Rakaman Maulid Bulanan Darul Murtadza
)
Rakaman Tausiyah Al Habib Abdurrahman Ali Mahsyur bin Hafidz
)
Alhamdulillah, di samping kehadiran guru kita, Maulid Bulanan Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini diserikan dengan kunjungan barisan tetamu istimewa iaitu Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany dari Mesir, Habib Abdurrahman Ali Mahsyur bin Hafidz dari Yaman, Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid dan Ustaz Ashraf bin Osman, kedua-duanya dari Madrasah At-Tazkiyah.
Dalam tausiyahnya, Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany memberikan beberapa wasiat, khususnya kepada golongan muda yang dilihatnya ramai menghadirkan diri dalam majlis ilmu kita. Pesannya, kita hendaklah:
Meningkatkan kasih-sayang kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, saling nasihat-menasihati dan menghiasi diri dengan akhlak Nabi Muhammad SAW.
Dalam menerangkan kepentingan akhlak, beliau membawakan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “Sesungguhnya orang yang amat aku kasihi di antara kamu dan orang yang amat hampir dengan aku di antara kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling aku benci di antara kamu dan orang yang paling jauh daripada aku di antara kamu adalah orang yang paling buruk akhlaknya.”
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa dengan akhlak, seseorang itu boleh menjadi dekat dan dikasihi oleh Rasulullah SAW atau sebaliknya.
Syeikh Mohamed turut menerangkan serba-sedikit tentang akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), dan menyelitkan kisah kemuliaan akhlak Rasulullah SAW yang dapat anda dengar sendiri dengan menonton rakaman video di atas.
Seterusnya, Habib Abdurrahman Ali Mahsyur bin Hafidz menyampaikan tausiyah ringkas. Antara pesanannya yang utama ialah agar kita mencatat ilmu yang diperolehi di atas kertas dan seumpamanya, kerana yang dicatat itulah yang akan kekal bersama kita. Beliau menegaskan dengan memetik kata-kata penyair,
“Ilmu itu adalah seperti buruan, dan menangkapnya adalah dengan mencatatnya. Maka, adalah tidak bijak bagi seorang yang menangkap buruannya, kemudian dilepaskan pergi begitu saja.”
Selain itu, beliau juga sempat menerangkan maksud nama majlis kita - ‘Al-Murtadza’. Jika anda berminat untuk mengetahuinya, jangan ketinggalan menonton video di atas dan pastikan anda buat catatan.
Jangan lupa kongsikan dengan yang keluarga, rakan dan teman untuk manfaat kita bersama.
...
Hendaklah bersemangat mencari ilmu yang bermanfaat, berpegang kepada para ulama dan mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan menjadikan ilmu itu sebagai tujuan dan memperkaya diri dengan ilmu.
Dalam perbahasannya, beliau melarang kita daripada menuntut ilmu dengan tujuan untuk berdialog atau tujuan-tujuan lain yang tidak sepatutnya.Ijitihad – berusaha lebih di dalam mengambil sebab untuk memperkaya diri anda dengan ilmu yakni dengan mempelajari bahasa Arab.
Ini kerana Al-Quran nul Karim itu diturunkan dalam bahasa Arab dan ianya adalah wasilah untuk kita memahami ilmu dan rahsia Al-Quran.Syeikh Mohamed turut menerangkan serba-sedikit tentang akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), dan menyelitkan kisah kemuliaan akhlak Rasulullah SAW yang dapat anda dengar sendiri dengan menonton rakaman video di atas.
Seterusnya, Habib Abdurrahman Ali Mahsyur bin Hafidz menyampaikan tausiyah ringkas. Antara pesanannya yang utama ialah agar kita mencatat ilmu yang diperolehi di atas kertas dan seumpamanya, kerana yang dicatat itulah yang akan kekal bersama kita. Beliau menegaskan dengan memetik kata-kata penyair,
“Ilmu itu adalah seperti buruan, dan menangkapnya adalah dengan mencatatnya. Maka, adalah tidak bijak bagi seorang yang menangkap buruannya, kemudian dilepaskan pergi begitu saja.”
Selain itu, beliau juga sempat menerangkan maksud nama majlis kita - ‘Al-Murtadza’. Jika anda berminat untuk mengetahuinya, jangan ketinggalan menonton video di atas dan pastikan anda buat catatan.
Jangan lupa kongsikan dengan yang keluarga, rakan dan teman untuk manfaat kita bersama.
...
No comments:
Post a Comment