04 June 2012

Pengambilan/Pendaftaran Pelajar Baru (2012) Madrasah At- Tazkiyah, Cawangan Darul Musthofa, Tarim, Hadramaut, Yaman





Pengenalan Madrasah At-Tazkiah




PENGENALAN

Madrasah At-Tazkiyah adalah cawangan pertama kepada Darul Mustofa liddirasah Al-islamiyah yang dibuka di Malaysia. Ia telah dirasmikan oleh pengetua Darul Mustofa sendiri iaitu Al-Allamah Al-Habib Omar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz pada Januari 2011.
*  *  *



MISI
                                 (غَرْسُ الإرْثِ النَبَوِيّ في ذَوَاتٍ تَنْشُرُهُ)
MENYEMAI PUSAKA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم
 (ILMU) DIDALAM JIWA-JIWA YANG AKAN MENYEBARKANNYA.

VISI
                               i.            ILMU:
Mempelajari ilmu syariah yang suci , dengan sanad yang sahih yang bersambung ,mentahqiq (memantapkan) ilmu, melalui cara yang diwarisi turun temurun dari salafussoleh, disamping menggunakan kaedah-kaedah moden yang bermanfaat dan dikaitkan dengan amal.

                             ii.            TAZKIYAH:
Pembersihan jiwa dengan ikhlas, taubat, khashyah (takut kepada Allah), zuhud, wara’, penyucian hati dan pembentukan akhlak.

                          iii.            DAKWAH:
Menyeru manusia kepada Allah dengan hikmah disamping menanam semangat dakwah didalam jiwa para pelajar.

*  *  *
JADUAL HARIAN PELAJAR

5.00  a.m.     - Bangun tidur
                        -  Zikir sebelum subuh
                        -  Solat subuh berjemaah
                        - Zikir selepas subuh
                        - Kelas pertama (Al-Quran)
                        - Solat Isyraq & sarapan
                   - Rehat
10.00  a.m.  - Kelas kedua
11.00  a.m.  - Kelas ketiga
12.00  p.m.  - Kelas keempat
1.00    p.m.   - Rehat dan persiapan solat Zohor
                        - Solat Zohor berjemaah
                        - Zikir selepas Zohor
                        - Makan tengahari
2.30 p.m.      - Kelas kelima
3.30 p.m.      - Kelas keenam
                        - Solat Asar berjemaah
                        - Zikir selepas Asar
                        - Pengajian Tasawwuf (Rauhah)
                        -Rehat  @  Riadhah
                        - Zikir sbelum Maghrib
                        - Solat Maghrib berjemaah
                        - Hafazan Al-Quran
                        - Azan Isyak & zikir sebelum Isyak (Ratib Al-Haddad)
                        - Solat Isyak berjemaah
                        - Makan malam
                        - Murajaah (ulangkaji pelajaran)
11.00 p.m.   - Padam lampu & tidur.
*  *  *


SISTEM PEMBELAJARAN

Disebabkan Madrasah At-Tazkiyah adalah cawangan kepada Darul Mustofa, maka segala sistem pembelajaran disusun sepenuhnya oleh Darul Mustofa, Hadhramaut,Yaman. Ini melibatkan beberapa perkara seperti berikut;


i. SEMESTER PENGAJIAN :
Setiap tahun madrasah mempunyai dua semester pengajian. Semester pertama bermula dari bulan Syawwal hingga bulan Rabi’ul Awwal. Semester kedua bermula dari bulan Rabi’ul Awwal hingga bulan Sya’ban.

ii. TEMPOH PENGAJIAN
Sukatan pelajaran dibawah akan mengambil masa 5 tahun untuk dihabiskan. Dan sekiranya pelajar lulus setiap peperiksaan dan mempunyai prestasi akhlak yang baik, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka di Darul Mustofa, Yaman untuk peringkat Thanawi dan Jami”ah (selama 5 tahun).
iii.  PEPERIKSAAN :
Setiap semester akan diadakan tiga peperiksaan. Periksa penggal pertama, penggal kedua dan periksa akhir semester.

iv.  PEMARKAHAN :
Markah akan dikumpulkan dari ketiga-tiga peperiksaan tersebut bagi mengetahui keputusan pelajar. Markah lulus yang diletakkan oleh Darul Mustofa ialah 76% dan keatas. Bagi mereka yang gagal, akan diadakan peperiksaan ulangan bagi memberi mereka peluang kedua dan sekiranya mereka masih lagi gagal, mereka dikehendaki mengulangi semester tersebut dan tidak dibenarkan naik ke semester yang seterusnya.

v.   KITAB-KITAB :
Semua kitab pengajian adalah dalam bahasa arab dan telah ditentukan oleh Darul Mustofa.Pihak Darul Mustofa berhak mengubah sukatan tersebut sekiranya perlu.
*  *  *
YURAN BULANAN
        Yuran bulanan adalah sebanyak rm300 sahaja. Ia adalah yuran makanan.Adapun yuran asrama, perubatan, pengangkutan dll adalah ditanggung oleh pihak madrasah. 
*  *  *

CUTI MADRASAH

i.            CUTI TAHUNAN:
·        Cuti semester pertama bermula dari 6  hingga 16 Rabi’ul Awwal. *
·        Cuti untuk Hari Raya Aidilfitri bermula dari 18 Ramadhan hingga 10 Syawwal. Ia juga adalah merupakan cuti semester kedua. *
·        Cuti untuk Hari Raya Aidiladha bermula dari 6 Zulhijjah hingga 16 Zulhijjah. *

( * Tertakluk kepada perubahan)

ii.            CUTI BULANAN:
Pihak madrasah memberi cuti setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada minggu terakhir setiap bulan. Cuti ini adalah bagi mengelakkan kekerapan pelajar mengambil cuti pada waktu pengajian sekaligus mengganggu prestasi pelajaran mereka. Diharapkan dengan program cuti bulanan ini akan meningkatkan lagi tumpuan para pelajar terhadap pelajaran mereka. Program cuti bulanan ini boleh dibatalkan oleh pihak madrasah sekiranya ia tidak mencapai objektif yang diharapkan.
*  *  *

AKTIVITI MADRASAH

1)   MAWLID
Setiap malam Jumaat diadakan majlis Mawlid dengan bacaan Kitab Dhiya”ul Laami’ serta pengajian Kitab Syamail Ar-Rasul. Bermula dengan Solat Maghrib berjemaah, kemudian  bacaan zikir dan Surah Al-Kahfi dan bacaan mawlid pada pukul 8.30 malam. Diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan makan malam. Majlis terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

2)   BACAAN BURDAH AS-SYARIFAH
Setiap hari Isnin selepas Solat Asar, para pelajar akan membaca qasidah-qasidah dari Kitab Burdah Al-Bushairi. Majlis terbuka bagi muslimin  yang berminat.

3)   ZIARAH
Pihak madrasah akan merencanakan program ziarah bulanan para pelajar. Ziarah ini tertumpu kepada para habaib, alim ulamak dan madrasah-madrasah terpilih.

4)   REHLAH
Untuk pengetahuan, madarasah telah pun mengadakan beberapa program rehlah bersama pelajar sebelum ini dan progam ini akan diteruskan dari masa semasa bagi menghilangkan tekanan sekaligus memberi mereka semangat yang baru untuk terus maju didalam pelajaran mereka.
*  *  *
SYARAT KEMASUKAN

1-    Berumur di antara 13 hngga 20 tahun.
2-    Sihat tubuh badan.
3-    Boleh membaca Al-Quran.
4-    Bersedia untuk mematuhi segala peraturan madrasah.
5-    Mendapat keizinan dari ibubapa/penjaga.
6-    Mempunyai rekod akhlak yang baik di pusat pengajian yang lepas.
7-    Mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami ilmu syariat untuk menegakkan Islam.

PENDAFTARAN DAN TEMUDUGA

Kemasukan pelajar baru adalah pada bulan Syawwal.Temuduga untuk pelajar baru dibuka sekarang. Tarikh tutup permohonan ialah 30 Jun 2012.

- Untuk permohonan atau  maklumat lanjut, sila hubungi :
·        Ust Najmuddin Al-Khared            (012 959 7401)
·        Ust Mohd Ashraff                          (013 505 2942)
·        Ust Dzulfadzli Affandi                   (013 4899 676)




Madrasah At-Tazkiyah,
Jalan usj 1/2B ,
47620 , Subang Jaya ,
Selangor.

mdattazkiyah@gmail.com

No comments: