27 February 2012

Jemputan ke Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza 2 mac 2012


Assalamualaikum

"Objektif sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk merai/zahirkan kegembiraan kita kerana Rasulullah S.A.W diutuskan kepada kita serta kerana Baginda S.A.W, kita perolehi taufiq hidayahNYA" 
- kalam Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput kalian sekeluarga hadir ke majlis bacaan maulid ADH DHIYA UL LAAMI (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).

Tarikh : 2 Mac 2012 (Jumaat)
Masa : 9.00pm
Tempat: Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa


Aturcara Majlis :

9:15pm - 10:50pm : Bacaan maulid & alunan qasidah & hadrah. Syarahan kitab Fiqh As-Sirah (spt yg disyarahkan oleh AlHabib setiap Sabtu 9:15pm di iKIM FM)
11:00pm : Jamuan ringan & bersurai



Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ini.

Mohon disebarkan :)






....

Cinta Rasul

Bahagian 1



Bahagian 2



Bahagian 3




Assalamualaikum kepada pengunjung laman web Darul Murtadza. Dalam post kali ini, kita saksikan Rancangan "Cinta Rasul" dari TV Al Hijrah yang telah bersiaran bersempena menyambut Kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. dalam bulan RabiulAwwal.

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.








...

Sepasang Sepatu Rasul


Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman rancangan Halaqah di TV9 yang bertajuk "Sepasang Sepatu Rasul" yang menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid.

Rancangan tersebut telah bersiaran pada 3 Februari 2012 (Jumaat) lepas.

Terima kasih diucapkan kepada Halaqah TV9 atas jemputannya serta  EnAlterCronic  atas kongsian video ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ilmu yang telah disebarkan, InsyaAllah..






...

Rakaman Fiqh As Sirah siri 15


Assalamualaikum

Di atas adalah rakaman Fiqh As Sirah di IKIM.fm siri ke 15 yang telah keudara pada 25 Februari 2012.

Terima kasih diuapkan kepada yang telah merakam program ini. Kami sangat menghargai usaha anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat bersama-sama, insyaAllah.





...

24 February 2012

Majlis Ta'lim 24 Februari 2012

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Assalamualaikum

Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran (Surah Al Baqarah - Ayat 234 - 235)
  2. Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi - (Bab 45, Hadis 364)
  3. Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali - (Bab 7 - Dari m/s 47 ke m/s 53 - Doa Selepas Solat Sunat Subuh)
  4. Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad (Umur Ketiga - ms 80 - Menguburkan Mayit dan Soalan Kubur)


Dalam membahaskan kitab Riyadussolihin di dalam majlis kali ini, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid telah berpesan kepada jemaah yang hadir bahawa kita hendaklah berasa gembira jika ada tetamu yang hadir, sesuai dengan hadis yang sedang di syarahkan dimana Rasulullah (SAW) sangat gembira dengan ziarah Jibril (AS).




Majlis kali ini dihadiri tetamu jauh dari Palembang, iaitu Habib Umar bin Shahab, pemimpin Rubath Muhibbin. Kedatangan beliau disambut dengan penuh gembira dari jemaah Majlis Ta'lim darul Murtadza.


Di dalam sharahan ringkasnya, Habib Umar Bin Shahab telah menceritakan tentang salah seorang Sahabat Rasulullah (SAW), iaitu Abdullah Ibn Rawahah yang berkaitan dengan kecintaan kepada majlis ilmu.

Untuk mengetahui apakah cerita tersebut dan juga pesanan-pesanan yang lain, sila tonton video-video rakaman di atas.

Semoga kit asemua mendapat manfaat dari Majlis Ta'lim kali ini dunia dan akhirat, insyaAllah.

Teruskan bersama kami di Minggu Hadapan dengan Majlis Maulid Bulanan Darul Murtadza di Masjid Muadz Bin Jabbal, Setiawangsa.

Jumpa anda di sana! :)







...

23 February 2012

Mimbar Al Huda - Episod 4

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 4


"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

"Sunnah dan Syiar Al Nikah"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
...

22 February 2012

Jadual Majlis Da'wah Nuruzzahro' KL (khas buat Muslimat sahaja)


Assalamualaikum

di atas adalah jadual bagi Majlis Da'wah Nuruzzahro' KL (khas buat Muslimat sahaja).

Semoga kita daoat sebarkan maklumat ini dan mendapat manfaat darinya , insyaAllah.






...