16 April 2012

Jemputan ke Program Rehlah Da'wah Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz di UTHM


Assalamualaikum

Dijemput kepada semua untuk hadir dalam Majlis seperti yang tertera di poster di atas.

Tarikh: 19 April 2012 (Khamis)
Masa: 5pm - 10pm
Tempat: Masjid Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Sri Gading, Johor

Syarahan akan disampaikan dalam bahasa Arab berserta dengan terjemahan.

Mari kita sebarkan dan hadir dalam majlis penuh barakah ini.

Untuk Jadual lengkap  Program Rehlah Da'wah Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz, sila klik di link berikut:-




Semoga bermanfaat buat semua, InsyaAllah.















...

Jemputan ke Malam Ehya Mahabbah Rasulillah (SAW) bersama Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz, Masjid Al Azim Melaka



Assalamualaikum

Dijemput kepada semua untuk hadir dalam Majlis seperti yang tertera di poster di atas. Maklumat tentang Majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 18 April 2012 (Rabu)
Masa: 6.30pm - 10.00pm
Tempat: Masjid Al Azim (Masjid Negeri), Bandar Melaka, Melaka

Agenda:-
  • Bacaan Maulid Dhya'Ullame'
  • Solat Magrib Berjemaah
  • Tazkirah dari Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz
  • Solat Isyak berjemaah
  • Jamuan makan
Syarahan akan disampaikan dalam bahasa Arab berserta dengan terjemahan.

Mari kita sebarkan dan hadir dalam majlis penuh barakah ini.


Untuk Jadual lengkap  Program Rehlah Da'wah Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz, sila klik di link berikut:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/04/jadual-rasmi-rehlah-dakwah-habib-umar.html


Semoga bermanfaat buat semua, InsyaAllah.





...

15 April 2012

Bagaimana Rasulullah S.A.W. Mahu Baginda Dikenali


Assalamualaikum

Rakaman Rancangan khas ikim.fm di pagi Jumaat yang telah keudara pada 27 Januari 2012 yang menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza.



Ribuan terima kasih kepada yang telah membuat rakaman dan semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Terima Kasih.










...

14 April 2012

Majlis Ta'lim 13 April 2012



Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad


Alhamdulillah, sekali lagi jemaah yang hadir semakin bertambah. Dari penelitian pihak Darul Murtadza, ruang untuk meletakkan kereta juga semakin penuh kerana ramai yang hadir ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada malam 13 April 2012 tersebut, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kekangan waktu kerja, kesesakan lalu-lintas dan sebagainya.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, serta yang menonton Majlis Ta'lim ini secara 'live' di internet. Anda semua dialu-alukan untuk mengajak kenalan-kenalan yang lain, tidak mengira peringkat umur, darjat, bangsa mahupun agama. Untuk makluman, ada juga hadirin yang tidak beragama Islam menghadiri majlis ta'lim. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengajak seramai yang mungkin untuk menghadiri taman syurga yang penuh barokah ini, insyaAllah.





Jika anda mempunyai komen untuk penambahbaikan, sila email kepada kami di darulmurtadza@gmail.com.

Bermula dari minggu hadapan, Guru kepada pembmbing Majlis Ta'lim darul Murtadza, Habib Umar bin Mohammad bin Salim bin Hafidz, akan datang ke Malaysia, InsyaAllah. Sila rujuk kepada jadual yang telah disediakan di link ini:-

http://www.darulmurtadza.com/2012/04/jadual-rasmi-rehlah-dakwah-habib-umar.html

Anda juga boleh sentiasa rujuk jadual Rehlah Dakwah tersebut di website kami (di bahagian atas, kanan).

Semoga kita semua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.


Jumpa anda di sana! :)

12 April 2012

Jadual Rasmi Rehlah Dakwah Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz (Malaysia) 2012

Assalamualaikum.wr.wb

Berikut adalah Jadual Rasmi lawatan Rehlah Dakwah Habib Umar bin Mohammad bin Salem bin Hafidz di Malaysia pada tahun 2012:-




SELANGOR


17 April 2012 (Selasa)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid AlFalah USJ9, Subang Jaya, Selangor



MELAKA

18 April 2012 (Rabu)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Al Azim (Masjid Negeri), Bandar Melaka, Melaka



JOHOR

19 April 2012 (Khamis)

Masa : 6.00 pm
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor

Masa : 5.00 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah (Bersempena dengan Sambutan Haul Habib Ali Jaafar Al Aydarus, Batu Pahat)
Tempat: Universiti Tun Hussein Onn, Sri Gading, Johor


20 April 2012 (Jumaat)

Masa : 6.00 am
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor

Masa : 12.30 pm
Program: Tazkirah Jumaat
Tempat: Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Jawaher, Mutiara Rini, Skudai, Johor



KUALA LUMPUR


21 April 2012 (Sabtu)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Khalid Ibn Walid, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur


NEGERI SEMBILAN

22 April 2012 (Ahad)

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Negeri, Jalan Dato' Hamzah, Seremban, Negeri Sembilan



KEDAH

24 April 2012 (Selasa)

Masa : 6.00 pm - 11.30pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Kompleks AlBukhary, Alor Malai, Kedah


25 April 2012 (Rabu)

Masa : 6.00 am
Program: Kuliah Subuh
Tempat: Kompleks AlBukhary, Alor Malai, Kedah

Masa: 2.00pm - 5pm
Program: Program Mahabbah bersama Habib Umar Bin Hafidz & Ulamak Turath
Tempat: Surau Perwaja

Masa : 6.30 pm
Program: Malam Ihya Mahabbah Rasulullah
Tempat: Masjid Jamek Al Ehsan, Kampung Sungai Mati, Langgar, Kedah


Syarahan akan disampaikan dalam bahasa Arab berserta dengan terjemahan.

Semoga bermanfaat buat semua.

Jumpa anda disana :)









....

11 April 2012

Rakaman Topik Jumaat Bersama Syeikh Mahmud Al-Mahdi di IKIM.Fm


Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada 6 April 2012, Rancangan Topik Jumaat bersama Syeikh Mahmud al Mahdi telah keudara di iKIM.fm. Perkongsian beliau telah diterjemahkan oleh pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, alHabib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.



Antara perkongsian yang dapat dinukilkan adalah seperti berikut:-

"Hati² dengan NAFSU kerana ia bersifat PEMAKSA."

"Ia mengajak manusia melanggar undang² Allah. Berbahagialah bagi mereka yang terselamat dari diperkotak-katikan oleh nafsu apabila jiwanya suci."

"Sebagaimana Allah telah memuji di dalam surah As-Syams: 9-10 yang bermaksud; "Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya."

"Sebab pembunuhan Qabil terhadap Habil ialah kerana hawa nafsunya memaksanya berbuat demikian dan dia menurutinya, maka binasalah."
Terima kasih kepada yang telah merakam rancangan ini. Tidak lupa juga kepada yang telah menulis nota yang dikongsikan di atas. 


Semoga kita mendapat manfaat dari rancangan ini, insyaAllah.




...

09 April 2012

Ziarah Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdul Rahman Al Jufri di Malaysia 2012



Assalamualaikum

Berikut adalah antara rakaman-rakaman ceramah Al Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al Jufri, yang telah diterjemahkan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

(1) Jumaat, 6 April 2012,
- Tazkirah Jumaat (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)


(2) Ahad, 8 April 2012,
- Seminar Antarabangsa (Pusat Islam)


(3) Ahad, 8 April 2012
 - Maulidur Rasul Perdana di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya.






..


terima kasih diucapkan kepada alHabibAlitv yang telah menjayakan rakaman-rakaman di atas. 
Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.




...