18 May 2012

Jemputan ke Majlis Maulidur rasul S.A.W. - Ulang Tahun ke 50 Kuliah Subuh Masjid Jame' Kg Baru KL


Assalamualaikum

Kami ingin menjemput semua ke Majlis Maulidur rasul S.A.W. - Ulang  Tahun ke 50 Kuliah Subuh Masjid Jame' Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 19 Mei 2012 (Sabtu) bermula pada waktu solat Subuh hingga pukul 10 pagi.

Mari kita sebarkan maklumat ini, serta meluangkan masa untuk menghadori majlis yang baik ini. 

Semoga bermanfaat buat semua.







...

16 May 2012

Jemputan ke Majlis Maulidur Rasul S.A.W. Surau Saujana Impian, Kajang


Assalamualaikum

Semua dijemput ke Majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1433H, yang bertemakan "Mahabbah Rasulullah Penyatu Ummah" bertempat di Surau Saujana Impian, Kajang.

Majlis akan berlangsung pada Hari Ahad, 20 Mei 2012 bermula 6.45pm. 

Mari kita sebarkan info ini, semoga mendapat manfaat bersama. 

Jumpa anda di sana! :)







...

Jemputan ke Majlis Dawah Nuruzzahro', Kuala Lumpur (Khas untuk Muslimah)


Assalamualaikum

Semua muslimat di jemput untuk menghadiri Majlis Dawah Nuruzzahro', Kuala Lumpur bersama Ustazah Alina Al Munawwar seperti yang tertera di atas. 

Semoga perkongsian ini dapat  dimanfaatkan bersama. 


....

12 May 2012

Majlis Ta'lim 11 Mei 2012

Assalamualaikum


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran- Ayat 247 - 249
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
    Hadis ke 376 - 377 - Keutamaan mencintai kerana Allah dan menganjurkan sikap sedemikian, juga memberitahukannya seseorang kepada orang yang dicintainya bahawa ia mencintainya dan apa yang diucapkan oleh orang yang diberitahu sedemikian itu.
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - muka surat 63 - 65  - Bab Adab-adab masuk ke dalam masjid dan Bab Adab Adab selepas terbit Matahari Sampai ke Waktu Gelincir Matahari
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad- Muka surat 87 - 88 - Ziarah Kubur Malam Jumaat.

Di dalam Majlis Ta'lim kali ini, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid menerangkan tentang kisah Raja Talut, dan keistimewaan kotak yang di panggil Taabut. Antara yang menarik di dalam pembentangan tafsir Al Quran kali ini adalah, apabila Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menerangkan kepada jemaah apa yang di sebutkan sebagai "sakiinah" atau "ketenangan" yang terdapat di dalam kotak Taabut tersebut..

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid menerangkan kepada jemaah apa yang di sebutkan sebagai "sakiinah" atau "ketenangan" yang terdapat di dalam kotak Taabut tersebut..

Selain daripada itu, ada juga di terangkan tentang keutamaan seseoang yang beriman, walaupun pernah mengucapkan 2 kalimah Shahadah hanya sekali seumur hidup. 

Apakah rahsia yang terkandung di dalam kotak Taabut? 

Mengapa orang yang beriman itu diberikan keutamaan? 

Apakah rahsia-rahsia yang telah dibongkar di dalam Majlis Ta'lim kali ini? 

Jawapannya ada di dalam rakaman Majlis Ta'lim di atas :)



Tetamu Istimewa



Majlis Ta'lim diserikan lagi dengan kehadiran seorang Sheikh yang tidak asing lagi di persada antarabangsa. Beliau adalah Sheikh Afroz Ali.

Sheikh Afroz Ali adalah Pengasas dan Presiden Al-Ghazzali Centre for Islamic Sciences, Human Development, yang bertapak di Sydney, Australia. Beliau adalah individu yang berkelayakan dalam Tradisi Islam, setelah dikaji di bawah Islam Tradisional dan menerima lesen untuk mengajar dalam bidang Sains Islam yang meluas.  

Kajian beliau telah membawa beliau dari Universiti Islam, Madinah, Arab Saudi, Biasiswa Tradisional di Yaman, Amerika Syarikat dan Mauritania, di mana beliau telah menghabiskan masa untuk belajar daripada Ulama' Terpimpin Islam yang paling dihormati pada zaman kita.


Sheikh Afroz Ali di Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Sheikh Afroz Ali telah berkongsi dengan Jemaah Darul Muradza tentang tahap sifat Allah yang Maha Pengampun. Perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat untuk beribadah serta meakukan kebaikan dengan lebih banyak kerana Allah S.W.T.

Beliau juga telah mengongsikan kata-kata Imam Abdullah Al Hadad yang sangat indah:

"Apabila dua saudara Muslim bertemu, dan mereka bersalaman, dalam keadaan baik, ikhlas, gembira dan jujur, 100 rahmat Allah turun keatas mereka"

Sambung beliau lagi, "ini adalah satu perkara yang menarik!, tetapi mari kita dengar bahagian akhir ayat ini yang lebih menyeronokkan!"... dengan nada yang seronok, Sheikh Afroz Ali menyambung kata-kata Imam Abdullah Al Haddad:-

"99 dari 100 Rahmat tersebut akan diberikan kepada yang lebih baik di antara dua muslim tersebut" 

- Maksudnya, antara dua saudara muslim yang sering berbuat baik antara satu sama yang lain, 99 Rahmat Allah akan dapat kepada yang berbuat kebaikan yang lebih...

Katanya, ini adalah bagaikan satu persaingan yang sihat antara saudara muslim.

Banyak lagi yang dikongsikan oleh Sheikh Afroz Ali di dalam rakaman di atas pada minit ke 1:20:00




2 Kalimah Shahadah yang Pertama 


Satu sesi yang penuh rahmat dan istimewa di dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza di awal bulan Mei ini adalah sesi khas, meraikan saudara Islam baru yang berasal dari Sabah. Saudara baru kita telah selamat mengucapkan dua kalimah Shahadah bersama Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid. Beliau telah disambut dengan penuh mesra dan Mahabbah oleh jemaah yang hadir. Alhamdulillah :)






Ucapan terima kasih kami tidak pernah cukup untuk diberikan kepada sokongan dan kehadiran anda semua. Tidak lupa juga kepada yang menonton di Livestreaming, atau yang menghayati rakaman yang teah disediakan.

Segala usaha promosi, dan perkongsian tentang Majlis Ta'lim Darul Murtadza dengan kenalan serta keluarga amat kami alu-alukan. Anda juga boleh mengikuti update terkini tentang Darul Murtadza serta majlis-majlis yang lain di akaun Twitter rasmi kami.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan diteruskan seperti biasa Jumaat hadapan, pukul 9.30pm di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.



Jumpa anda di sana!










....

10 May 2012

Rakaman Majlis Maulidur Rasul SAW Bulanan 3 May 2012

Bahagian 1 




Bahagian 2






Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 4 May  2012 yang lepas.




Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid telah membahaskan Kitab Fiqh As Sirah selepas selesai Bacaan Maulid Ad Dhiaulami'.







Terima kasih kepada jemaah yang telah hadir di dalam majlis ini. Memang jelas kehadiran ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza tela bertambah dari semasa ke semasa. Salah satu daripada faktor fenomena ini adalah dari usaha anda semua juga. Kami amat menghargai segala usaha pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menyebarkan tentang Majlis-majlis yang di anjurkan olehpihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza.


Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat ini.

Kita berjumpa lagi di sana, InsyaAllah :)



...

08 May 2012

Majlis Ta'lim 27 April 2012


Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-




Surah Al Baqarah, ayat 246-247




Bab 45, Hadis ke-374-375
Keutamaan mencintai kerana Allah dan menganjurkan sikap sedemikian, juga memberitahukannya seseorang kepada orang yang dicintainya bahawa ia mencintainya dan apa yang diucapkan oleh orang yang diberitahu sedemikian itu.





Muka Surat 61-63, Adab-adab masuk ke dalam Masjid.




Muka Surat 85-87, Ziarah kubur. ....








Atas sebab teknikal, rakaman Majlis Ta'lim 27 April 2012 tidak dapat disiarkan di dalam blog kali ini. Kami memohon maaf atas segala kekurangan.

Kita berjumpa lagi dalam Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada Jumaat hadapan, pukul 9.30pm, insyaAllah.






...


03 May 2012

Mimbar Al Huda - Episod 6


Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 6





"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

"Adab Meminang (Bahagian 2)"