31 July 2012
Rakaman TV ALHijrah - Program Bual Bicara Istimewa Ramadan & Syawal bertajuk ‘Ahlul Zikri’
TVAlhijrah dengan kerjasama MNRB & Takaful Ikhlas akan mengadakan rakaman program bual bicara Istimewa Ramadan & Syawal bertajuk ‘Ahlul Zikri’ yang akan menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, seorang tokoh agama muda yang tidak asing lagi.
Jika anda mempunyai persoalan tentang topik Ramadan Satu Perjuangan : 'Andai Ini Ramadan Terakhir' dan juga Syawal Satu Kemenangan : 'Kembali Kepada Fitrah'. Ajukan kepada pihak TV AlHijrah di ruangan komen dibawah post ini yang berkaitan poster di atas, linknya seperti berikut:-
5 soalan terbaik bagi setiap topik akan menerima hadiah istimewa dari TVAlhijrah & soalan akan di ajukan kepada Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid semasa rakaman.
Tarikh akhir : 1 Ogos 2012.
29 July 2012
Mimbar Al Huda - Episod 8
Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 8
"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"
'Nikah Yang Barakah (Siri 2)
...
'Nikah Yang Barakah (Siri 2)
...
Mimbar Al Huda - Episod 7
Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 7
"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"
'Nikah Yang Barakah (Siri 1)'
...
'Nikah Yang Barakah (Siri 1)'
...
25 July 2012
Kisah Seorang Wanita yang kematian Anaknya
![]() |
| Gambar Hiasan Kredit kepada Yukarifa Adelina Maryata |
Dalam salah satu Tazkirah Ramadhannya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan tentang seorang wanita.
Pada suatu zaman dahulu, seorang wanita sedang menangis kesedihan. Datang seorang Nabi yang diutuskan pada zaman ketika itu menanyakan hal wanita tersebut.
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedih atas kematian anaknya yang masih muda. Peluang untuk beribadat pon kurang jika nak dibandingkan dengan usianya sendiri yang sudah lanjut.
lalu Nabi itu pon berkata, Tak usahla bersedih atas kematian anak yang baru berusia 400 tahun.
Kata nabi itu lagi, Pada akhir zaman, umat Nabi yang terakhir nanti hanya berumur di antara 60 hingga 70 tahun sahaja.
Wanita tersebut terkejut lalu bertanyakan benarkah hal yang demikian. Lalu Nabi tersebut membenarkan apa yang diceritakannya tadi.
| Gambar Hiasan: Batu Besar di Mehara. Kredit kepada Alex Putong |
Wanita itu pon berkata bahawa jika dia adalah umat Nabi Akhir Zaman, tidak perlulah dia melakukan perkara-perkara yang merugikan.
Dia akan mencari satu batu yang besar. Jika matahari terbit hingga tengah Hari, dia akan berlindung pada bahagian sebelah batu yang redup untuk beribadat.
Kemudian apabila Matahari mula terbenam, dia akan berpindah kedudukannya ke sebelah yang satu lagi untuk berteduh dan beribadat.
Begitulah keadaannya setiap hari sehinggalah dia berusia 60 tahun.
Kata Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, ini nak menunjukkan betapa singkatnya umur kita. Jadi janganlah kita mensia-siakan rezeki umur yang diberikan kepada kita.
24 July 2012
Ramadhan : Apabila emosi kita dicuit
"Jika dicuit emosi kita (dalam bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa), hendaklah kita berkata Inni Saa'im (sesungguhnya aku sedang berpuasa) sebanyak 2 kali"
"Kali yang pertama untuk mengingatkan kepada yang mencuit emosi kita, yang kita sedang berpuasa dan jangan menjadi penyebab gugurnya segala pahala puasa kita"
"Kali yang kedua untuk mengingatkan diri kita sendiri, dan sekiranya orang yang mencuit emosi kita itu masih meneruskan perbuatannya"
- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
23 July 2012
Jemputan ke Majlis Ta'lim Akbar Ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
Dijemput hadir beramai-ramai ke majlis anjuran Yayasan Al-Jenderami bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Maklumat lanjut boleh merujuk pada poster di atas.
19 July 2012
Selamat Menyambut Ramadhan dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Assalamualaikum
Kami dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang Bulan Ramadhan.
InsyaAllah, Majlis akan bersambung seperti biasa pada 7 September 2012.
Jangan lupa follow facebook dan twitter rasmi kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini tentang Majlis Ta'lim.
Akhir kata, selamat beribadat dan semoga segala amalan kita semua diterimaNya pada bulan yang penuh barakah ini :)
...
Subscribe to:
Posts (Atom)



