07 March 2012

Mengenal Cinta



Assalamualaikum

Tahniah diucapkan keada The Muhibbains atas terbitan mereka serta video klip "Mengenal Cinta".




Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih menampilkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza di dalam Video Klip tersebut.



Marilah kita bersama-sama memupuk rasa kasih sayang, cinta dan mahabbah di dalam hidup kita terutama sekali kepada Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Jika anda masih belum berpeluang untuk hadir ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Video klip ini mungkin dapat menggambarkan suasana di majlis tersebut.

Semoga kita semua mendapat manfaat dalam perkongsian kita pada kali ini.


"Bagaimana Meter Cinta anda?"

Jangan lupa temujanji kta setiap Jumaat, 9.15pm, di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.

Jumpa anda disana! :)






...

05 March 2012

Jemputan ke Majlis UIA Berselawat dan Talaqqi Intensif 2012

Assalamualaikum


Dengan segala hormatnya kami menjemput anda sekelian ke Majlis UIA Berselawat dan Talaqqi Intensif 2012.

Program bermula pada 18 Mac 2012 bertempat di masjid UIA Kuantan.. 

 Maklumat lanjut tentang lokasi, sila klik disini.


Masyaikh yang akan menghadiri program ini termasuk Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Ustaz Mustafa Kamal Hamzah, Habib Shahrin dan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll As-Sanariy.. 

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم







...

Rakaman Fiqh As Sirah siri 16



Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 16 yang telah keudara pada 3 Mac 2012.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.

Untuk keterangan lanjut tentang rancangan ini, sila ke link di bawah:-



http://www.darulmurtadza.com/2012/02/fiqh-al-sirah-bersama-habib-ali-zaenal.html



...

Jemputan ke Majlis Maulidul Rasul S.A.W. & Haul Al Sheikh Abdul Qadir Al Jailani RA



Majlis Maulidul Rasul SAW & Haul Al-Shiekh Abdul Qadir Al-Jailani RA, @ Masjid Putra, Putrajaya 31 March 2012.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Jumpa anda disana, insyaAllah :)









...


 

03 March 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza pada 2 Mac 2012




Alhamdulillah,

Pada 2 Mac 2012, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan Majlis Maulid Bulanan yang pertama di lokasi baru, Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.


Sebagai pengenalan Majlis Maulid yang pertama diadakan di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sempat mengucapkan ucapan pendahuluan yang mana di dalam ucapannya, beliau berkata:-

"Sebagaimana kebiasaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, pada setiap bulan minggu pertama, kita mengadakan Majlis Maulid Bulanan Nabi Muhammad S.A.W."

"Dan pada acara itu, akan dibuka satu kitab sirah Nabi Muhammad S.A.W. seperti Maulid itu adalah menceritakan sirah Nabi, maka diisikan pengisian Majlis Maulid itu dengan sirah Rasulullah S.A.W."

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid juga memberi peringatan kepada jemaah:-

"Kita hari ini, amat bertuah, kerana dihadiri ramai daripada orang-orang tua kita, yang kita mengharapkan daripada mereka, dengan kehadirannya itu akan lebih membawa Rahmat & Barokah dari Allah SWT. "

"Bahagian daripada mengagungkan Allah dan Baginda Rasulallah SAW, adalah menghormati orang-orang tua"



Antara tetamu yang hadir dan dihormati adalah Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu, Habib Abd Rahman Al Haddad, serta tetamu-tetamu yang lain yang tidak disebut namanya, tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada mereka.



Alhamdulillah, Majlis Maulid bulanan yang pertama di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, telah berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan penambahan jemaah yang semakin ramai dan mencecah ribuan hadirin dan hadirat.



Walau bagaimanapun, kami ingin meminta maaf atas kesilapan audio di dalam rakaman ini dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan proses penambahbaikkan dari semasa ke semasa.

Kumpulan Hadrah Majlis Maulid darul Murtadza. Turut serta dalam Majlis Maulid adalah dari kumpulan AlMawlid


Sekali lagi terima kasih kepada yang hadir dalam majlis yang telah berlangsung semalam. Kami amat hargai sokongan anda semua.

Kita berjumpa lagi dalam Majlis Ta'lim seterusnya seperti biasa, setiap Jumaat, 9.15pm, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa :)







...

01 March 2012

Karnival Untukmu Wahai Rasulullah

"Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain"


ViewMore FromTagsCommentsShareSendFavoriteTwitterFacebook
Gambar Kredit : NYPotraits

Dari Abu Dzar r.a : Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawab Nabi saw, “Iman dengan Allah dan jihad di jalan-Nya.” Tanyaku, ‘Budak yang bagaimanakah yang paling utama?’ Jawab Nabi saw, “Yang disenangi majikannya dan yang paling mahal harganya.” Tanyaku, ‘Jika aku tidak sanggup?’ Jawab Nabi saw, “Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tak sanggup menyelesaikannya.”

Tanyaku, ‘Bagaimana pendapat anda (Nabi saw), jika aku tidak sanggup melakukan sesuatu?’ Jawab Nabi saw, “Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk dirimu sendiri.”

Sahih Muslim (0065)




Jangan lupa temujanji kita di Majlis Ta'lim Darul Murtadza,
Setiap Jumaat, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa....





...