29 August 2012

Jemputan ke Majlis Maulid Bersempena Aidilfitri 1433 Darul Murtadza







Assalamualaikum


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kita telah selamat beribadah di dalam bulan Ramadhan untuk tahun 1433. Semoga Amalan kita semua diterimaNya, dan di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap.

Setelah berehat selama sebulan di bulan ramadhan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza, dengan sukacitanya, akan memulakan kembali sesi Majlis Ta'lim dengan sambutan Maulid yang dipimpin oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Maklumat Majlis Maulid adalah seperti berikut:-

Tarikh: 7 September 2012 (Jumaat)
Masa : 9pm (Selepas Isyak)
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan Stesen LRT Setiawangsa)
GPS: 3.178117,101.738451


Marilah kita hadir beramai-ramai untuk eratkan silaturRahim serta meluahkan rasa Cinta Mahabbah kita kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Sila Sebarkan maklumat ini,..

Jumpa anda di Sana! :)






...

Rancangan Mimbar Al Huda, Siri Fiqh Al Usrah, Episod 6 (Enam)


 Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 6

 

"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"


15 August 2012

Suatu Kemengan, Penyucian dan Kebesaran


بسم الله الرحمن الرحيم



Buat seluruh keluarga besar Majlis Ta'lim Darul Murtadza, para pencinta ilmu serta sekalian kaum muslimin dan muslimat, raihlah hari kemenangan, kesucian dan kebesaran ini dengan menadahkan kedua tangan kepada YANG MAHA PEMBERI dengan ucapan ALHAMDULILLAH, maka dengan lafaz itu, semoga ALLAH SWT akan menambahkan nikmat itu lebih besar untuk kita.


اللهم آمين يا رب العالمين

Eid Al Fitri adalah hari kemenangan, kesucian dan hari kebesaran.
Hari Kemenangan kerana kita berjaya menahan hawa nafsu selama sebulan penuh untuk beribadah puasa.
Hari Kesucian kerana seseorang yang sempurna berpuasa dan menunaikan zakat fitrahnya maka dia akan disucikan dari dosa umpama bayi yang lahir dari perut ibunya (tanpa dosa).
Hari kebesaran kerana kemenangan dan kesucian yang kita raih adalah semata-mata hadiah yang besar dari ALLAH SWT untuk kita.

Daripada Ibnu Abbas r.a.
“Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang miskin”.

"Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Hadis Riwayat Muslim)

من العائدين والفائزين تقبل الله من و منكم
كل عام وأنتم بخير

Ucapan daripada: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid




10 August 2012

Kisah si Penangkap Ikan dan Abangnya




Suatu masa dahulu, ada seorang yang yang alim, yang mencari rezeki dengan menangkap ikan. Kehidupannya hanya setakat cukup makan , bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Demikian hidupnya sehari-hari bergantung kepada apa yang ada di kawasan tempat tinggalnya.

Satu ketika, beliau memanggil Anak Muridnya untuk menghantar hadiah kepada abangnya. Setelah diberikan alamat rumah abangnya, si Murid itu pon terus pergi menghantar hadiah yang dibawakan oleh gurunya. Iniah sifat seorang murid yang taat pada gurunya yang sanggup berkorban untuk berkhidmat demi gurunya.



Maka sampailah si Murid ke alamat yang diberikan. Pada mulanya si Murid berasa was-was dengan tempat tersebut.

"Betul ke ini rumah abang guru ku..Besar dan sangat mewah!"

Namun setelah diselidik, betullah rumah itu kepunyaan abangnya.. Si Murid pon memberikan hadiah kepada Abang Gurunya, lalu Abangnya pon berkata:

"Pesan kepada Adikku, Janganlah kejarkan Dunia!"

Si Murid berasa hairan...

Dengan perasaan Marah, Si Murid pon balik. Mana tidaknya, dah la abang gurunya seperti bersifat keduniaan dan berumah besar seperti orang kaya,  ada hati pulak nak pesan kepada gurunya yang hidup sederhana untuk tidak mengejar dunia.

Sampai dirumah Gurunya, murid itu pon menceritakan apa yang telah terjadi. Setelah mendengarnya, gurunya pon menangis, dan mengasingkan diri untuk seketika...

Sekali lagi, Si Murid merasa Hairan!...




Apabila ditanyakan hal Gurunya, Gurunya pon menerangkan:

"Abangku tidak mengejar dunia, tetapi terlalu mengejar akhirat.. lalu Dunia yang mengejarnya..

Aku pula, terlalu bergantung kepada apa yang ada di Sungai.. tidak mengharapkan kebergantunganku kepada yang Maha Esa"..


Maka pahamlah Muridnya tentang apa yang telah terjadi.


********

Kisah ini diceritakan beberapa kali oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam tazkirah-tazkirahnya…

Terdapat banyak isi yang tersurat dan tersirat dalam kisah yang diceritakan tadi. Marilah kita mengambil manfaat serta sebarkan kepada semua.
Semoga Allah sahaja yang dapat memberkati serta memberi ganjaran atas usaha kita yang kecil ini, insyaAllah.






....

02 August 2012

Jemputan ke Majlis Istimewa Nuzul al-Quran 1433H


Assalamualaikum

InsyaAllah, anda semua dijemput untukmenghadiri satu majlis istimewa di Bulan ramadhan tahun ini, iaitu:-

Majlis Nuzul al-Quran 1433H


Tarikh: 5 Ogos 2012 (Ahad)
Masa: 6.00pm
Tempat: Madrasah At Tazkiyah (di Surau Nur Shafiee), Jalan USJ 1/2B, 47620, Subang Jaya, Selangor
Koordinat GPS: 3.054337, 101.601817

Suasana salah satu Majlis Maulid di Madrasah Tazkiyah yang
dihadiri pelbagai tetamu khususnya para ulamak dan habaib.


Aturcara Majlis Nuzul Al-Quran 1433H Madrasah At-Tazkiyah/An-Nur : -

  • Majlis Rauhah bermula pukul 6:00pm
  • Majlis berbuka puasa solat maghrib berjemaah 
  • Bacaan Al-Quran secara berjemaah 
  • Solat Isyak berjemaah 
  • Solat Tarawih 20 rakaat (selepas 14 rakaat dibaca qasidah Al-Habib Abdullah bin Hussein bin Tahir) 
  • Doa Tarawih 
  • Solat Witir 3 rakaat & doa Witir 
  • Niat puasa 
  • Bacaan qasidah Al-Habib Ali bin Muhammad bin Hussein Al-Habsyi) 
  • Bacaan doa khatam al-Quran 
  • Bacaan doa Birrul Walidain (Doa untuk Ibu Bapa) 
  • Bacaan qasidah "Layalil Qadri"; "Muwadda' Ya Ramadhan" 
  • Bacaan doa penutup majlis 


 InsyaAllah, majlis ini turut dihadiri oleh guru-guru Madrasah At-Tazkiyah/An-Nur seperti :



  1. Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid (pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza) 
  2. Al-Habib Naqjmuddin bin Osman Al-Khered (pemimpin Majlis Ta'lim Sawa AsSabil & Mudir Madrasah At-Tazkiyah) 
  3. Ustaz Azhar bin Hashim (pemimpin Majlis Ta'lim Rahmatan Lil Alamin) 
  4. Ustaz Azian bin Man (Imam Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya) 
  5. Para habaibs lain

Jadi, ingatlah tarikh ini !!! Usahakan untuk hadir bersama para habaibs dan tetamu lain.
Jangan kita lari dari rahmat anugerah-NYA !!!

 * Mari ambil peluang ini untuk berjumpa & mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah kepada Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ...



Kita berjumpa di sana, InsyaAllah!





...

Jemputan ke Majlis Haul Imam Al-Muhaddisin Dr Syed Muhamad Alawi Al Maliki Al Hasani



Assalamu'alaikum.

Semua dijemput untuk menghadiri Jemputan dari Haji Ya'acob Elias, Kemaman, Terengganu. 

InsyaAllah, Haul Imam Al-Muhaddisin Dr Syed Muhamad Alawi Al Maliki Al Hasani akan dianjurkan seperti berikut:-

Tarikh: 7 Ogos 2012
Masa: 5.00 petang
Tempat: MY Villa 5823 Geliga Besar, Kemaman


Bersama Al Habib Al Muhaddis Soleh Bin Ahmad Al Idrus, Malang, Jawa Timur (murid pertama Dr Syed Muhamad Alawi Al Maliki Al Hasani).

Aturcara Majlis (petang):

 5.00 - Kedatangan para Tetamu
5.15 - Bacaan Quasidah/ Burdah
5.30. - Khatam Quran beramai ramai dipimpin Al Habib Al Muhaddis Soleh Bin Ahmad Al Idrus
6.40. - Tahlil
7.00. - Tazkirah Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil)
7.25. - Berbuka Puasa dan jamuan makan
8.00. - Solat Magrib
8.10. - Tazkirah Al Habib Al Muhaddis Soleh Bin Ahmad Al Idrus - Solat Isyak - Solat Terawih - Majlis Bersurai


 InsyaAllah kita berjumpa di sana! :)








...