05 February 2014
Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul s.a.w. : Surau Muhajirin, Jalan 5 Taman Sri Ukay, Ampang
Mari bersama-sama kita meramaikan Majlis Maulidur Rasul yang bakal berlangsung di Surau Al Muhajirin, Jalan 5, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Kuala Lumpur pada hari Selasa, 11 Februari 2014 bermula selepas Magrib. Majlis bakal dihadiri Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza.
Mari sebarkan Maklumat ini untuk manfaat bersama! :)
Jemputan ke Maulid Akbar : Rasulullah s.a.w. Bersamamu, di Masjid Az Zubair Ibn Awwam, Cheras, KL
Assalamualaikum
Semua dijemputhadir ke MajlisMaulid Akbar Madrasah Tazkiah yang membawa tema "Rasulullah s.a.w. Bersamamu" pada 6 Februari 2014 bertempat di Masjid Az Zubair Ibnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur selepas Maghrib.
Sila rujuk poster di atas untuk maklumat lanjut.
:)
Jemputan ke Program Ziarah Tokoh Ulamak Jordan: Sheikh Awn al Qaddoumi
Alhamdulillah kita dihujani hujan rahmatNya dengan kehadiran tokoh ilmu dari Jordan , Sheikh Awn al Qaddoumi. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis-majlis beliau. Sila rujuk poster di atas untuk maklumat majlis yang dianjurkan.
Kongsian maklumat ini untuk manfaat bersama :)
Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul s.a.w. & Haul Sheikh Abdul Qadir Al Jailani r.a.
Semua dijemput untuk memeriahkan Majlis Maulidur Rasul s.a.w. & Haul Sheikh Abdul Qadir Al Jailani r.a. yang menjadi acara tahunan yang dinantikan!
Mari kongsikan maklumat ini untuk manfaat bersama :)
04 February 2014
Majlis Ta'lim 31 Januari 2014
Tafsir Al Quran
Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi
Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali
Tafsir Al-Quran, 121 - 122
Riyadhus Shalihin, bermula dari Hadis 512 - 515
Bidayatul Hidayah, MS 158
Rumusan Pengajian
Di dalam pengajian Majlis Ta'lim darul Murtadza yang lepas (31 Januari 2014), Al Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan Tafsir Surah Ali Imran, dari ayat 120 - 123. Dalam perbahasannya, Al Habib telah mengingatkan jemaah bahawa:
"Perkara ini yang tersimpan dalam hati dan tak dapat diketahui orang lain adalah diketahui Allah Ta’ala bahkan akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT. Oleh itu, dalam setiap perkara yang dilakukan, mestilah menjaga niat di hati juga kerana Allah bukanlah melihat perbuatan luaran saja."
Pengajian diteruskan dengan kitab Riyadhus Solihin dari hadis 513 hingga 516 berkenaan bab Keutamaan Bab Bersederhana dalam Hidup.
Antara pesanan Habibuna Ali Zaenal Abidin AL Hamid yang baik untuk kita fikirkan adalah tentang:
"Apa yang Allah sediakan di akhirat kepada orang yang pernah miskin dan kelaparan di dunia adalah jauh lebih baik. Kenapa Rasulullah SAW beritahu begini? Agar manusia tidak melihat masalah sebagai masalah, sebaliknya mencari kebaikan di sebalik setiap kesusahan yang dilalui.
Jika seseorang tahu ganjaran kesabaran atas kesusahan yang dihadapinya, pasti dia akan mengharapkan hidupnya susah sentiasa ketika di dunia."
Habib juga menyambung dalam Bab Adab seorang murid di dalam Kitab Bidayatul Hidayah. Antara adab-adab yang telah diterangkan adalah dari mula memberi salam hinggalah pemberian fokus dari murid kepada seorang guru yang patut kita amalkan, khususnya dalam Majlis Ta'lim :)
Terdapat banyak lagi rahsia dan ilmu yang telah dikongsikan bersama. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila tonton video rakaman di atas :)
Jangan lupa kongsikan dengan yang lain untuk manfaat kita bersama.
...
02 February 2014
Jemputan ke Majlis Cinta Rasul di Bukit Bintang 2014
Assalamualaikum
Semua dijemput hadir ke majlis Cinta Rasul, di Bukit Bintang pada 9 Februari 2014, bertemoat di MasjidAl Bukhari, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, bermula pada pukul 6 petang.
Mari meriahkan Majlis yang penuh berkat ini insyaAllah. :)
,...
Jemputan ke majlis Memperingati Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal (Haul ke 18)
Assalamualaikum. Semua dijemput untuk memeriahkan lagi Memperingati Tokoh Ulama Kampung Kuala Tekal (Haul ke 18) pada 9 Mac 2014 bertempat di Masjid Kampung Kuala Tekal Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Subscribe to:
Posts (Atom)






