Assalamualaikum
Alhamdulillah, Majlis Maulid Darul Murtadza pada 1 Jun 2012, telah selamat berlangsung dan telah di sambut dengan penuh kemeriahan.
Di dalam perbahasan tentang Sirah serta Sifat dan akhlak Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W., Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap dan akhlak mulia para sahabat baginda.
Antara yang menarik adalah bagaimana Ibnu Abbas, yang masih kecil, telah berkhidmat dengan akhlak yang tinggi kepada Rasulullah S.A.W. serta gigih mengikuti Baginda S.A.W. bangun malam. Kesungguhan Ibnu Abbas telah berjaya membuatkan Rasulullah S.A.W. mendoakan kepadanya untuk menjadi seorang yang faqih (faham dengan mendalam) dalam ilmu agama.
Berkat doa Rasulullah S.A.W., akhirnya Ibnu Abbas menjadi seorang tokoh ilmuan Islam yang disegani serta menjadi rujukan kepada rakyat pada zamannya.
Apakah detik-detik istimewa dan mesra antara Rasulullah dan Ibnu Abbas ketika Qiamullail?
Bagaimanakah cara Rasulullah S.A.W. mengajar Ibnu Abas atau kita secara amnya, cara untuk menghilangkan rasa mengantuk selepas bangun malam?
Segala rahsia serta kisah-kisah menarik telah di bongkar di dalam video rakaman di atas :)
Penyediaan Makanan selepas Majlis Maulid - Terima Kasih diucapkan kepada "Sponsor". Semoga semua amalan diterima, serta dimudahkan urusan. |
Terima kasih diucapkan kepada Jemaah yang hadir serta cadangan-cadangan yang bernas untuk meningkatkan kualiti Majlis Ta'lim darul Murtadza. Kami mengambil kira setiap cadangan yang telah dikemukakan dan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi atau menyampaikannya dengan cara yang terbaik, sesuai dengan kehendak majoriti jemaah.
Sokongan serta doa dari semua telah banyak membantu kami dan semoga semua amalan ini diganjar oleh Allah S.W.T. (Amin) :)
Sertai kami menyebarkan majlis ilmu ini dengan usaha promosi (walau sekecil mana) facebook, blog serta Twitter kami. Siapa yang tahu berapa ganjaran "retweet" yang bermanfaat kepada "followers" kita? Siapa yang tahu jika setiap amalan kecil ini akan di ucapkan tahniah di akhirat kelak?
Jadi sertailah kami dalam usaha ini.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada minggu hadapan, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada pukul 9.30 malam.
Jumpa anda di sana! :)
....
No comments:
Post a Comment