27 October 2011

Jadual terkini Pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid

Assalamualaikum

Berikut adalah Jadual Terkini Pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid.



 Nota Penting:-

  1. Jadual di atas adalah jadual am. Sila rujuk rakan Majlis Ta'lim anda atau perhatikan notis majlis/gambar di facebook atau Blog Majlis Ta'lim Darul Murtadza untuk maklumat terkini. 
  2. Pengajian dan Majlis Maulid Majlis Ta'lim Darul Murtadza boleh disaksikan secara langsung di USTREAM atau di Blog.

14 October 2011

Video Majlis Ta'lim 14/10/2011




Berikut adalah video majlis ta'lim pada 14/10/2011. Antara kitab yang diperbincangkan adalah :-

1-Tafsir AlQuran
2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
3-Bidayatul Hidayah
4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)



 Majlis Ta'lim kali ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Habib AbdulRahman As-Seggaf (Pasaruan). 

Sebagaimana yang boleh disaksikan di dalam rakaman di atas, Habib AbdulRahman As-Seggaf berpesan:-

"Sepatah dua kata dari ahli hikmahNYA bisa hidupkan hati yg mati umpama bumi gersang yg disirami hujan rahmatNYA. Duduknya kita bersama mereka akan menyebabkan menularnya ILMU, AKHLAK, ADAB dsb yg tersimpan di dada mereka. Barangsiapa yg amalkan apa yg dipelajari dlm majlis ilmu maka ALLAH SWT akan menganugerahkan suatu ilmu yg tidak perlu kita utk susah payah belajari"

 Untuk mendengar dengan lebih lanjut, sila saksikan rakaman di atas.

08 October 2011

Majlis Haul Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad (300 Tahun)


Kemuncak Sambutan Haul Imam Abdullah Bin Alwi Al Haddad kali ini telah diadakan pada 8 Oktober 2011di Masjid Negeri Shah Alam.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Majlis yang penuh barakah ini, bolehlah menyaksikan semula rakaman Majlis tersbut di sini. Sebaran anda amat digalakkan.

30 September 2011

Majlis Maulid selepas Ramadhan



Majlis Maulid yang telah diadakan pada 30 September 2011 adalah majlis Maulid yang pertama setelah berlalunya bulan Ramadhan.

Majlis Maulid ini telah memberikan suntikan semangat yang baru kepada jemaah Darul Murtadza lebih lebih lagi setelah kemunculan guru yang dihormati, Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid yang pada mulanya dikhabarkan tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana kurang sihat.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh stiap pembaca.

19 August 2011

Majlis Khas Ramadhan Darul Murtadza di Madras An Nur, Pantai Dalam




Pada 19 Ogos 2011 lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan satu majlis Khas sempena menyambut Bulan Ramadhan.



Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid telah memberikan Tausiyah berkenaan dengan bulan Ramadhan serta keutamaan ahli ahli perang Badar. Majlis juga diceriakan lagi dengan alunan Qasidah dari Al Mawlid serta dari Darul Murtadza sendiri.

07 August 2011

Video Majlis Ta'lim 29/7/2011

Berikut merupakan video majlis ta'lim pada 29/7/2011. Majlis ta'lim ini juga merupakan yang terakhir sebelum penutupan sementara bagi memberi laluan kepada bulan yang penuh dengan barakah iaitu Ramadhan. Oleh itu, Alhabib Ali Zaenal Abidin telah pun memberi penerangan secara menyeluruh berkaitan dengan Ramadhan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua kaum muslimin atas datangnya bulan Ramadhan kali ini.


01 August 2011

Video Majlis Ta'lim 22/7/2011

Berikut adalah video majlis ta'lim pada 22/7/2011. Antara kitab yang diperbincangkan adalah :-

1-Tafsir AlQuran
2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
3-Fiqh (Kitab Safinatunnajah)
4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)