30 November 2012

Sistem "Carpool" : Khidmatus Sayyarah


Assalamualaikum

Alhamdulillah, kami dari pihak Majlis Ta'lim darul Murtadza ingin memperkenalkan sistem baru iaitu "Khidmatus Sayyarah".

Tentang Sistem


Sistem ini adalah platform untuk jemaah majlis ta'lim mingguan untuk menawar atau mencari ruang kenderaan.

Ia adalah salah satu usaha kami untuk menyelesaikan masalah pengangkutan kepada jemaah sekaligus memudahkan kepada semua untuk menghadiri Majlis Ta'lim Mingguan Darul Murtadza. Ia hanyalah satu platform komunikasi di antara jemaah Majlis Ta'lim. Buat masa ini, jemaah hanya boleh menggunakan email sahaja.

Bagaimana untuk menggunakan sistem? 


Mudah sahaja, sila ke page Khidmatus Sayyarah dan ikuti 3 langkah mudah yang telah disediakan.

Sila rujuk di sidebar website ini untuk link nya atau teruskan ke link di bawah:-



Pesanan kami

Tidak ada satu pon yang sempurna 100% termasuklah sistem Khidmatus Sayyarah. Mungkin ada ruang untuk diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Ianya masih dalam fasa percubaan yang diniatkan untuk membantu jemaah Majlis Ta'lim. Kami memohon maaf jika ada kekurangan. 


Semoga usaha ini dapat menyediakan peluang untuk semua ke Majlis Ilmu :) .



...












29 November 2012

Jemputan ke Majlis Daurah Mahabbah Al Mustofa Terengganu


Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis Tausiyah Perdana bersempena dengan Daurah Mahabbah Al Mustofa Negeri Terengganu. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 8 Disember 2012 (24 Muharram 1434h)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Penceramah: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid (Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, KL)
Tempat: Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Jalan Sultan Mahmud, Kampung Ladang Hospital, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GPS: 5.323357,103.15037

Anjuran bersama: Ittihad Madaris Islamiah (ITMAM) & Ittihad An Nur Malaysia
Dengan Kerjasama: Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong & Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin

Khusus buat warga terengganu, kita berjumpa di sana! :)





:)

24 November 2012

Majlis Ta'lim 23 November 2012

Tafsir Al Quran




Riyadus Shalihin, Bidayatul Hidayah & Peringatan Tentang umur Insan




Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 23 November 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 282



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 416 (Ms 535)



Bidayatul Hidayah, MS 88





Peringatan Umur Insan, MS 114 (Semua Amalan Di Timbang)





















20 November 2012

Kelebihan Puasa 10 Muharam - Hari Asyura




Assalamualaikum 


Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)". (Hadith Riwayat Muslim)

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.

Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam. Mari kita puasa sehari untuk hapuskan dosa setahun.

- Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.








...

Mari Sebarkan Salam




Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"Sebarkanlah Salam sesama kamu kerana ia dapat menyemarakkan kasih sayang"


[ Direkodkan oleh al Hakim ]







...

17 November 2012

Doa Qunut Nazilah

Assalamualaikum

Dalam keadaan pergolakan yang berlaku di negara-negara saudara seagama kita, janganlah sekali-kali kita melupakan mereka. Terutama sekali pejuang-pejuang yang berada di Palestine, Syria serta yang berada berdekatan dengan kita.

Doa adalah senjata Muslim. Salah satu doa yang sering diamalkan adalah Doa Qunut Nazilah:-


Doa Qunut Nazilah serta terjemahan. Sila Right Click dan Save
untuk kegunaan sendiri. Juga sesuai untuk dimuatkan dalam Smartphone.




Cara Membaca Qunut Nazilah


Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.

Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


Mari bersama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan amalkan insyaAllah.







...

14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 Hijriyah




Assalamualaikum

Kami dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua.

Terima kasih atas sokongan dan motivasi yang telah diberikan selama ini.

Teruskan bersama kami Setiap Jumaat, 9.30 malam, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.


:)





...

Majlis Ta'lim Darul Murtadza ditunda ke 23 November 2012


Assalamualaikum

Pengumuman Penting 



Majlis Ta'lim Darul Murtadza ditunda dan akan bersambung pada 23 November 2012, Jumaat hadapan. 

Sila sebarkan kepada semua. 

Jazakallah Khair. 





:)

13 November 2012

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun 

Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika akhir tahun baru Islam dan ia diamalkan selepas waktu Asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah.

Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Maksud Doa Akhir Tahun:-

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan Sejahtera atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan Sahabat-sahabat baginda sekalian

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini

Maka kami belum bertaubat darpadanya.

Padahal, Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tidak lupakannya.

Dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian memohon keampunanMu

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini.

Manakala amalan-amalan kami yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya,

Maka kami memohon diperkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu

Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah


Doa Awal Tahun 


Doa ini dibaca sebanyak 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita memohon kepada Allah S.W.T. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.

Sebaik-baiknya kita memulakan dan mengakhiri setiap doa kita dengan adab iaitu dengan puji-pujian kepada Allah S.W.T. serta selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Maksud Doa Awal Tahun:-

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Rahmat dan Sejahtera keatas Penghulu Kami Nabi Muhammad dan keatas keluarganya dan Sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.

KelebihanMu Maha Besar dan kemurahanMu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat.

Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan Kami memohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan).

Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Mulia,

Ya Allah yang sebaik-baik yang mengurniakan Rahmat.







***
Marilah kita bersama-sama kita "share" doa ini untuk amalan semua insyaAllah. 

Salam Maal Hijrah dari kami, Majlis Ta'lim Darul Murtadza :)

...

09 November 2012

Majlis Ta'lim 9 November 2012


Assalamualaikum


Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 9 November 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 282



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 415



Bidayatul Hidayah, MS 87




Peringatan Umur Insan, MS 113 - 114






Atas sebab-sebab teknikal, rakaman untuk Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada 9 November tidak dapat disiarkan dalam blogpost kali ini. Segala kekurangan amat dikesali dan kami memohon maaf.

Terima kasih kepada admin Kerana Kasih Nabi atas catatan pada Majlis 9 November yang lepas.





...

08 November 2012

Jemputan Penyertaan ke "Kem Tahfiz Khazanah Ad Deen" (Siri ke 3)






Assalamualaikum

Bersempena dengan musim cuti sekolah Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin akan menganjurkan "Kem Tahfiz Khazanah Ad Deen" (Siri ke 3). Maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 November 2012 hingga 8 Disember 2012
Masa : 8 pagi hingga 5 petang
Hari : Isnin Hingga Jumaat
Umur : 9 - 15 Tahun
Tempat: Masjid al Ansar Taman keramat.

Sila Hubungi 03-4266 899, atau 019 330 1801 (Ustaz Ahmad) dan 017 240 1961 (Ustaz Mahyuddin) untuk keterangan lanjut. Anda juga bole layari laman web mereka di:-







...

Pengenalan Tentang ekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin




Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin ialah sekolah yang dibina atas tujuan kesedaran perhubungan di antara hamba dengan penciptanya dan perhubungan sesama makhluk. Maksud di sebalik erti Darul Muhibbin ialah rumah kecintaan yang membawa pengertian besar kecintaan kepada Allah SWT dan apa yang dicintai oleh Allah SWT.

Al‐Faqir Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Bin Shadan 

Sekolah ini diasaskan oleh Al‐Faqir Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Bin Shadan, berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiah ( B.A Hons ) dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan salah seorang lulusan pengajian Darul Mustafa, Hadramout, Yaman.

Beliau juga adalah bekas imam Masjid Al‐Khairiyah, AU3. Kini, beliau banyak meluangkan masa dengan menyampaikan ilmu di masjid, surau dan pejabat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Bersama‐sama beliau ialah Ustazah Fatimah Binti Muzaffar berkelulusan Ijazah Ilmu Hadith di Madrasah Mueinul Isam, Johannesburg Africa Selatan dan juga pernah mengambil pengalaman menuntut ilmu di Institut Pengajian Islam Daruz Zahra’.

InsyaAllah dengan keizinan Allah SWT Darul Muhibbin bermatlamat untuk memberikan pendedahan ilmu kepada penuntutnya di semua sudut ilmu untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga usaha yang murni ini akan melahirkan generasi pimpinan Islam yang unggul satu hari nanti. Ameen.

Untuk maklumat lanjut tentang Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin, sila lawati :-





...
...

03 November 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 2 November 2012 (Part 2/2) - Syarah Kitab Akhlakun Nabi oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


Assalamualaikum

Setelah selesai bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami (Karangan al Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz) di Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza, majlis telah diteruskan dengan Syarah Kitab Akhlakun Nabi oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang menceritakan keperibadian Rasulullah S.A.W.

Marilah kita bersama-sama menghayati apa yang dikongsikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dan "share" dengan kenalan kita semua. Semoga kita semua mendapat manfaatnya bersama-sama.





...


Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 2 November 2012 (Part 1/2)


Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 2 November 2012. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, serta khidmat-khidmat , sumbangan dan apa sahaja yang telah sedikit sebanyak membuatkan majlis ini sukses. Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu.

Berikut adalah rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk Sesi November 2012:-

Selawat Pembukaan



Qasidah Assalamualaik & Anta al Murtaja oleh Ahbabul Habib

Fasal 1


Fasal 2


Qasidah Muhammadin oleh Ahbabul Habib

Fasal 3


Qasidah Ya Zakirinan Nabiy oleh Ahbabul Habib


Fasal 4


Mahalul Qiyam part 1


Mahalul Qiyam part 2


Qasidah Penutup


Doa Penutup oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid




Bersambung ke bahagian kedua untuk Rakaman Syarahan Kitab Akhlaakun Nabi oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Sila klik di sini untuk Syarahan Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid





...