26 January 2012

Program Khas iKIM.fm bersama Habib ali Zaenal Abidin Al Hamid




Pada hari Jumaat, 27 Januari 2012, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid akan ke udara di iKIM.fm dalam program khas.

Rancangan tersebut akan keudara pada pukul 9.00am.

Anda boleh mendengar Siaran  iKiM.fm seperti yang tertera di atas. Untuk streaming melalui internet, sila ke laman web iKiM.fm di link berikut:-

http://www.ikimfm.my/ikimfm/

atau

http://tunein.com/radio/IKIM-FM-915-s2456/

Semoga kita dapat sebarkan info ini dan mendapat manfaat untuk kita sekeluarga.

...

Anda dijemput - Jumaat ini!

25 January 2012

Mimbar Al Huda - Episod 3

Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 3




"Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"

"Gerbang Menuju Keluarga"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
...
 
 
 

21 January 2012

Majlis Ta'lim 20 Januari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-
  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)
  5.  
Majlis Ta'lim pertama di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa




Alhamdulillah, Majlis Ta'lim yang pertama di lokasi baru, Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa telah pon berjalan dengan lancarnya.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, dalam ucapan beliau di akhir Majlis Ta'lim tersebut, memperkenalkan perjalanan kelas yang merangkumi pembahasan 4 kitab sepertimana yang telah dituliskan di atas..




"Kita buat dalam majlis ini (pembahasan kitab) sedikit demi sedikit, dalam satu jam setengah..sebagaimana yang pernah dilakukan di Hadramaut, yang sistem seumpama ini yang "relax" tetapi berterusan sampai boleh mengkhatamkan setiap buku atau al Quran sampai akhir insyaAllah..."

"Bilamana kita istiqomah dan meniatkan diri untuk hadir, saya menggalakkan atau menganjurkan kalau yang ada kemampuan, bolehlah untuk memiliki buku supaya boleh merujuk balik di rumah"

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid yang telah berkerjasama dalam menjayakan Majlis Ta'lim ini.



 Kami amat menghargai sokongan anda semua.

Teruskan bersama kami pada minggu hadapan di tempat dan waktu yang sama :)










...

18 January 2012

Sambutan MauliduRasul Darul Murtadza & Masjid Al Falah



Dengan segala hormatnya dijemput segenap lapisan masyarakat untuk hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah S.A.W 1433H bertempat di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya, Selangor DE.

Majlis ini diadakan dengan kerjasama Masjid Al-Falah USJ9 pada 03/02/2012 bermula dari jam 6:00 petang sehingga 10:00 malam.

Aturcara majlis :

6:45pm : Bacaan Wirdul Latif Al-Imam Abdullah Alawi Al-Haddad & solat Maghrib

7:45pm : Bacaan Maulid Adh Dhiya ul Laami & qasidah dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza

8:45pm : Tausiyah 1 oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid (pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza)

9:15pm : Tausiyah 2 oleh Al-Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri (pemimpin pasentren Darul Musthofa SOLO)

9:45pm : Solat Isyak & jamuan ringan

3:30am : Qiamulail & bacaan qasidah Burdah


Alamat dan Lokasi

Alamat Masjid Al Falah adalah seperti berikut:
Masjid al Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.





Rasulullah S.A.W bersabda :

“Pada suatu malam aku diperjalankan untuk mi'raj ke langit, lalu aku melihat malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan setiap tangan mempunyai seribu jari-jemari. Malaikat itu menghitung dengan jari-jemarinya, lalu aku bertanya kepada Jibril as : Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang dihitungnya?

Jibril as menjawab: Dia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal setiap titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi.

Kemudian aku bertanya kepada malaikat itu : Apakah kamu mengetahui berapa titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak ALLAH SWT menciptakan dunia?

Ia menjawab: Ya Rasulullah, demi ALLAH yang mengutusmu membawa kebenaran kepada makhluk-NYA, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara terperinci berapa jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di kebun, di tanah yang bergaram, dan yang jatuh di kuburan.

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan itu.

Kemudian malaikat itu berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan perhitungan tangan dan jari-jemariku ini.

Rasulullah S.A.W bertanya: Perhitungan apakah itu?

Ia menjawab: ketika suatu kaum dari umatmu menghadiri suatu majlis, lalu namamu disebutkan di majlis itu, kemudian mereka bershalawat kepadamu. Pahala shalawat mereka itulah yang tidak sanggup aku menghitungnya.”

اللهـم صـل وسـلم وبارك علـيه وعلـى آلـه






...

13 January 2012

Majlis Ta'lim 13 Januari 2012


Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-
  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)



Pengumuman 


Dalam Majlis Ta'lim kali ini, kami telah mengumumkan perpindahan kami ke tempat baru iaitu di Masjid Muadz Bin Jabal.

Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada pihak Surau Al Hidayah, Keramat AU3, kerana telah membantu kami dalam pengurusan majlis ta'lim yang kita sayangi ini. Pihak Surau Al Hidayah telah menjadi tempat / sekolah pertama bagi Majlis Ta'lim Darul Murtaza sejak tahun 2010 lagi.

Kami menganggap Surau Al Hidayah sebagai salah satu tempat yang amat berharga dan bersejarah bagi kami. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran terhadap segala bantuan yang dihulurkan khususnyakepada Hj Kamarul serta yang lain.


Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, dalam ucapan ringkasnya, mengucapkan terima kasih kepada pihak Surau. Majlis diteruskan dengan penyampaian Cendera Hati kepada Surau Al Hidayah dan pengurusan Surau.

Suatu harapan......

"InsyaALLAH siratulrahim kita diteruskan walaupun bakal berpindah. Saya hanya anggap ianya suatu penangguhan & sekiranya ditakdirkan Majlis Ta'lim Darul Murtadza berpindah kembali ke mari, insyaALLAH kita akan usahakan sesuatu yang lebih baik & menerima dengan hati terbuka"
- Hj Kamarul (Pengerusi Surau Al-Hidayah)




Suatu keyakinan....

"Kita ingin berpindah dari satu keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Tapi bukan bermakna Surau AlHidayah tidak baik buat kami."
- kalam Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Untuk maklumat lanjut tentang Lokasi baru sila ke page ini (Klik sini untuk Maklumat tentang Masjid Muadz Bin Jabal)

Teruskan bersama kami di Hari dan Waktu yang sama , dan di Tempat yang baru.

Jumpa anda semua di sana! :)




...