11 November 2011

Majlis Ta'lim 11 November 2011




Seperti biasa,Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

1-Tafsir AlQuran
2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
3-Bidayatul Hidayah
4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)

Tarikh 11/11/11 yang datang hanya 800 tahun sekali, dihiasi dengan Bulan Purnama, dan kehadiran pencinta-pencinta ilmu, telah menjadikan malam Majlis Ta'lim Darul Murtadza antara kenangan yang mungin tidak dapat dilupakan. 

Walaupun dengan adanya kemudahan "LIVE Streaming", dianggarkan lebih dari 230 orang telah hadir di dalam majlis tersebut.

Jumlah hadirin yang telah membanjiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Dari pihak pengurusan, kami ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua. Kami juga ingin memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku (Makanan, Minuman, Layanan dan sebagainya)

InsyaAllah akan diperbaiki di masa hadapan.

Teruskan Istiqomah bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza setiap Jumaat :)

 جزاكم الله خيرً كثيرا

07 November 2011

Sedutan Majlis Maulid pada Malam Arafah, 4 November 2011 (Bahagian kedua)

Berikut adalah beberapa gambar yang ingin dikongsikan pada Majlis Maulid yang lepas...


 "Ya Nabi dengar jeritan kami.."

 "Rindu ini tak tertahan lagi.."


 "Duhai penawar derita kami.."


"Sudilah hadir dijiwa ini" 


 "bagimu salam shalawat kami... Beserta segenap rasa rindu.."



"Bilakah saat berjumpa itu...  Untuk melepas rindu dihati .."

- Lirik Lagu "Dengar Jeritan Kami
yang didendangkan oleh Haddad Alwi feat. Tasya



Anda boleh mengikuti sedutan Rakaman Majlis Maulid tersebut di blog post kami yang lepas : -

Sila Klik di sini untuk menyaksikan Rakaman Maulid 4 November 2011




Sekian

UM Berselawat bersempena Sambutan Maal Hijrah


Bersempena dengan Sambutan Khas Maal Hijrah 1433, Universiti Malaya akan menganjurkan Majlis "UM Berselawat" seperti yang tertera di dalam poster di atas.

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan lagi majlis tersebut.

Jumpa anda di sana :)

05 November 2011

Salam AidilAdha

 Salam AidilAdha dari kami

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga segala ibadah dan usaha kita akan diterimaNya insyaAllah.

Sekitar Majlis Maulid Bulanan pada 4 November 2011

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pada malam 4 November 2011 lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan Majlis Maulid Bulanan. Berikut adalah sedutan dari Majlis tersebut:-




Keistimewaan Majlis Maulid kali ini adalah bertepatan dengan 10 hari pertama dalam Bulan Zulhijjah dan Malam Hari Arafah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemaah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Dimulakan dengan Doa dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, majlis meneruskan agendanya dengan bacaan Maulid Diaulami' yang diselangi dengan qasidah-qasidah, Tausiyah tentang keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah dan jamuan makan.


Selain daripada itu, Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah mengedarkan Buletin Darul Murtadza yang pertama kepada yang hadir. Difahamkan bahawa buletin ini akan diedarkan setiap bulan, insyaAllah.

Kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada yang hadir. Kami mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

30 October 2011

Majlis Maulid Bulanan pada 4 November 2011

Assalamualaikum

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza

Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput semua ke Majlis Maulid Bulanan yang akan diadakan pada 4 November 2011 InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang majlis ini adalah seperti berikut:-


"Majlis ini terbuka untuk semua. Jemputlah datang beramai-ramai."

Kita berjumpa disana :) 


Apakah itu 'Maulid'? 

Didalam majlis maulid ini selalu dikumandangkan shalawat, riwayat kisah Rasulullah SAW & ceramah agama yang mana semuanya ini sangat baik dan sejalan dengan dalil-dalil hukum syara’ serta sejalan dengan kaedah-kaedah umum agama. Bahkan shalawat ini adalah perintah ALLAH SWT sebagaimana firman-Nya :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya “

Erti shalawat ALLAH SWT pada ayat ini menurut ahli tafsir bererti pujian ALLAH SWT terhadap Nabi SAW, pernyataan kemuliaannya serta maksud meninggikan dan mendekatkannya, begitu juga shalawat para Malaikat kepada beliau SAW untuk memuji dan memuliakan Rasulullah SAW.. Dan orang yang beriman disuruh juga bershalawat dan bersalam pada beliau SAW.
Ayat ini saja sudah menjadi bukti bahwa iman seseorang itu bergantung kepada dan dilahirkan melalui shalawat kepada Nabi SAW.

Dlm Hadis riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أحَدُكُمْ حَتَّى اَكُونَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَ وَلدِهِ وَ النَّاسِ اجْمَعِيْنَ.

“Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu-bapa dan manusia seluruhnya.”

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi SAW bersabda : “Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri.” Saiyidina Umar bin Khattab ra berkata; “Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri”.

Dalam hadis Rasulullah SAW, kita diperintahkan untuk mencintai Rasulullah SAW melebihi dari anak-anak kita sendiri, orang tua dan manusia seluruhnya. Keimanan kita tergantung dengan besarnya kecintaan kita kepada beliau SAW & cinta kepada baginda SAW bererti kita cinta kepada ALLAH SWT yang mengutus Rasul-Nya ini. Dengan sering memperingati hari kelahiran Rasulallah SAW akan menambah kecintaan kita kepada ALLAH SWT dan kepada baginda SAW serta memantapkan hati kita untuk dpt mencontohi keperibadian dan perjalanan baginda SAW.

Dengan adanya majlis-majlis peringatan maulid ini, insyaALLAH akan meneguhkan iman kita serta membangkitkan kita lagi untuk selalu ingat dan cinta pada ALLAH SWT dan RasulNYA, kerana kehidupan manusia dibumi ini senantiasa berubah dan berkembang. Itu telah menjadi hukum kehidupan Sunnatullah yang tidak mungkin dicegah oleh sesiapa pun. Kewajiban untuk meningkatkan kecintaan dan penghormatan terhadap Rasulullah SAW itu sejalan dengan sunnahnya dan firman ALLAH SWT.

Tidak diragukan lagi bahwa orang yang membaca riwayat maulidin Rasulullah SAW baik secara individu mahupun berjama’ah adalah termasuk berbuat kebaikan. Sekali lagi, menarik kesimpulan erti firman-firman ALLAH SWT dan hadis-hadis diatas ini bahawa kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah SAW. Kecintaan, ketaatan dan keimanan pada ALLAH SWT dan RasulNYA, ini akan bertambah tebal dan mantap di hati kita bila selalu diingatkan berulang-ulang dengan membaca dan mendengar riwayat kisah kehidupan Rasulullah SAW serta bershalawat pada baginda SAW !!!

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم

28 October 2011

Majlis Ta'lim 28 Oktober 2011



Seperti biasa,Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

1-Tafsir AlQuran
2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
3-Bidayatul Hidayah
4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)



Sesuai dengan penafsiran dalam surah alBaqarah yang berkisar tentang bab haji, dan kebetulan kita sekarang berada di dalam bulan Zulhijjah, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid meningatkan kepada kita tentang kelebihan 10 hari pertama di dalam bulan Zulhijjah.

Apa yang perlu kita lakukan dalam 10 hari yang mulia ini? 

Saksikan rakaman Majlis Ta'lim di atas dan catatlah Rahsia-rahsianya. 

 Sekitar Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang semakin bertambah jemaahnya.

Semoga kita dapat manfaatnya bersama.