06 February 2012

Belakang tabir, Habib Ali Zaenal Abidin & Darul Murtadza di TV Al Hijrah


Alhamdulillah pada 3 Februari 2012 (Jumaat pagi) yang lepas, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid serta rombongannya dari Darul Murtadza telah keudara di TV AL Hijrah di dalam salah satu slot rancangan "Assalamualaikum".

Buat masa ini, tiada rakaman yang kami dapat. Walaubagaimanapon, jika ada, kami akan share di website ini insyaAllah.

Terima kasih atas sokongan anda.

Sedutan Majlis Maulid Akbar 2012 di Masjid Shah Alam 4 Februari 2012

Sedutan Majlis Maulid Darul Murtadza di Masjid Al Falah pada 3 Feb 2012

Rakaman Tausiyah Majlis Maulid Darul Murtadza & Masjid Alfalah 3 Februari 2012



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan limpah nikmat dan kurnianya, Majlis Maulid Darul Murtadza, dengan kerjasama Masjid Al Falah USJ9, telah berjalan dengan lancar pada 3 Februari 2012.



Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah AlHabib Sholeh bin Muhammad Al Jufri (pemimpin Pasentran darul Mustofa, Solo, Indonesia), Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat (Pemimpin yayasan Al Jenderami), Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid dan Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al Hamid (Mudir Madrasah At-Tazkiyah, Cawangan Darul Mustofa, Kuala Lumpur).



Pada pukul 6.30pm, majlis dimulakan dengan bacaan Wirdul Latif yang di pimpin oleh Ustaz Azian (Masjid Al Falah) dan disertai dengan Tausiyah dari Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid.

Sejurus selepas solat Magrib, Bacaan Maulid Adhiaulami' telah dibaca bersama-sama dan diikuti oleh tausiyah dari Tuan Guru Haji Hafiz Bin Selamat, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, dan Habib Sholeh Bin Muhammad Al Jufri.

Kami dari pihak pengurusan Darul Murtadza ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu-tetamu terhormat yang hadir dan juga kepada semua jemaah yang bersama-sama menjayakan majlis yang penuh barakah ini.

Semoga Allah sentiasa memilih kita dan orang-orang di sekeliling kita untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis seumpama ini.

Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan, dalam Majlis Ta'lim seperti biasa, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa.






...

05 February 2012

Siaran Ulangan : Habib ali Zaenal Abidin Al Hamid di Halaqah, TV9



Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa siaran ulangan Halaqah: Sepasang Sepatu Rasul (SAW) yang menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, akan berlangsung pada 7 Februari 2012 (Selasa) pada jam 9.00 pagi di TV9, insyaAllah.

Diharap dapat disebarkan maklumat ini dan semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha ini.

...

04 February 2012

Fiqh Al Sirah Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid di ikim.fm




InsyaAllah, Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid di iKiM.fm akan keudara setiap Sabtu, 9.15pm.

Siaran Ulangan adalah pada hari Ahad pukul 6.00am

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid akan membahaskan kitab Fiqh al-Sirah hasil penulisan Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti.

Anda boleh mendengar Siaran  iKiM.fm Siaran seperti yang tertera di atas. Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-

http://www.ikimfm.my/ikimfm/

atau

http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/

Semoga kita dapat sebarkan info ini dan mendapat manfaat untuk kita sekeluarga.





...

02 February 2012

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dan darul Murtadza di kaca TV AlHijrah



Assalamualaikum

Sukacita dimaklumkan bahawa Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid serta Wakil dari Darul Murtadza bakal menemui anda di TV Al Hijrah pada :-

  • 3 Februari 2012 (Jumaat)
  • 9.00 pagi
  • TV Al Hijrah




Pada malam pula, temui Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sekali lagi dalam rancangan Halaqah, di TV 9, pada pukul 10.30 malam.

Jgn lupa tonton rancangan tersebut!




....