28 November 2011

Sedutan Majlis Sambutan Maal Hijrah di Surau Az-Zahrah, Puchong


Alhamdulillah

Pada 27 November 2011, Majlis Sambutan Maal Hijrah, di Surau Az Zahra, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya. 



Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah memberikan Tausiyah yang bertemakan "Kewajipan Umat Islam ke atas Nabi Mereka Melalui Peristiwa Hijrah". 

Majlis ini juga turut di meriahkan dengan Bacaan Maulid serta Qasidah memuji-muji Nabi Kesayangan kita, Nabi Muhammad (SAW). 




Tahniah diucapkan kepada pihak Surau Az Zahrah kerana telah menganjurkan majlis yang berjalan dengan lancar.


....

27 November 2011

Buletin Darul Murtadza - Isu 1

Assalamualaikum

Berikut adalah Isu pertama untuk Buletin Darul Murtadza. Untuk memudahkan lagi pembacaan, sila klik butang "Full Screen". Anda juga boleh muat turun (Download) Buletin ini.
Buletin ISU 1



Teruskan bersama kami di isu akan datang.


Terima Kasih.


26 November 2011

Sekilas Pandang Majlis "UM Berselawat"

Pada 26 November 2011, Habib Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid telah menghadiri Majlis "UM Berselawat" bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1433 di Masjid Ar Rahman Universiti Malaya.

Turut hadir dalam majlis ini juga adalah Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid, Mudir Madrasah At-Tazkiyah, Cawangan Darul Mustofa, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Wirdul Latif dan seterusnya bacaan Doa Akhir Tahun yang di pimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Ucapan Aluan serta di ikuti Bacaan Maulid
Antara yang hadir dalam Majlis UM Berselawat

Setelah selesai Solat Magrib berjemaah, Doa Awal Tahun pula dibaca beramai-ramai dan dipimpin oleh Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid.

Seterusnya Bacaan Maulid Diaulami' serta Tausiyah dari Habib Ali Al Hamid dan Habib Naqjmudin Al Khirid.


Maulid - ketika Mahalul Qiam
Mahalul Qiyam - Gambar - Kredit kepada En Kyrel Al-Gayauwi

Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid memberikan Tausiyah pertama
Diikuti oleh Tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Selesai Majlis
"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
-
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Tahniah diucapkan kepada Sekretariat "UM Berselawat" kerana menjayakan majlis yang penuh dengan Barokah ini.




...





Salam Maal Hijrah 1433

Maal Hijrah 1433 - Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Alhamdulillah, kita telah pun berada di penghujung tahun 1432 dan menyambut kedatangan Tahun baru Hijrah 1433.

Banyak pengalaman dan penambahbaikan yang telah kami usahakan dan kami bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Sokongan yang telah anda berikan kepada kami juga telah memberikan impak yang besar kepada kami dan memberikan motivasi yang tinggi untuk meneruskan usaha ini, insyaAllah.

Kami juga bersyukur, dan dengan sukacitanya ingin mengumumkan perpindahan dari laman web "Blogspot.com" kepada satu nama domain baru iaitu:-

www.DarulMurtadza.com



InsyaAllah mulai dari saat ini, bersempena dengan tahun baru, anda boleh melayari website kami di alamat baru tersebut. setakat ini anda boleh dapatkan kandungan-kandungan ilmiah dari laman web kami seperti:-
  • Video Rakaman Majlis Ta'lim Mingguan.
  • Video Rakaman Majlis majlis khas yang di hadiri Habib Ali Zaenal Abidin.
  • Video Rancangan Online "Mimbar-Al Huda" yang membicarakan Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan).
  • Artikel-artikel karangan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
  • Pengumuman majlis-majlis khas atau apa sahaja yang relevan dengan pengajian di Majlsi Ta'lim Darul Murtadza.



Kami berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung laman web ini yang telah mempromosikan kandungan-kandungan laman web kami di media-media elektronik yang lain. Usaha ini amat dialu-alukan dan semoga Allah merahmati dan memberi ganjaran atas segala usaha kita.

Akhir kata, teruskan bersama kami, maaf atas segala salah dan silap dan terima kasih.







...

Sambutan Maal Hijrah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Assalamualaikum

Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1433, Habib ali Zaenal Abidin Al Hamid akan menghadiri majlis-majlis berikut:-

 
Sila "Klik" untuk besarkan gambar
 Untuk Majlis di Masjid AR- Rahman UM, anda boleh menonton secara siaran langsung (LIVE Streaming) di laman web MyHikmahTV :-

http://myhikmah.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=11&Itemid=68


Sila "Klik" untuk besarkan gambar
kepada semua yang berada di KL /PJ , di jemput datang ke Surau az-Zahra', Batu 6 1/2 Jalan Puchong, di ada kan ceramah maal Hijrah pada 27hb November 2011 bersamaan hari Ahad malam Isnin selepas maghrib. 

Ceramah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru yang di kasihi Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu bakar Al-Hamid (Mudir Majlis Ta'lim Darul Murtadza ). Majlis di dahului dgn Bacaan Maulid

Lokasi : Surau Az-Zahra' (GoogleMaps > http://g.co/maps/zpn4c)
Batu 6 1/2 Jalan Puchong, KL 

View Az-zahra in a larger map




Majlis Muslimat

Selain dari majlis-majlis di atas, berikut adalah majlis-majlis untuk muslimat:-

Majlis Ta'lim NuruzZahro' KL 

Bersama Ustazah Alina AlMunawar dari Semarang, Indonesia.
Lokasi : Sekitar Selangor (rujuk poster) Tarikh : Jumaat (25/11/11) - Isnin (28/11/11) Info : Kelas diadakan pada setiap minggu terakhir setiap bulan khusus buat MUSLIMAT sahaja


Semoga kita semua berjumpa di sana. :)





...

Majlis Ta'lim 25 November 2011



Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid bersama tetamu, Habib Ali Al Haddad
Majlis Ta'lim pada 25 November 2011 dimulakan dengan ucapan dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 1433 Hijrah dan diikuti dengan Doa. 


Habib Ali Al Haddad

Majlis juga diserikan lagi dengan kedatangan tetamu istimewa yang berasal dari Seiyun, Yaman, al Habib Ali Al Haddad yang kini giat dengan kegiatan dakwahnya di Indonesia. Beliau adalah wakil dari Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustofa, Yaman) yang dihantar ke Indonesia.

Kesabaran beliau untuk meninggalkan kampung halamannya sendiri menunjukkan misi dakwah ini adalah lebih didahulukan dari apa saja. Kesungguhannya terbukti apabila beliau faham dan boleh bertutur dalam bahasa Indonesia kerana telah lama berdakwah di sana supaya sesuai dengan bahasa tempatan yang mudah untuk difahami.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah memberikan ruang kepada Habib Ali Al Haddad untuk memberikan Tausiyah ringkas di akhir majlis Ta'lim. Di dalam tausiyah beliau, yang bertemakan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad (SAW), beliau menceritakan beberapa peristiwa yang menarik yang telah berlaku serta apa teladan yang perlu kita hayati.

Untuk mengetahui apakah mutiara-mutiara yang terkandung di dalam tausiyah beliau, sila "play" rakaman Majlis Ta'lim di atas.

Sesi Bersalaman dengan Habaib

Habib Ali Al Haddad bersama Pelajar-pelajar Majlis Ta'lim Darul Murtadza
 
Selain daripada itu, Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah mengedarkan Buletin Darul Murtadza Bil 002 Jilid 002.

Bersempena dengan Maal Hijrah 1433 juga, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah merasmikan laman web baru / Alamat Laman Web yang baru. Kini, pengunjung boleh melayari laman web kami di:-

www.DarulMurtadza.com

Kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Segala sokongan dan komen kami terima dengan positif dan kami hargai kesemuanya.


Sehingga berjumpa lagi di Majlis Ta'lim minggu hadapan, di hari dan waktu yang sama, InsyaAllah.








...

    23 November 2011

    Mimbar Al Huda - Episod 1

    Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 1


    "Pengenalan Majlis Ta'lim Darul Murtadza"
    dan
    "Preview Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"


    Alhamdulillah

    Dengan izin Allah SWT dan dengan berkat Rasulullah SAW, terimalah...MIMBAR AL HUDA. Semoga bermanfaat kepada semua, InsyaAllah.






    ....