06 October 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 3) - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid - Kitab "Akhlaqun Nabi"




Assalamualaikum

Dalam bahagian ketiga rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza, kita akan mendengarkan pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, membahaskan tentang kitab "Akhlaqun Nabi".

Sama-samalah kita mengenali Rasulullah S.A.W. kerana beliau lebih mengenali kita dan menyayangi kita.

Harap dapat kongsikan ilmu ini dengan kenalan dan keluarga dan semoga kita semua mendapat manfaat dariNya.









Alhamdulillah.....Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa hampir penuh semalam. Hampir setiap ruang masjid dipenuhi muslimin dan muslimat MasyaAllah :)

Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin memohon maaf atas segala kekurangan, ketidakselesaan & kelemahan yang berlaku semasa majlis. Mohon doa-doakan kami, dan...

جزاكم الله خيرً كثيرا 

Atas segala sumbangan (wang, kehadiran, masa, makanan, tenaga dan sebagainya) serta sokongan kalian terhadap dakwah AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID.

InsyaALLAH kita teruskan lagi kehadiran seperti ini setiap Jumaat dan buktikan Lembah Kelang yang penuh cabaran ini juga adalah "Kota Ilmu".












Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 2) - Tausiyah dari Sheikh Mustaffa Kamal







Assalamualaikum

Antara tetamu yang hadir dalamMajlis Maulid Bulanan kali ini adalah Sheikh Mustaffa Kamal, Mudir Madrasah al Hidayah (Terengganu), dan juga Pengerusi Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf (IPTAF). Mari kita sama-sama mendengarkan tausiyah beliau dalam video di atas serta sebarkan kepada kenalan kita semua.

Semoga bermanfaat buat semua :)

Bersambung ke Bahagian 3

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 1)



Selawat Pembukaan Serta Bacaan Ayat-ayat suci Al Quran




Qasidah Pembukaan - "Assalamualaika Zainal Anbiya"






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 1






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 2







Bacaan Qasidah - Solatun Bi Salam







Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 3





Bacaan Qasidah - "Ya Rabba Makkah Wa Sofa"






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 4






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'

* MAHALUL QIYAM *







Bacaan Qasidah Penutup





Bersambung Bahagian kedua

03 October 2012

"ihfazillah yahfazka"

Assalamualaikum



"Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi mu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada mu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu.

Dan jika seluruh umat ini berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup"

[Riwayat Tirmidzi]