28 February 2013

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza Mac 2013




"Sambutan maulid telah dilakukan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi, cuma panggilan sambutan itu sahaja yang berbeza. Akan tetapi intipati sambutan itu masih sama dengan zaman kita sekarang." 
(Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid)


InsyaAllah Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza akan diadakan pada Jumaat ini (1 Mac 2013) di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis kali ini akan bermula awal sedikit iaitu pada pukul 9 malam. InsyaAllah akan dihadiri oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

 Bangkitkan perasaan mahabbah, kerinduan & impian untuk bersama Rasulullah S.A.W !!!

Sedikit pesanan dari pihak pengurusan, diharap jemaah yang hadir dapat mematuhi tata tertib lalu lintas dan tidak "Double Parking" kerana dikhuatiri akan mengganggu sahabat serta jemaah kita yang lain... Mari kita bersama-sama menunjukkan akhlak yang mulia yang diajarkan oleh Kekasih Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kami juga menggalakkan agar kereta diletakkan sepertio majlis Maulid Akbar tempoh hari. Cuma kali ini tiada Shuttle sahaja.



Lirik Qasidah "Selawat Iftitah" dan Qasidah "Assalamualaik" 


 Bagi pengguna Smartphone serta Tablet, anda bolehlah download gambar ini (Right Click - Save Picture as - bagi pengguna Windows) untuk rujukan serta boleh menghayati maksud antara qasidah-qasidah yang bakal dibawakan pada malam maulid nanti :) :-













26 February 2013

Jemputanke Majlis Maulidur Rasul diMasjid Tengkera, Melaka




"Antara fadhilat hadir majlis maulid/selawat/ilmu adalah jika hadir dengan membawa dosa sebesar gunung maka ketahuilah/yakinlah bahawa dosa tersebut diampunkan & digantikan pahala sebesar gunung oleh-NYA."


 Warga Melaka & sekitarnya..... Azam hadir & mohon sebarkan !!!

25 February 2013

Majlis Ta'lim 22 Februari 2013

Tafsir Al Quran




Tausiyah dari al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman) 





Sesi Soal Jawab - Tentang Ampun & Maaf, Nabi & Rasul, Berwudhuk menggunakan Stokin, Bersamak didalam pelbagai situasi






Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22 Februari 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Pengenalan Surah Ali Imran Ayat 18- 19



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 437 - (Kitab Tidak Di Bahas)

 Bidayatul Hidayah, MS 100 - 101 (Adab-adab Hari Jumaat) - (Kitab Tidak Di Bahas)




Peringatan Umur Insan, MS 123 - 126  (Topik Penutup Umur ke 4) - (Kitab Tidak Di Bahas)



al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman)





Alhamdulillah majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini dihadiri oleh al Habib Abdur Rahman bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman).

Hanya tafsir al Quran sahaja yang sempat dibahaskan untuk memberi laluan kepada seorang ilmuan yang ditagihi ilmunya oleh semua yang hadir. Saksikan & "share" perkongsian beliau di dalam video di atas. Semoga perkongsian ini dapatmemberi manfaat kepada semua :)

Majlis Ta'lim Darul Murtadzaakan berlangsung seperti biasa pada minggu hadapan. Seperti biasa, kita akan mengadakan sambutan Maulid Bulanan pada setiap minggu pertama setiap bulan! Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Majlis pada minggu hadapan~~





...

21 February 2013

Jemputan ke Kuliah Khas bersama Al Habib Abdur Rahman Bin Ali Masyhoor di Masjid Jamek Ar Rahimiah






Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Kuliah Khas bersama Al Habib Abdur Rahman Bin Ali Masyhoor Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz (Pengetua Maahad As Sofa, Sanaa, Yaman) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang, Selangor pada 24 Februari 2013 (Ahad) bermula selepas Magrib. 

Jumpa anda di sana! 




:)

jemputan ke Program "Jom Talaqi Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid" anjuran Majlis Ta'lim An-Nur


Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis "Jom Talaqi Bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid" anjuran Majlis Ta'lim An-Nur & Enginius pada 22 Februari 2013. Semua dijemput hadir.


20 February 2013

Jemputan ke Majlis Kuliah Magrib Perdana - Masjid As-Salam Puchong Perdana




Assalamualaikum

Semua dijemput untuk hadir ke Majlis Kuliah Magrib Perdana bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid seperti berikut:-

Tarikh: 13 Mac 2013 (Rabu)
Masa: Selepas magrib
Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana

Maklumat lanjut tentang Masjid / Lokasi: masjidas-salam.blogspot.com


Jumpa anda diSana!


:)

17 February 2013

Jemputan ke Cermaha Perdana Masjid Bukit Antarabangsa : "Muhammad S.A.W. Insan Biasa yang Luarbiasa"






Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Ceramah Perdana  
yang mengisar tentang 

"Muhammad S.A.W. Insan Biasa yang Luarbiasa"


Maklumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 17 Feb 2013 (Ahad)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Bukit Antarabangsa
GPS: 3.177946,101.768845

Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)