08 December 2012

Kenangan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 7 Disember 2012 (Bahagian 3) - Antara yang menarik?

Assalamualaikum

Setiap Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza mesti ada yang menarik. Sama ada kita sedar atau pun tidak. Ia bergantung kepada pengalaman setiap jemaah yang hadir dan setiap pengalaman adalah unik antara satu dengan yang lain.

Dalam blogpost ringkas kali ini, ingin kami kongsikan antara kenangan di Majlis Maulid Bulanan semalam.

Kehadiran tetamu-tetamu



Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil)

Al Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid, yang didatangkan khas dari Tarim, Yaman oleh   Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz untuk Madrasah At Tazkiyah, cawangan Darul Mustofa (Taman) di Malaysia.

Barisan Habaib yang hadir pada Malam Majlis Maulid Bulanan, dari Kanan, Al Habib Mahdi B Abu Bakar Al Hamid,  Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dan Al-Habib Naqjmuddin Bin Usman Al-Khered


Ketika Bacaan Bait-bait Syair Maulid Adh Dhiya ul Laami' yang menceritakan riwayat hidup Rasulullah S.A.W. karangan Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz. dan diselangi Qasidah-qasidah (atau Nasyid) yang memuji-muji Rasulullah S.A.W


Antara Ribuan Jemaah yang hadir dari dekat serta jauh demi kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. 

Untuk yang jauh atau tidak berpeluang untuk hadir, rakaman disediakan. 



Kempen



Terdapat juga Jemaah yang berusaha berkempen untuk membantu Saudara Seagama yang sedang diduga olehNya dengan mengumpulkan sumbangan dalam bentuk Setokin dan Kain Shawl Pashmina. Alhamdulillah sambutan pada malam tadi sungguh menggalakkan. Kami bagi pihak penganjur ingin mengucapkan Jazakallah Khairatas prihatin serta sumbangan semua.  :)

Gerai SekitarMajlis Maulid (dan Majlis Ta'lim Setiap Jumaat Malam)


Setiap Jumaat Malam ketika Majlis Ta'lim Darul Murtadza (dan Majlis Maulid Bulanan), terdapat pelbagai gerai di bahagian hadapan luar masjid yang menjual pelbagai jenis barangan dari pakaian muslimin dan muslimat, CD Maulid, qasidah, wangi-wangian, siwak, makanan, bokhor hinggalah buku-buku / kitab rujukan Majlis Ta'lim dan kitab-kitab Maulid. 










Mari kita azamkan untuk hadir di setiap Majlis ilmu dan zikirseperti di Masjid Muadz Bin Jabal. Suasana meriah setiap Jumaatmembuatkan semua inginhadir setiap minggu untuk ilmu serta beramah mesra merapatkan ukhwah.

Jangan lupa temujanji kita setiap Jumaat, 9.30 malam di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Wassalam.





:)










No comments: