27 May 2013

Jemputan ke Majlis Zikir Istighfar Akbar - Rajab 1434




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir untuk Majlis Zikir Istighfar Akbar Rejab 1434 pada hari Selasa, 28 Mei 2013 di USJ1. Maklumat tentang majlis adalah seperti berikut:-

Hari: Selasa 
Tarikh: 28 Mei 2013 (18 Rajab 1434h)
Masa: Selepas Isyak
Tempat: Perkarangan Madrasah At Tazkiyah, Jalan USJ1/2B, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Koordinat: 3.054337, 101.601817

Mari Sebarkan maklumat ini! Semoga kita semua mendapat manfaatnya bersama...




:)



25 May 2013

Majlis Ta'lim 24 Mei 2013



Tafsir Al Quran & Riyadhus Solihin - Imam Nawawi


Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali


Peringatan Tentang Umur Insan - Imam AlHaddad


Sesi Soal Jawab - Doa ketika sujud terakhir dalam solat, Rasulullah bercakap ketika Bayi dan hukum berqasidah serta berkompang di dalam masjid. 




Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 24 Mei 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 45 - 48



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 455

 Bidayatul Hidayah, MS 114 - 116




Peringatan Umur Insan, MS 137 - 139




Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada minggu hadapan, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, selepas Solat Isyak berjemaah.

Jumpa anda di sana! :)







...




23 May 2013

Jelajah Cinta Rasul [United Kingdom] 2013



Assalamualaikum

Program di Cardiff



Malaysian Community of Cardiff (MCC) dan Cardiff Nusantara Network (CNN) berbesar hati mengadakan program 2 hari "Seminar Pengajian Islam Bersama Habib Ali Zaenal Abidin" dan menjemput teman-teman di seluruh United Kingdom dan Ireland untuk bersama kami ke program ini.

Program akan diadakan pada 8 & 9 Jun 2013, 9am-5pm di Cardiff University. Aturcara dan lokasi akan dimaklumkan kemudian



Penceramah:

Pengisian:
1. Tafsir Surah al-Kahf
2. Hadith 40 imam An-Nawawi

Aturcara:

Sabtu, 8 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 1)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 1)

Ahad, 9 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 2)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 2)

Penginapan:

Dukacita tidak dapat disediakan. Jika terdapat sebarang persoalan sila hubungi wakil kami seperti maklumat di bawah.

Makanan:

Makan tengah hari akan disediakan untuk kedua hari

Pendaftaran:

Sila berdaftar di link berikut http://goo.gl/D6Xcj

Bayaran:

£10 seorang. Bayaran di tempat program.

Hubungi:

Zulhazmi - 07563452011 - zul.mokhti@hotmail.com
Aidil - 07951463421 - aidil101@yahoo.com
Farah - 07450467136 - farah6699@gmail.com

Program di sekitar United Kingdom



Selain dari Seminar yang tertera di atas, Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid juga bakal hadir di Majlis-majlis seperti berikut:-

[Ringkasan Tentatif]
*peringkat perbincangan, tertakluk pada perubahan

2 Jun, Ahad 


- [Pagi/Tengah Hari] Program di Nottingham 
- [Malam] Program di Leeds

3 Jun, Isnin


- Program di Glasgow

5 Jun, Rabu


- [Malam] Program di Manchester

6 Jun, Khamis


- [Malam] Program di MSD/EM London

8 & 9 Jun, Sabtu & Ahad


- Program Intensif dua hari di Cardiff



Berita baik kepada yang berada di UK, sila sebarkan maklumat ini.




Pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan memastikan hanya maklumat yang disampaikan di Website serta Facebook yang terkini dan tepat sahaja, InsyaAllah. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkan maklumat selain dari kami untuk mengelakkan kekeliruan. 

Nantikan Habibuna Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di sana, InsyaAllah. :)

















22 May 2013

Jemputan ke Forum Ulul Albab




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Majlis Forum Ulul Albab, pada 2Jun 2013 di Masjid Al Khairiah AU3, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Maklumat lanjutadalah seperti berikut:-

Masa: Selepas Magrib
Tarikh / Hari: 2 Jun 2013 (23 Rejab 1434) / Ahad
Tempat : Masjid Al Khairiah AU3, Taman Keramat, Kuala Lumpur
Tajuk: Ilmu Bersanad, Sebahagian dari Islam

Moderator: Ustaz Dzulfadli Bin Dzulqarnain (Ittihad Annur)

Panel-panel:

  1. Tuan Guru Sheikh Hafidz Selamat Al Jenderami
  2. Ustaz Dr. Muhaddir Hj Joll, Majlis Ta'lim An-Nur, UIA
  3. Ustaz AhmadBin Shadan Al-Hadrami, Majlis Ta'lim Darul Muhibbin
Majlis ini adalah anjuran Majlis Ta'lim Darul Muhibbin. 

Jumpa anda di sana! :)





...





















19 May 2013

Majlis Ta'lim 17 Mei 2013



Tafsir AlQuran





Riyadhus Solihin - Imam Nawawi



Bidayatul Hidayah - Imam Al Ghazali




Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad






Tausiyah - Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah 






Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 17 Mei 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 41- 44



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 453 - 454

 Bidayatul Hidayah, MS 111 - 114




Peringatan Umur Insan, MS 135 - 137



Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah selamat berlangsung pada Jumaat lepas. Juga turut dihadiri oleh para Habaib yang lain serta tausiyah istimewa dari Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah, dari Madrasah Al Hidayah Kuala Terengganu yang juga telah beberapa kali hadir di Majlis Ta'lim Mingguan.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat akan datang di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL selepas Isyak.

Sila sebarkan dan jumpa anda di sana! :)












...









15 May 2013

Majlis Ta'lim 10 Mei 2013


Tafsir Quran




Riyadhus Solihin - Imam Nawawi




Bidayatul Hidayah - Imam Ghazali




Peringatan Tentang Umur Insan - Imam Al Haddad








Assalamualaikum

Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 10 Mei 2013 membahaskan kitab-kitab berikut:



Tafsir Al-Quran, Surah Al-Imran 38 -



Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 452 -

 Bidayatul Hidayah, MS 109 -




Peringatan Umur Insan, MS 134 - 








Alhamdulillah, Majlis Ta'lim Darul Murtadza masih lagiberjalan seperti biasa pada Jumaat yang lepas. Majlis yang jatuhnya pada tanggal malam 1 Rejab yang diketahui sebagai salah satu daripada bulan Haram yang mempunyai keistimewaan tersendiri disisi Allah S.W.T.


Antara ilmu yang bermanfaat yang telah diberikan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid ketika membahaskan tafsir ayat 39 daripada Surah Ali Imran adalah mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Tetapi bukan sekadar ucapan sahaja tetapi disertakan dengan doa seperti berikut:-



بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوْبِ،
 وَشَكَرْتَ الْوَاهِبَ،
 وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

“Barakallahu laka fil mauhub, wa syakarta al wahib, wa balagha asyuddahu, wa ruziqta birrahu.”

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu pada anak yang dikurniakanNya kepada kamu, semoga kamu mensyukuri Tuhan Yang Maha Pemberi, semoga anak itu akan mencapai umur kuat/matangnya dan semoga kamu akan diberi rezeki kebaikannya.."


Semoga kita dapat beramal dengan apa yang telah kita pelajari insyaAllah.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat akan datang, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa (KL) selepas solat Isya' insyaAllah....



Jumpa di sana! :)








...













08 May 2013

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 3 Mei 2013



Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz)












Tausiyah











Alhamdulillah,

Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza untuk bulan Mei 2013 telah selamat berlangsung pada 3 Mei 2013 yang lepas. Walaupun dijangka ramai yang pulang ke kampung halaman bersempena dengan musim Pilihan Raya Malaysia 13, kehadiran jemaah di Majlis Maulid yang lepas sangat menggalakkan dan meriah! MasyaAllah :)

Kemeriahan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 3 Mei 2013

Kumpulan Ahbabul Habib (Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza) serta alMawlid  3 Mei 2013


Majlis juga diserikan lagi dengan tetamu-tetamu dari Hadramawt dan Indonesia serta beberapa lagi yang tidak dapat kami sebutkan di sini. Semoga dengan perkongsian ilmu pada malam tersebut kita semua mendapat Rahmat serta manfaat dari ilmu tersebut.






Antara pesanan yang telah kita ambil adalah tentang kepentingan akhlak yang baik:-


"Orang yang mempunyai akhlak yang baik itu, kalau berbuat amal, walaupun amalannya sedikit, akan diberkati oleh Allah amal yang sedikit itu...
Orang yang mempunyai akhlak yang baik itu, kalau mempunya ilmu yang sedikit, Allah S.W.T akan memberkati ilmu yang sedikit itu"



InsyaAllah majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada setiap Jumaat, selepas solat Isyak di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa...

Ajak kenalan serta ahli keluarga ita dan insyaAllah kita berjumpa di sana! :)





...