01 December 2013

Majlis Ta'lim 22 November 2013



Tafsir Al Quran


Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi



Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad



Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22 November 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:

Tafsir Al-Quran, 93 - 96

Riyadhus Shalihin, bermula dari Hadis (Dibuka Hijab Rasulullah saw)

Bidayatul Hidayah, MS 139 (Meninggalkan Sifat Hasad)

Peringatan Umur Insan,


Jangan lupa sertai ribuan warga kota di majlis mingguan Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak di Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa.



17 November 2013

Majlis Ta'lim 15 November 2013

Tafsir Al Quran


Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi



Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 15 November 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:

Tafsir Al-Quran, 92

Riyadhus Shalihin, bermula dari Hadis 487

Bidayatul Hidayah, MS 137 - 138

Peringatan Umur Insan, bermula dari MS 145



Jangan lupa sertai ribuan warga kota di majlis mingguan Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak di Masjid Muadz bin Jabal Setiawangsa.







...

Kepulangan Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dari Ibadah Haji




Alhamdulillah pada hari Jumaat yang lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza menyambut kepulangan Guru yang dihormati, disayangi dan dirindui, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, daripada ibadah Haji. Walaupun baru sahaja pulang, wajah beliau disinari dengan cahaya senyuman, semangat, dan kasih sayang kepada semua Jemaah yang hadir.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 
disambut oleh Jemaah Darul Murtadza


Setelah disambut dengan Qasidah Tola'al Badru oleh jemaah, dalam ucapan pembukaannya, Al Habib menyatakan:-




Di setiap tempat dan perjalanan dalam manasik haji, saya bawa bersama dengan saya di setiap perjalanan, niat dan hajat, harapan, doa daripada jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama dengan saya.

Harapan moga-moga apa yang menjadi harapan dan juga doa serta hajat setiap jemaah yang sentiasa hadir di Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang diketahui oleh yang maha mengetahui akan diterima dan juga dikabulkan serta diberikan oleh Allah, melebihi lebih daripada apa yang mereka hajatkan pada Allah S.W.T.

Sesungguhnya Allah adalah maha pemberi dan maha pemurah... bilamana memberi, tidak peduli, sebanyak dan sebesar apa yang diminta oleh hamba tersebut kepada Allah S.W.T.


Allah berfirman, dalam hadis Qudsi: Sesungguhnya kesemua makhluk yang terdahulu, yang akan datang, daripada Jin, dan juga Manusia, berhimpun di satu padang, kemudian meminta kepada Allah S.W.T, sesuai dengan apa yang mereka minta pada Allah,  "Aku akan bagi" kata Allah, setiap masing-masing permintaannya itu "tidak kurang daripada kekayaan Aku melainkan seperti kurangnya Air Lautan bilamana dimasukkan secucuk jarum sahaja, lalu diangkat balik jarum itu daripada lautan yang terbentang luas..maka tidak kurang daripada kekayaan Allah, sebanyak mana manusia meminta , sebesar apa yang diminta oleh manusia"...

Saya bawa semua hajat-hajat dan permintaan, harapan, jemaah Majlis Ta'lim Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabal ini, moga-moga Allah S.W.T perkenan dan kabulkan insyaAllah.




Seperti yang juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang anjuran itu dimulai dengan keberkatan yang beliau berikan, adalah;

"Ya Allah, Ampunkan dosa orang yang pergi ke Haji, dan ampunkan dosa, orang yang dimintakan ampun oleh orang yang pergi ke Haji"

Jadi Orang yang pergi Haji diampunkan dosanya, dengan doa Rasulallah s.a.w.

Dan orang yang dimintakan ampun oleh orang yang pergi ke Haji, pun diampunkan juga oleh Allah dengan doa Rasulallah s.a.w.

Maka dalam hal ini kebiasaan para salaf bilamana ada orang datang pergi daripada Haji, maka mereka akan meminta agar supaya berdoa kepada Allah dengan doa keampunan...





Maka kita bersama-sama, berdoa, agar supaya Allah S.W.T. mengampunkan dosa kita semua, menghapuskan segala kesilapan, daripada dosa yang besar, dosa yang kecil, kesilapan yang nampak, kesilapan yang tidak nampak, dihapuskan dan dibersihkan daripada kitab kita yang menjadi catitan amal perbuatan kita dan setiap tempat yang dahulunya menjadi tulisan dosa, moga-moga Allah hapuskan dan digantikan dengan kebaikan oleh Allah S.W.T.

Dan Moga-moga Allah S.W.T. menjaga kita, daripada berbuat dosa, daripada berbuat silap, sentiasa dibimbing oleh Allah S.W.T., ditambahkan kita punya iman oleh Allah S.W.T., diangkat darjat kita di sisi ALlah S.W.T., dan kita digolongkan dalam golongan orang-orang yang soleh, dan bertakwa, yang berzikir, yang mendapatkan anugerah dari Allah S.W.T. dengan kesempurnaan iman, kesempurnaan keyakinan, dan kesempurnaan di dalam memahami warisan Nabi Muhammad s.a.w.


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah meengakhiri ucapan beliau dengan doa.












15 November 2013

Takziah : Datuk Haji Che Bukhari Che Muda




Datuk Haji Che Bukhari Che Muda

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik. 
(HR. Muslim)



12 November 2013

Kem Cuti Sekolah Darul Muhibbin - Disember 2013!


Alhamdulillah, Siri Kem Cuti Sekolah Darul Muhibbin kembali lagi untuk sesi 2013. Program akan bermula dari 2 hingga 7 Disember 2013. Maklumat lanjut sila rujuk di poster di atas :)

...

Pendaftaran telah dibuka : Dari Darul Muhibbin


Sila lawati dmuhibbin.com atau hubungi no yang tertera di poster di atas untuk keterangan lanjut :)


...

10 November 2013

Majlis Ta'lim 8 November 2013



Tafsir Al Quran


Kitab Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Kitab Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Kitab Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad




Assalamualaikum

Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini menampilkan Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered, pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'assabil, di TTDI Jaya, Shah Alam.


Al Habib Naqjmuddin Bin Othman Al Khered,
pembimbing 
Majlis Ta'lim Sawa'assabil

Sebahagian jemaahyang hadir di
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 8 November 2013



Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 14 September 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:

Tafsir Al-Quran, 85 - 91

Riyadhus Shalihin, Hadis  486 -

Bidayatul Hidayah, MS 131 -

Peringatan Umur Insan, MS 141 -


Kami juga ingin menjemput kepada semua khususnya warga Shah Alam untuk menghadiri Majlis Ta'lim Sawaassabil setiap Selasa:-



Semoga bermanfaat untuk semua :)

Wassalam...