08 April 2012

Rakaman Fiqh As Sirah siri 18


Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 18 yang telah keudara pada 24 Mac 2012.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.

Untuk keterangan lanjut tentang rancangan ini, sila ke link di bawah:-



http://www.darulmurtadza.com/2012/02/fiqh-al-sirah-bersama-habib-ali-zaenal.html



...

07 April 2012

Rakaman Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza pada 6 April 2012



Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah, Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza telah berjalan dengan lancar pada 6 April 2012 yang lepas.




Dalam ucapan pendahuluannya, Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid menyatakan bahawa majlis maulid seumpama ini adalah untuk kita meng"ekspresi"kan rasa cinta kita terhadap Rasulullah SAW. Dan insyaAllah ekspresi tersebut akan dibalas oleh Allah SWT. 

Majlis yang penuh barokah ini telah dihujani lagi dengan rahmatNya dengan kehadiran tetamu-tetamu yang istimewa iaitu, Al Habib Abdul Kadir Bin Muhammad Al Jufri, pengasas Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Sheikh Abdul Qadir Al Baihani, dari Shabwa-Hadramaut, Tuan Haji Ya'acob Elias dari Kemaman, Terengganu, Ustaz Azhar Bin Hashim dari Majlis Ta'lim Rahmatan Lilalamin, serta tetamu-tetamu yang tidak disebutkan namanya, tanpa mengurangkan rasa hormat kami kepada mereka.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat yang telah memeriahkan majlis ini. Alhamdulillah, kehadiran jemaah telah mencecah hampir 2,000 orang. Semoga Allah memberikan barokah kepada semua, Amin.





Habib Abdul Kadir bin Muhammad Al Jufri, pengasas Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah mengucapkan terima kasih kepada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kerana telah menerima amanah untuk meneruskan Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Berkat dari usaha beliau, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah berkembang dari semasa ke semasa.  Habib Abdul Kadir juga telah mengingatkan kepada jemaah yang hadir tentang kepentingan mempelajari Bahasa Arab, dan mengajak semua untuk menguasai bahasa tersebut.

Ustaz Azhar Hashim memberikan sedikit tazkirah yang berkisar tentang kelebihan Majlis Zikir yang diumpamakan seperti taman-taman syurga. Beliau juga telah mengingatkan tentang 3 perkara penting dalam agama kita iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Sheikh Abdul Qadir Al Baihani pula menyatakan perasaan gembira beliau apabila melihat perkembangan Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Setelah tiga tahun, kehadiran Majlis Talim ini telah bertambah berlipat ganda. Lebih menggembirakan apabila majoriti yang hadir adalah dari golongan pemuda. Seterusnya beliau memberi tausiyah yang berkisarkan tentang kelebihan dan kepentingan  pemuda dalam islam.

Untuk mendengar lagi rahsia-rahsia yang telah dikongsikan oleh mereka, marilah kita bersama-sama menonton rakaman Majlis Maulid di atas.




Kami ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan dan mempromosikan Majlis Maulid Bulanan ini. Tanpa anda semua, tidak mungkin majlis ini akan ada sama sekali. Semoga segala usaha semua yang terlibat akan diganjarkan Allah SWT.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada Jumaat hadapan.

Kita berjumpa lagi di sana, InsyaAllah :)







...

05 April 2012

Penantian Yang Dinantikan


Berwajah tampan dengan fizikalnya yang tinggi besar dan berbadan tegap. Jubah dan serban yang dipakai membuatnya lebih berwibawa. Ketika ini, beliau menjadi idola para pemuda di negara-negara Timur Tengah. Siapa lagi jika bukan Al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdul Rahman Al-Jufri. 

InsyaAllah Taala, esok jam 9 pagi para pendengar IKIM.FM (pilihan utama anda) bakal mendengar kata-kata mutiara dari Habib Ali Al Jufri di mana syarahannya dalam bahasa arab akan diterjemahkan oleh pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza iaitu Al Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.
Luangkan sedikit masa untuk kita menghayati syarahan daripada ulama terkenal dari Yaman ini dan kita doakan semoga dengan kata-kata yang keluar dari seorang pendakwah yang ikhlas semata-mata ingin membawa manusia ke jalan yang benar dan membawa risalah Nabi Muhammad SAW, menjadi asbab turunnya Nur Cahaya Hidayah dari Allah SWT kepada kita semua. Amin Allahumma Amin


**IKIM.FM
Topik Jumaat bersama Habib Ali Al Jufri
9am-10am




03 April 2012

Maulid Bulanan, Majlis Ta'lim Darul Murtadza




Dijemput anda sekeluarga untuk hadir memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul SAW yang di anjurkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada setiap bulan (minggu pertama).



Tidak diragukan lagi bahawa majlis seumpama ini mampu memberi barokah yang tiada tandingannya dan memupuk mahabbah kasih sayang kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Tanda-tanda kemuliaannya apabila seseorang yang menghadiri majlis Maulidur Rasul SAW diliputi perasaan ketenangan, kemuliaan, kewibawaan dan keagungan. Zahirkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda serta ahli keluarganya, serta mempelajari sirah Baginda SAW. Setiap perbuatan itu hendaklah diniatkan untuk meladani Nabi Muhammad SAW. Dengan demikian akan memperoleh ganjaran pahala walaupun perkara yang dilakukan dianggap mudah dan remeh. Tambahan lagi, tidak ada yang lebih menggembirakan hati Nabi SAW daripada melihat usaha untuk 'menyampaikan'. Adakah ada sesuatu yang lebih berharga daripada kebahagiaan Habibi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam? Dunia dan akhirat serta segenap isinya tidak dapat menyamai kebahagiaan Beliau SAW. Dan kebahagiaan ini akan sempurna jika usaha untuk menyebarkan, menyampaikan dan mengamalkan dilakukan oleh generasi selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW.

"Seseorang akan dikumpulkan bersama dengan yang ia cintai"
(HR Bukhari dan Muslim)

02 April 2012

Jadual Terkini Ziarah Dakwah al-Habib Ali al-Jifri di Malaysia April 2012

Al-Habib Ali Al-Jifri di perpustakaan Yayasan Tabah, Abu Dhabi (Gambar: Stephen Lock / The National)


Berikut ialah jadual terkini Ziarah Dakwah Al-Habib Ali Al-Jifri (Pengerusi Yayasan Tabah, UAE) ke Malaysia bermula Khamis, 5 April - Rabu, 11 April sebagai tetamu jemputan oleh Yayasan Sofa.

(1) Jumaat, 6 April 2012, 12.30pm
- Tazkirah Jumaat. Khatib akan menyampaikan isi tazkirah oleh Al-Habib Ali Al-Jifri dalam Khutbah Jumaat dengan Bahasa Inggeris (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(2) Sabtu, 7 April 2012, 8.00 - 11.00am.
- Ummatic Dialogue bersama pelajar UIAM (Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak)

(3) Ahad, 8 April 2012, 5.30 - 10.30pm.
- Maulidur Rasul Perdana di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi), Putrajaya.

(4) Isnin, 9 April 2012, Bermula Maghrib.
- Majlis Maulidur Rasul di Kompleks As-Sofa, Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan.

(5) Selasa 10 April 2012, Bermula 7.00pm.
- Majlis Maulidur Rasul di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir! Jangan lepaskan peluang keemasan bersama ulama' tersohor ini setelah hampir 7 tahun lamanya semenjak lawatan dakwah beliau yang terakhir di Malaysia pada tahun 2005.




Untuk maklumat lanjut, sila layari laman pihak penganjur: http://yayasansofa.com/v1/?p=845

30 March 2012

Majlis Ta'lim 30 Mac 2012


Assalamualaikum


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-


  1. Tafsir AlQuran
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad   






Majlis kali ini dimeriahkan dengan hadirnya Habib Muhdar Al Habsyi, yang juga telah mendendangkan alunan Qasidah memuji-muji nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Semoga kita semua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Pada minggu hadapan (6 April 2012), Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan mengadakan Majlis Maulid Bulanan di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.

Jadi marilah kita meramaikan majlis ini dan beritahulah kepada sanak saudara, sahabat handai dan siapa sahaja yang kita mampu, untuk menghadiri majlis yang penuh barokah ini. :)


Jumpa anda di sana! :)







...

29 March 2012

Mimbar Al Huda - Episod 5

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 5


"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

"Adab Meminang (Bahagian 1)"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
...