'lim 14 Disember 2012

Tafsir Al Quran


Riyadhus Solihin


Bidayatul Hidayah


Peringatan Tentang Umur Insan


Q&A - Cara menjadi Makmum kepada yang Sedang Bersolat





Assalamualaikum.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini menampilkan Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered, pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'assabil, di TTDI Jaya, Shah Alam.


Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered,
pembimbing 
Majlis Ta'lim Sawa'assabil, di TTDI Jaya, Shah Alam

Antara yang memeriahkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 Disember 2012
adalah  tetamu yang datangnya dari Seiyun, Yemen.



Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 Disember 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 285-286



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 420



Bidayatul Hidayah, MS 93-95





Peringatan Umur Insan, MS 116 - 117









Barakallah Fikum :)















:)

11 December 2012

Yang Muda Disayangi - Yang Tua Dihormati




Assalamualaikum

Sabda Rasulullah S.A.W.:-

"Tidak termasuk golongan kami sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua"

[direkod oleh Tarmizi & Ahmad]








:)

10 December 2012

Primier Filem Berkisar tentang Jelajah Dakwah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz




Assalamualaikum

Islamic & Strategies Studies Institute (ISSI) dengan sukacitanya akan menganjurkan Tayangan Primier Filem yang berkisar tentang Jelajah Dakwah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz

Di dalam sesi premier filem tersebut, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza serta Sidi Fuad Nahdi, dari Radical Middle Way, UK akan memberikan komentar.  

Premier filem ini akan ditayangkan di tempat dan tarikh-tarikh berikut:-

"Kuala Lumpur Primiere"

Tarikh: 5 Januari 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Auditorium, Islamic Arts Museum, Kuala Lumpur 
GPS Koordinat: 3.142972,101.689482
Tiket: RM75

"IIUM Charaty Show"

Tarikh: 6 Januari 2013
Hari: Ahad
Tempat: Main Auditorium, International Islamic University Malaysia (IIUM/UIA), Gombak
GPS Koordinat: 3.257064,101.733343
Tiket: RM25

Tentang Filem ini



"1 Kota yang hebat, 2 Tradisi yang diberkati, 

Terbongkarnya Rahsia, dan Sejarah diingati semula..."


Pada bulan Mac 2011, satu persidangan ulama Islam telah dianjurkan di bandar purba Fez, Maghribi (Morocco) dengan objektif mencari harapan dan wawasan baru bagi masa depan dunia Islam.

Antara peserta antarabangsa yang hadir dalam sidang kemuncak bersejarah yang dipengerusikan oleh Shaykh Abdallah Bin Bayyah ini adalah Habib Umar bin Hafiz, seorang ulama yang terkenal dan pengasas Darul Mustafa di Tarim, Yaman.

Ia adalah lawatan pertama Habib Umar ke Maghribi. Filem ini telah merakamkan kisah perjalanan beliau di kota Fez yang dihiasi dengan kerohanian, pengetahuan serta sejarah. Antara yang menarik adalah "scenary" Habib Umar bin Hafiz di laluan-laluan Universiti Qarawiyyin, busling souk streets, sanktuari pergunungan Moulay Idris dan banyak lagi.

Rahsia-rahsia kota bersejarah serta nilai-nilai Islam dikongsi bersama oleh Habib Umar bin Hafiz di dalam filem ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di sesi premiernya! :)


Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi:-

Nordin Md Yunus (019-380-6616)
Amran Che Noh (019-272-2946)
Rasmuna Mazwan (012-274-0644)
Pejabat ISSI (03-6274-1551)




:)


08 December 2012

Kenangan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 7 Disember 2012 (Bahagian 3) - Antara yang menarik?

Assalamualaikum

Setiap Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza mesti ada yang menarik. Sama ada kita sedar atau pun tidak. Ia bergantung kepada pengalaman setiap jemaah yang hadir dan setiap pengalaman adalah unik antara satu dengan yang lain.

Dalam blogpost ringkas kali ini, ingin kami kongsikan antara kenangan di Majlis Maulid Bulanan semalam.

Kehadiran tetamu-tetamu



Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil)

Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid, yang didatangkan khas dari Tarim, Yaman oleh   Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz untuk Madrasah At Tazkiyah, cawangan Darul Mustofa (Taman) di Malaysia.

Barisan Habaib yang hadir pada Malam Majlis Maulid Bulanan, dari Kanan, Al Habib Mahdi B Abu Bakar Al Hamid,  Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dan Al-Habib Naqjmuddin Bin Usman Al-Khered


Ketika Bacaan Bait-bait Syair Maulid Adh Dhiya ul Laami' yang menceritakan riwayat hidup Rasulullah S.A.W. karangan Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz. dan diselangi Qasidah-qasidah (atau Nasyid) yang memuji-muji Rasulullah S.A.W


Antara Ribuan Jemaah yang hadir dari dekat serta jauh demi kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. 

Untuk yang jauh atau tidak berpeluang untuk hadir, rakaman disediakan. 



Kempen



Terdapat juga Jemaah yang berusaha berkempen untuk membantu Saudara Seagama yang sedang diduga olehNya dengan mengumpulkan sumbangan dalam bentuk Setokin dan Kain Shawl Pashmina. Alhamdulillah sambutan pada malam tadi sungguh menggalakkan. Kami bagi pihak penganjur ingin mengucapkan Jazakallah Khairatas prihatin serta sumbangan semua.  :)

Gerai SekitarMajlis Maulid (dan Majlis Ta'lim Setiap Jumaat Malam)


Setiap Jumaat Malam ketika Majlis Ta'lim Darul Murtadza (dan Majlis Maulid Bulanan), terdapat pelbagai gerai di bahagian hadapan luar masjid yang menjual pelbagai jenis barangan dari pakaian muslimin dan muslimat, CD Maulid, qasidah, wangi-wangian, siwak, makanan, bokhor hinggalah buku-buku / kitab rujukan Majlis Ta'lim dan kitab-kitab Maulid. 










Mari kita azamkan untuk hadir di setiap Majlis ilmu dan zikirseperti di Masjid Muadz Bin Jabal. Suasana meriah setiap Jumaatmembuatkan semua inginhadir setiap minggu untuk ilmu serta beramah mesra merapatkan ukhwah.

Jangan lupa temujanji kita setiap Jumaat, 9.30 malam di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Wassalam.





:)