04 July 2012
Sambutan Nisfu Syaaban
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,
أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.
Yang bermaksud :
Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA'BAN.
Amalan malam Nisfu Sya'ban :
Membaca surat Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.
* Doa Nisfu Sya'ban ini dibaca setiap kali selesai membaca surah Yasin :
InsyaALLAH menjadi malam yang berkah untuk kita dan muslimin
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ
kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza
* juga disunnahkan untuk berpuasa pada siang hari 15 Sya'ban.
(AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)
01 July 2012
Majlis Ta'lim 29 Jun 2012
Assalamualaikum
Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 29 Jun 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:
Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 260-261
Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis 395 - 399 (Bab 50: Takut - Kepada Allah Ta'ala)
Bidayatul Hidayah, MS 76 - 78
Peringatan Umur Insan, MS 99 - 101 (Tiupan Kebangkitan)
Bagi pihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza, kami ingin mengucapkan Jazakallah Khairan Kathiran, kepada jemaah yang telah menghadiri Majlis yang lepas, sama ada yang berada di dalam masjid, mahupun yang menonton livestreaming. Segala sumbangan serta sokongan kuat anda semua sangat kami hargai. Semoga akan mendapat barakah serta manfaat dari Allah S.W.T.
Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012
Majlis akan diteruskan pada minggu hadapan, dengan sambutan yang istimewa, iaitu, Sambutan Majlis Maulid Akbar Darul Murtadza 2012!
Bermula pada pukul 9 malam dengan alunan Qasidah Burdah karangan Imam Busiri, serta bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami karangan Habib Umar Bin Hafidz. Bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa (seperti biasa).
Mari kita ajak semua kenalan serta saudara mara kita untuk menghadirkan diri di Majlis yang penuh dengan Barakah serta Mahabbah ini.
Jumpa anda di sana :) !
...
23 June 2012
Majlis Ta'lim 22 Jun 2012
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22 Jun 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:
Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 257 - 259
Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis ke- 395 (Intro kepada Bab 50- Takut - Kepada Allah Ta'ala)
Bidayatul Hidayah, MS 75-76
Peringatan Umur Insan, MS 97-99
Di akhir majlis, Habib Zein Bin Yahya telah berkongsi pengalaman serta ilmu tentang salah faham umat Islam serta yang lain tentang para sahabat Nabi R.A.
Setelah itu, majlis di tutup dengan bacaan doa dari Habib Hashim Bin Sahl Bin Yahya.
Terima Kasih atas segala sokongan anda. Jangan lupa ikuti Blog, Facebook, Youtube serta Twitter rasmi kami.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza (Mingguan) akan bersambung seperti biasa setiap Jumaat, 9.30pm di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana :)
...
Bahagian 1
Bahagian 2
Assalamualaikum
Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22 Jun 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:
Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 257 - 259
Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis ke- 395 (Intro kepada Bab 50- Takut - Kepada Allah Ta'ala)
Bidayatul Hidayah, MS 75-76
Peringatan Umur Insan, MS 97-99
Tetamu Kali Ini
Majlis 22 Jun 2012 diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang tetamu dari Hadramaut, Yaman. Mereka adalah Habib Zein Bin Yahya dan Habib Hashim Bin Sahl Bin Yahya.Di akhir majlis, Habib Zein Bin Yahya telah berkongsi pengalaman serta ilmu tentang salah faham umat Islam serta yang lain tentang para sahabat Nabi R.A.
Setelah itu, majlis di tutup dengan bacaan doa dari Habib Hashim Bin Sahl Bin Yahya.
![]() |
| dari kanan, Habib Hashim Bin Sahl Bin Yahya, Habib Zein Bin Yahya dan Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. |
![]() |
| Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid meraikan kehadiran tetamu dari Hadramaut, Yaman. |
Terima Kasih atas segala sokongan anda. Jangan lupa ikuti Blog, Facebook, Youtube serta Twitter rasmi kami.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza (Mingguan) akan bersambung seperti biasa setiap Jumaat, 9.30pm di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana :)
...
20 June 2012
Majlis Ta'lim 15 Jun 2012
Assalamualaikum
Atas masalah teknikal, video rakaman majlis ta'lim yang lepas tidak dapat dirakam di USTREAM. Kami meminta maaf atas kesulitan ini.
Walaubagaimanapun, terima kasih kepada yang telah merakam majlis ta'lim 15 Jun 2012. untuk rakaman-rakaman, majlis ilmu, qasidah serta maulid yang lain, sila ke channel berikut:-
http://www.youtube.com/user/zoohirabdullah/
http://www.youtube.com/user/agtr1400
Untuk rujukan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 15 Jun 2012 membahaskan kitab-kitab berikut:
Tafsir Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 256
Hadis Riyadhus Shalihin, Hadis ke- 392-394
Bidayatul Hidayah, MS 72-74
Peringatan Umur Insan, MS 95-97
Terima Kasih atas segala sokongan anda. Jangan lupa ikuti Blog, Facebook, Youtube serta Twitter rasmi kami.
Majlis Ta'lim Darul Murtadza (Mingguan) akan bersambung seperti biasa setiap Jumaat, 9.30pm di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.
Jumpa anda di sana :)
...
16 June 2012
Maulid Mingguan Madrasah At Tazkiyah
Assalamualaikum
Dijemput kalian sekeluarga hadir ke majlis bacaan "MAULID ADH-DHIYA UL LAAMI" & syarah "Syaamail Rasulullah S.A.W" mingguan DAR AT-TAZKIYAH (setiap khamis mlm Jumaat) bermula dengan solat maghrib berjemaah.
Maklumat lanjut tentang lokasi adalah seperti berikut:-
Facebook Madrasah At-Tazkiyah : Sila klik di sini
Mari sebarkan maklumat ini dan berazam untuk hadir :)
...
Majlis Ta'lim Mingguan Madras Annur
Assalamualaikum
Jemput kalian sekeluarga hadir ke majllis ilmu mingguan di Madras An-Nur (rujuk Google Maps) pada setiap Ahad bermula jam 11:00am - 2:30pm.
InsyaALLAH kelas mingguan ini dikendalikan oleh guru-guru yang bersanad seperti :
1. Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Azian Man (Imam Masjid Al-Falah USJ9)
2. Syarah Shahih Al-Bukhari oleh Al-Habib Naqjmuddin Usman Al-Khered (Pemimpin Majlis Ta'lim Sawa' Assabil)
3. Syarah Fiqh oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid (Pemimpin Majlis ta'lim Darul Murtadza)
4. Tasawuf oleh Ustaz Azhar Hashim (Pemimpin Majlis Ta'lim Rahmatan Lil Alamin)
Tiada sebarang bayaran dikenakan & setiap lapisan masyarakat dijemput hadir.
Mohon hadir dan sebarkan :)

14 June 2012
Jemputan untuk Muslimat - Majlis bersama Ustazah Halimah Al Aydarus (Jun 2012)
Assalamualaikum
Jemputan untuk Muslimat - Majlis bersama Ustazah Halimah Al Aydarus (Jun 2012).
Mari sama-sama kita sebarkan majlis yang baik ini.
:)
...
Subscribe to:
Posts (Atom)