Alhamdulillah,
Majlis Maulid Darul Murtadza yang pertama pada tahun 2012 telah berlangsung dengan penuh mahabbah dan jayanya.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang dicintai. Kami berterima kasih kepada
Al Habib Munzir Fuad alMusawa yang telah sudi datang menghadiri majlis maulid bulanan Darul Murtadza.
Turut hadir dalam Majlis adalah Hj Yaakub Elias, Ustaz Azhar Hashim,
AlHabib Abdulrahman Ali Isa AlHaddad (AlHawi al Khairat) dan AlHabib Ali Muhammad AlSagoff (pemimpin bacaan Ratib Al-Atas & Asmaul Husna di Masjid AlBukhary, KL).
Majlis Maulid ini sungguh
"meriah" dan jumlah hadirin dan hadirat adalah "
luarbiasa". Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menghadiri majlis Maulid Bulanan kali ini.
Kepada jemaah yang turut membantu dalam penyediaan, perjalanan sebelum dan selepas majlis, kami dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala kerjasama, tenaga serta waktu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Seperti yang penah dikatakan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid:-
"Sesungguhnya apa yg berlaku sekarang bukanlah semata-mata usaha kita tetapi ianya adalah rencanaNYA. Hanya masa & ketika akan menentukannya"
Teruskan dengan kami pada minggu hadapan dengan Majlis Ta'lim seperti biasa. :)
...