31 July 2012

Rakaman TV ALHijrah - Program Bual Bicara Istimewa Ramadan & Syawal bertajuk ‘Ahlul Zikri’



TVAlhijrah dengan kerjasama MNRB & Takaful Ikhlas akan mengadakan rakaman program bual bicara Istimewa Ramadan & Syawal bertajuk ‘Ahlul Zikri’ yang akan menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, seorang tokoh agama muda yang tidak asing lagi. 


Jika anda mempunyai persoalan tentang topik Ramadan Satu Perjuangan : 'Andai Ini Ramadan Terakhir' dan juga Syawal Satu Kemenangan : 'Kembali Kepada Fitrah'. Ajukan kepada pihak TV AlHijrah di ruangan komen dibawah post ini yang berkaitan poster di atas, linknya seperti berikut:- 




5 soalan terbaik bagi setiap topik akan menerima hadiah istimewa dari TVAlhijrah & soalan akan di ajukan kepada Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid semasa rakaman. 


Tarikh akhir : 1 Ogos 2012.



29 July 2012

Mimbar Al Huda - Episod 8

 Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 8



 "Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

'Nikah Yang Barakah (Siri 2)


... 

Mimbar Al Huda - Episod 7

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 7 




"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

'Nikah Yang Barakah (Siri 1)'



... 

25 July 2012

Kisah Seorang Wanita yang kematian Anaknya

Gambar Hiasan Kredit kepada Yukarifa Adelina Maryata

Dalam salah satu Tazkirah Ramadhannya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan tentang seorang wanita. 


Pada suatu zaman dahulu, seorang wanita sedang menangis kesedihan. Datang seorang Nabi yang diutuskan pada zaman ketika itu menanyakan hal wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia sedih atas kematian anaknya yang masih muda. Peluang untuk beribadat pon kurang jika nak dibandingkan dengan usianya sendiri yang sudah lanjut.

lalu Nabi itu pon berkata, Tak usahla bersedih atas kematian anak yang baru berusia 400 tahun.

Kata nabi itu lagi, Pada akhir zaman, umat Nabi yang terakhir nanti hanya berumur di antara 60 hingga 70 tahun sahaja.

Wanita tersebut terkejut lalu bertanyakan benarkah hal yang demikian. Lalu Nabi tersebut membenarkan apa yang diceritakannya tadi.

Gambar Hiasan: Batu Besar di Mehara. Kredit kepada Alex Putong

Wanita itu pon berkata bahawa jika dia adalah umat Nabi Akhir Zaman, tidak perlulah dia melakukan perkara-perkara yang merugikan.

Dia akan mencari satu batu yang besar. Jika matahari terbit hingga tengah Hari, dia akan berlindung pada bahagian sebelah batu yang redup untuk beribadat. 

Kemudian apabila Matahari mula terbenam, dia akan berpindah kedudukannya ke sebelah yang satu lagi untuk berteduh dan beribadat.

Begitulah keadaannya setiap hari sehinggalah dia berusia 60 tahun.

Kata Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, ini nak menunjukkan betapa singkatnya umur kita. Jadi janganlah kita mensia-siakan rezeki umur yang diberikan kepada kita. 

24 July 2012

Ramadhan : Apabila emosi kita dicuit




"Jika dicuit emosi kita (dalam bulan Ramadhan, ketika sedang berpuasa), hendaklah kita berkata Inni Saa'im (sesungguhnya aku sedang berpuasa) sebanyak 2 kali"

"Kali yang pertama untuk mengingatkan kepada yang mencuit emosi kita, yang kita sedang berpuasa dan jangan menjadi penyebab gugurnya segala pahala puasa kita"

"Kali yang kedua untuk mengingatkan diri kita sendiri, dan sekiranya orang yang mencuit emosi kita itu masih meneruskan perbuatannya"

- Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

23 July 2012

Jemputan ke Majlis Ta'lim Akbar Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم



Dijemput hadir beramai-ramai ke majlis anjuran Yayasan Al-Jenderami bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Maklumat lanjut boleh merujuk pada poster di atas.



19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza



Assalamualaikum

Kami dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua.


Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang Bulan Ramadhan. 


InsyaAllah, Majlis akan bersambung seperti biasa pada 7 September 2012. 



Jangan lupa follow facebook dan twitter rasmi kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini tentang Majlis Ta'lim. 


Akhir kata, selamat beribadat dan semoga segala amalan kita semua diterimaNya pada bulan yang penuh barakah ini :)

 














...






18 July 2012

Jemputan ke Majlis Ihya' Ramadhan bersama Majlis Ta'kim Sawa' Assabil



Assalamualaikum

Semua dijemput menghadiri Maulid Ihya' Ramadhan pada 18 Julai ini. Maulid diadakan sempena meraikan kedatangan Ramadhan dan juga penangguhan pembelajaran bagi menyambut Ramadhan. 

Untuk maklumat lanjut sila layari facebook kami di facebook.com/mtsawaassabil


Maklumat lanjut tentang tempat adalah seperti berikut:-

GPS: 3.104435,101.558032



View Larger Map

15 July 2012

Majlis Ta'lim 13 Julai 2012 - Bersama Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof



Assalamualaikum

Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza teah berjalan seperti biasa pada 13 Julai 2012 lepas. Walaupun hanya membahaskan Tafsir Al Quran, tetapi Majlis kali ini di hiasi pelbagai RahmatNya. dan salah satu nikmat besar yang dianugerahkan kepada yang hadir pada malam tersebut adalah dengan ziarah dari Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah disampaikan oleh Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof. Semuanya boleh anda dapatkan di dalam rakaman di atas.

Terdapat juga rakaman-rakaman dari Jemaah yang hador pada malam tersebut. Anda juga boleh mencari video-video serta audio tersebut di Youtube dan kongsikan bersama keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja. Semoga usaha kecil kita kabul dan memberikan faedah kepada semua.



Majlis Ta'lim ini juga adalah majlis ta'lim yang terakhir untuk musim kali ini, sebelum bercuti selama sebulan, sepanjang bulan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, majlis telah diakhiri dengan bacaan Qasidah "Marhaban Ya Ramadhan".

Di dalam ucapan akhirnya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berkata:

"Pihak Majlis Ta'lim darul Murtadza, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak tahun 1433 Hijriyah, insyaAllah, mudah mudahan Allah S.W.T memberikan peluang kepada kita untuk dipertemukan lagi di masa akan datang InsyaAllah,..."

"Dan apa-apa silap daripada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis Ta'lim, Mohon maaf... dan memohon agar supaya dibukakan pintu maaf sebesar-besarnya, dan jutaan terima kasih, hanya Allah S.W.T. yang akan membalas, khususnya kepada pihak Masjid Muadz Bin Jabal yang selama ini memberikan kemudahan kepada kita semua untuk bersama-sama berada di Masjid Muadz bin Jabal untuk melangsungkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Moga-moga Allah S.W.T. memberikan ganjaran yang besar bagi mereka bermula daripada Tuan Pengerusi, Imam, Bilal, dan semua ahli jawatan kuasa..."

"...dan juga kepada hadirin hadirat, yang istiqomah hadir dalam majlis ta'lim Darul Murtadza, mudah mudahan Allah S.W.T. menjadikan Majlis Ta'lim ini sentiasa berada di hati kita semua insyaAllah dan masing-masing rasa memiliki pada Majlis Ta'lim Darul Murtadza... dan akan berjumpa lagi..."

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung selepas Bulan Puasa iaitu pada 7 September 2012.

Terima kasih kepada semua yang telah setia bersama kami.

 Assalamualaikum w.r.t.





...






10 July 2012

Tetamu Khas: Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Majlis Ta'lim Mingguan



Assalamualaikum

Untuk makluman semua, Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada minggu ini (13 Julai 2012) akan didatangi seorang tetamu khas, seorang ulamak terkemuka dari Tarim, Yaman. Beliau adalah Al Habib Kadzim Jaafar As-Saggof.

Marilah kita niatkan untuk hadir ke Majlis yang penuh barakah ini. Majlis Ta'lim kali ini juga adalah majlis yang terakhir sebelum berehat selama sebulan di bulan Ramadhan. InsyaAllah, akan bersambung seperti biasa pada bulan September 2012 (akan diberitahu tentang tarikhnya).

untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook dan Twitter Rasmi kami.


Jumpa anda di Sana! :)


Jemputan ke Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro - Yayasan Al Jenderami




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Jemputan ke Majlis Memperingati Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah Al Kubro anjuran Yayasan Al Jenderami pada 13 hingga 15 Julai 2012. 

Majlis akan berlagsung di Kompleks Yayasan Al Jenderami, Lot 22719, Kg Baru, Lorong Aman, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat lanjut adalah seperti yang tertera di Poster di atas. 


Jumpa Anda di sana!




....

Jemputan ke Ceramah Perdana "Marhaban Ya Ramadhan"


Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Ceramah Perdana bertemakan "Marhaban Ya Ramadhan" 
yang mengisar tentang 

"Puasa yang Diterima Allah"


Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 - 10.00 Malam
Tempat: Masjid Bukit Antarabangsa
GPS: 3.177946,101.768845


Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)








...

09 July 2012

Jadual Rasmi Dakwah Al-Habib Kadzim Jaafar As-Saggof di Malaysia 2012







Assalamualaikum

Semua dijemput hadir di dalam majlis ilmu bersama Ulamak terkemuka dari Yaman, Al-Habib Kadzim Jaafar As-Saggof yang berada di Malaysia, Julai 2012.

Sila rujuk jadual di atas untuk maklumat lebih lanjut. (Klik gambar di atas untuk besarkan).

Mari kita sebarkan maklumat ini.

Jumpa Anda di sana! :)






...




08 July 2012

Rakaman Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 (Bahagian 3)


Assalamualaikum

Bersambung dari Blogpost Kenangan Majlis Maulid Akbar (Bahagian 1) dan (Bahagian 2), kali ini, mari kita dengarkan tausiyah dari beberapa orang guru yang hadir pada majlis maulid ini. 

Tausiyah pertama dari Ustaz Azhar Hashim (Pemimpin Majlis Ta'lim Rahmatan Lil Alamin), diikuti dengan Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil).

Akhir sekali ditutup oleh Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza sendiri, iaitu Al Habib, Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid berserta dengan doa.

Anda boleh mengikuti laporan ringkas serta gambar-gambar kenangan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 ini dilink-link berikut:-

  1. Kenangan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 - Bahagian 1
  2. Kenangan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 - Bahagian 2


Video Kredit kepada Channel Zoohirabdullah

Sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang hadir serta di rumah yang menonton livestreaming. Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semua khidmat dan amalan kita dikabulkan Allah dan menggembirakan Rasulullah S.A.W., keluarga dan sahabatnya.

Teruskan bersama kami pada Jumaat depan dengan Majlis Ta'lim darul Murtadza, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pukul 9.30 malam.







...

Kenangan Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 (Bahagian 2)


Assalamualaikum

Bersambung dari blogpost Majlis Maulid Akbar darul Murtadza (Bahagian 1) yang lepas, kali ini, kami ingin memuatkan beberapa gambar-gambar kenangan Majlis tersebut. Sila klik gambar-gambar berikut untuk dibesarkan.




























Semoga kita dilapangkan masa serta dimudahkan urusan untuk menghadiri majlis-majlis yang baik pada masa yang akan datang, InsyaAllah.


Sila klik disini untuk Bahagian 3


:)








...

07 July 2012

Kenangan Maulid Akbar Darul Murtadza 2012 (Bahagian 1)




Assalamualaikum

Alhamdulillah, tanggal 6 Julai 2012, dengan limpah rahmat, kurnia dan keizinanNya, Majlis Ta'lim Darul Murtadza, bawah pimpinan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, telah berjaya melangsungkan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza yang julung-julung kalinya dianjurkan.

Majlis Maulid Akbar ini adalah Majlis Maulid yang terakhir, sebelum menyambut kedatangan Bulan yang ditunggu-tunggu, bulan Ramadhan al Mubarak. Jumlah Hadirin dan hadirat telah mencapai bilangan yang sangat memberansangkan. Kami ingin mengucapkan Jutaan Terima kasih, bahkan tidak terhingga kepada semua yang hadir serta yang telah membantu kami mempromosikan majlis ini.

Turut hadir dalam Majlis ini adalah Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil), Ustaz Azhar Hashim (Pemimpin Majlis Ta'lim Rahmatan Lil Alamin), Ustaz Azian Man (Imam Masjid Al-Falah USJ9), Jemaah dari Yayasan Al Jenderami, Madrasah-madrasah, serta beberapa organisasi-organisasi yang lain.

InsyaAllah, kami akan berkongsi dengan semua pengunjung Blog rasmi Majlis Ta'lim Darul Murtadza, pengalaman yang indah sepanjang Majlis Maulid Akbar ini.  Untuk Blogpost kali ini, mari kita bersama-sama menikmati suasana Majlis Maulid Akbar pada 6 Julai 2012 yang lepas dengan pandangan "Panorama" berikut.

Nota tambahan: Gambar-gambar panorama ini mungking memerlukan masa untuk dimuat turun, bergantung kepada kelajuan internet anda. Anda bole juga mendapatkan gambar-gambar panorama ini dari link berikut:-


http://360.io/Ct7dZg


http://360.io/eKQkxm


http://360.io/PTMbGC


http://360.io/bSsdD9


Ketika Mahalul Qiyam:



Sepanjang Majlis Maulid Akbar:





Seusai Majlis Maulid Akbar




InsyaAllah, nantikan post Bahagian 2.

Sila Sebarkan :)









Sila Klik di sini untuk Bahagian 2

...

05 July 2012

Maulid Akbar 2012 (Jemputan Khas buat semua)



Assalamualaikum

Anda semua dijemput untuk menghadiri, buat julung-julung kalinya,

"Maulid Akbar Darul Murtadza 2012"


Maulid khas ini adalah maulid terakhi pada tahun 2012 sebelum bulan Ramadhan dan di dalam bulan Sya'ban, yang juga dikenali sebagai bulan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Maklumat  lanjut tentang majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh: 6 Julai 2012 (JUmaat Malam)
Masa: 9.00 malam selepas Solat Isyak.
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur (Bersebelahan LRT Setiawangsa)
GPS:3.178128,101.738462
Aturcara: Bermula pada pukul 9 malam dengan alunan Qasidah Burdah karangan Imam Busiri, serta bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami karangan Habib Umar Bin Hafidz.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, mari kita hadirkan diri kita di dalam majlis-majlis zikir yang baik. Bawalah sanak saudara serta kenalan kita untuk memeriahkan lagi Maulid Akbar pertama dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

Jumpa anda disana! :)









...







04 July 2012

Sambutan Nisfu Syaaban



Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".



Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.



Amalan malam Nisfu Sya'ban :

Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :



1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.

2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.

3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.


* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :


InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin


آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ



kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza


* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.



(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

01 July 2012

Majlis Ta'lim 29 Jun 2012



Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 29 Jun 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 260-261



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 395 - 399 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)



Bidayatul Hidayah, MS 76 - 78





Peringatan Umur Insan, MS 99 - 101 (Tiupan Kebangkitan)












Bagi pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kathiran, kepada jemaah yang telah menghadiri Majlis yang lepas, sama ada yang berada di dalam masjid, mahupun yang menonton livestreaming. Segala sumbangan serta sokongan kuat anda semua sangat kami hargai. Semoga akan mendapat barakah serta manfaat dari Allah S.W.T.

Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012




Majlis akan diteruskan pada minggu hadapan, dengan sambutan yang istimewa, iaitu, Sambutan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012!
Bermula pada pukul 9 malam dengan alunan Qasidah Burdah karangan Imam Busiri, serta bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami karangan Habib Umar Bin Hafidz. Bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa (seperti biasa).

Mari kita ajak semua kenalan serta saudara mara kita untuk menghadirkan diri di Majlis yang penuh dengan Barakah serta Mahabbah ini.

Jumpa anda di sana :) !





...