31 October 2012

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 2 November 2012





Assalamualaikum


"Objektif sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayahNYA" 

- kalam Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput kalian sekeluarga hadir ke majlis bacaan maulid ADH DHIYA UL LAAMI (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).

Maklumat  lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 2 November 2012 (Jumaat Malam)
Masa: 9.15 malam selepas Solat Isyak.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Setiawangsa)
GPS:3.178128,101.738462

Aturcara: Bermula pada pukul 9.15 malam, bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami karangan Habib Umar Bin Hafidz. Diikuti Tausiyah oleh habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, mari kita hadirkan diri kita di dalam majlis-majlis zikir yang baik. Bawalah sanak saudara serta kenalan kita untuk memeriahkan lagi Maulid Akbar pertama dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Jumpa anda disana! :)


26 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha & Selamat Menunaikan Ibadah Qurban




Assalamualaikum

Kami dari pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha dan Selamat menunaikan ibadah Haji, serta Qurban pada tahun ini. 

Semoga segala amalan kita kabul disisiNya insyaAllah.




...

24 October 2012

Berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) - Esok ini...



Di Malaysia, insyaAllah esok kita akan berada dalam hari ke 9 Zulhijjah atau lebih dikenali dengan hari Arafah.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang"
- Riwayat Muslim.

Jadi mari kita bersama-sama untuk tidak melepaskan nikmat yang telah diberikanNya.



...





23 October 2012

Berita Baik: LIVE Streaming Rasmi Ditutup - Kami berpindah ke Youtube :)



Assalamualaikum...

Bermula sesi selepas Aidilfitri Tahun ini, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menutup ruangan LIVE Streaming dan hanya menyiarkan rakaman - rakaman Majlis Ta'lim darul Murtadza di Youtube sahaja.

Dengan perubahan ini, semua akan dapat menonton Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Youtube dan insyaAllah kami akan berusaha untuk menyediakan rakaman yang berkualiti lebih-lebih lagi dari segi Audio. Video rakaman juga lebih baik berbanding rakaman di USTREAM.

Mari kita "share" video-video rakaman Majlis Ta'lim ini untuk membantu kami menyebarkan maklumat serta ilmu dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan melakukan yang terbaik untuk "upload" video-video rakaman ini secepat mungkin selepas majlis.

Sila pantau dan "Subscribe" Youtibe Channel kami :-

http://www.youtube.com/user/DarulMurtadza/


Jazakumullah khairan jaza' atas sifat prihatin serta sokongan kalian.

Wal afu minkum & barakallahu fi kum...






...






Jemputan ke Majlis berbuka Puasa dan Bacaan Doa Iftar Arafah



Assalamualaikum

Sabda Rasulullah S.A.W.

"Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dapat 
menebus dosa setahun yang lalu 
dan setahun yang akan datang..."


Bersempena dengan hari Arafah pada 9 Zulhijjah (Khamis ini), Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput muslimin dan muslimat ke Majlis Berbuka Puasa serta menghidupkan petang hari Arafah / Malam Raya Aidil Adha pada hari Khamis ini, 25 Oktober 2012, bermula pada pukul 5.30 petang di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Bacaan doa akan dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bkar Al Hamid, insyaAllah.

Mari kita bersama-sama meramaikan majlis ini.

Untuk makluman semua, dan seperti yang telah diumumkan pada Majlis Ta'lim yang lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada Jumaat ini ditunda ke minggu yang akan datang.

Diharap info ini dapat disebarkan kepada semua.





...



21 October 2012

Majlis Ta'lim 19 Oktober 2012

Tafsir Al Quran 




Kitab Riyadhus Solihin 




Kitab Bidayatul Hidayah




Kitab Peringatan Tentang Umur Insan




Soal Jawab




Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 19 Oktober 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 277-281



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 412 - 414 (MS 532)



Bidayatul Hidayah, MS 86 - 87 (Bab Adab-adab Mengerjakan Sembahyang) - Berhenti hingga perenggan akhir.





Peringatan Umur Insan, MS 111 - 113  ("Persediaan Untuk Hisab") -  Akan bersambung dengan tajuk baru "Rahmat Allah terhadap Kaum Mu'minin"






Terima kasih yang terus menghadiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza.





....

19 October 2012

Keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah


Assalamualaikum

Mari kita renungi bersama tentang keistimewaan bulan Zulhijjah...

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. Yang bermaksud : 

“Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi ALLAH & tiada amalan padanya lebih disukai kepada ALLAH daripada hari-hari 10 ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah pdnya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir; berzikir kpd ALLAH.

 Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.

 (HR Al-Baihaqi)




...






18 October 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum

Bersempena dengan musim Haji dan keberadaan kita di dalam bulan Zulhijjah ini, Masjid Bukit Antarabangsa telah menganjurkan ceramah perdana yang bertajuk "Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W." yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Berikut adalah rakamannya:-











Kredit kepada Saudara Hisham atas foto serta rakaman





Mari kita dengarkan dan sebarkan ilmu ini.



....





Majlis Ta'lim 12 Oktober 2012 (Part 2/2)

Assalamualaikum

Berikut adalah sambungandari bahagian pertama rakaman majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 Oktober 2012.



Kitab Bidayatul Hidayah 






Kitab Peringatan Tentang Umur Insan










Sesi Soal Jawab





Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 Oktober 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 274-275



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 409 - 411



Bidayatul Hidayah, MS 83 .





Peringatan Umur Insan, MS 107 - 110  ("Kecemasan Hari Mashar")







Terima kasih kepada yang terus istiqomah menghadiri majlis ta'lim mingguan ini walaupun pelbagai rintangan pada minggu lepas. Semoga kita sentiasa diberi nikmat untuk terus menghadiri majlis ilmu ini.


Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan seperti biasa setiap Jumaat, selepas isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.






...

Majlis Ta'lim 12 Oktober 2012 (Part 1/2)

Assalamualaikum

Berikut adalah antara rakaman Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 Oktober 2012. Terima kasih kepada saudara Hisham atas rakamannya:-






Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12 Oktober 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 274-275



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 409 - 411



Bidayatul Hidayah, MS 83 .





Peringatan Umur Insan, MS 107 - 110  ("Kecemasan Hari Mashar")







Bersambung ke bahagian 2 untuk rakaman Kitab Bidayatul Hidayah, Peringatan Tentang Umur Insan serta sesi soal jawab.


...

17 October 2012

Orang yang tidak menyayangi, tidak disayangi

Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;



"Orang yang tidak menyayangi, tidak disayangi"

[Bukhari & Muslim]







...

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 10

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 10





"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

'Rukun Nikah (Siri 2) dan Pesanan Dzulhijjah'











...

16 October 2012

jemputan ke program Malam Cinta Rasul - bersama Habib Syech As Seggaf






Assalamualaikum

Mari kita bersama-sama hadir dalam satu program Mahabbah, program "Malam Cinta Rasul" yang diadakan selama 3 malam berturut-turut di 3 lokasi. Juga menampilkan Habib Syech As Seggaf yang didatangkan khas dari Solo, Indonesia.

Program adalah seperti berikut:-

  • 20 Oktober 2012 - Masjid Asy Syakirin, KLCC
  • 21 Oktober 2012 - Dataran MBMB, Melaka
  • 22 Oktober 2012 - Dewan Besar UPSI, KSAS, Proton City, Tanjung Malim
Majlis bermula 8.30 hingga 11.00 malam. 

Juga menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza untuk tazkirah, lantunan Qasidah dan selawat dari AlMawlid, Inteam, dan Muhibbain. 

"Tidak ada satu pon perhimpunan yang mana perhimpunan itu akan ada penyesalan...kecuali perhimpunan yang ada Zikrullah (mengingati Allah)"...

InsyaAllah majlis yang baik ini adalah antara peluang kita untuk meraih Cinta kepada Rasulullah S.A.W. 

Ajak kelauarga, sanak saudara serta kenalan untuk hadir :)


Jumpa anda di Sana! :)




...







15 October 2012

Jemputan ke Ceramah Perdana: Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.



Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Ceramah Perdana  
yang mengisar tentang 

"Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W."


Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 17 Oktober 2012 (Rabu)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Bukit Antarabangsa
GPS: 3.177946,101.768845

Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)

10 October 2012

"Apabila Berasa Marah..."

Assalamualaikum

Rasulullah S.A.W. pernah berpesan ...




"Apabila kamu berasa marah, maka berwuduklah" - [Abu Daud & Ahmad]






...

06 October 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 3) - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid - Kitab "Akhlaqun Nabi"




Assalamualaikum

Dalam bahagian ketiga rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza, kita akan mendengarkan pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, membahaskan tentang kitab "Akhlaqun Nabi".

Sama-samalah kita mengenali Rasulullah S.A.W. kerana beliau lebih mengenali kita dan menyayangi kita.

Harap dapat kongsikan ilmu ini dengan kenalan dan keluarga dan semoga kita semua mendapat manfaat dariNya.









Alhamdulillah.....Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa hampir penuh semalam. Hampir setiap ruang masjid dipenuhi muslimin dan muslimat MasyaAllah :)

Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin memohon maaf atas segala kekurangan, ketidakselesaan & kelemahan yang berlaku semasa majlis. Mohon doa-doakan kami, dan...

جزاكم الله خيرً كثيرا 

Atas segala sumbangan (wang, kehadiran, masa, makanan, tenaga dan sebagainya) serta sokongan kalian terhadap dakwah AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID.

InsyaALLAH kita teruskan lagi kehadiran seperti ini setiap Jumaat dan buktikan Lembah Kelang yang penuh cabaran ini juga adalah "Kota Ilmu".












Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 2) - Tausiyah dari Sheikh Mustaffa Kamal







Assalamualaikum

Antara tetamu yang hadir dalamMajlis Maulid Bulanan kali ini adalah Sheikh Mustaffa Kamal, Mudir Madrasah al Hidayah (Terengganu), dan juga Pengerusi Ikatan Pengkajian Tauhid Tasawuf (IPTAF). Mari kita sama-sama mendengarkan tausiyah beliau dalam video di atas serta sebarkan kepada kenalan kita semua.

Semoga bermanfaat buat semua :)

Bersambung ke Bahagian 3

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 5 Oktober 2012 (Bahagian 1)



Selawat Pembukaan Serta Bacaan Ayat-ayat suci Al Quran




Qasidah Pembukaan - "Assalamualaika Zainal Anbiya"






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 1






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 2







Bacaan Qasidah - Solatun Bi Salam







Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 3





Bacaan Qasidah - "Ya Rabba Makkah Wa Sofa"






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'- Fasal 4






Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami'

* MAHALUL QIYAM *







Bacaan Qasidah Penutup





Bersambung Bahagian kedua

03 October 2012

"ihfazillah yahfazka"

Assalamualaikum



"Jagalah Allah, maka Ia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu, bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagi mu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada mu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu.

Dan jika seluruh umat ini berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup"

[Riwayat Tirmidzi]