26 August 2013

Jemputan ke Program Malam Merdeka "Cinta Rasul Jiwa Merdeka"




Assalamualaikum

Bersempena dengan hari meperingati kemerdekaan negara, Masjid Asy-Syakirin KLCC serta beberapa badan-badan lain menganjurkan Program Malam Merdeka "Cinta Rasul Jiwa Merdeka" bertempat di Masjid Asy Syakirin KLCC, bermula pada pukul 9 malam. Mari kita bersama-sama menghadiri majlis ini serta mewar-warkan kepada yang lain. Aturcara lengkap adalah seperti berikut:-

Aturcara:-


09:00 Malam
Ketibaan jemaah

09:30 Malam
Zikir Pembukaan
Nazam Nafi Isbat
Dipimpin Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohamed Zabidi

Alunan Qasidah diketuai Kumpulan Anak Warisan Kasih
3 Qasidah

Tausiyah
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohamed Zabidi

Alunan Qasidah diketuai Darul Murtadza
3 Qasidah

Tausiyah
Al-Fadhil Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Qasidah Penutup diketuai Darul Murtadza

12:00 Malam
Kemuncak Mahallu Qiyam
Bacaan Doa Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abdul Hamid


Jumpa anda di sana!

19 August 2013

Jemputan ke Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid di Teluk Panglima Garang





Assaalmualaikum

Semua dijemput hadir ke Program bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 29 Ogos 2013
Hari: Khamis
Masa: Selepas Magrib
Tempat: Masjid Nurul Iman Jln Masjid, Batu 10 Kebun Baru Teluk Panglima Garang

Sama-samalah kita niatkan untuk hadir dan sebarkan maklumat ini.

Jumpa anda di sana! :)




...

Jemputan ke Majlis Dzikir MaulidurRasul s.a.w.& Haul Akbar Sheikh Abdul Qodir Al Jilani (r.a.)




Assalamualaikum

Semua dijemput hadir ke Jemputan ke Majlis Dzikir MaulidurRasul s.a.w.& Haul Akbar Sheikh Abdul Qodir Al Jilani (r.a.). Malumat Lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh: 25 Ogos 2013
Hari: Ahad
Masa: 7.50pagi
Tempat: Masjid Darul Aman, No.1 Jalan Eunos S419493, Singapura.

Sila rujuk poster di atas untuk maklumat-maklumat tambahan.

Mari kita sebarkan dan niatkan untuk hadir majlis ini dan semoga mendapat manfaat buat kita bersama :)



...

15 August 2013

Berdoalah untuk Saudara kita di Timur dan di Barat...




أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ

 صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ



Aslahallahu Umural Muslimin, Sarafallahu Sharral Mu'zin

Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu

Mari kita membaca doa di atas 10 kali sehari khususnya buat saudara kita di Syria, Mesir, Gaza serta mana mana saja di timur dan di barat....


Bahagian daripada tanggungjawab orang islam adalah mengambil berat pasal mereka:-

"Barangsiapa tidak mengambil berat pasal hal orang Islam, adalah bukan daripada golongan orang Islam."



Yakni, tidak sempurna Islamnya...

Wa li haza, masing-masing (Bukan hanya di sini sahaja), bila mana balik rumah, solat malam, atau solat selepas solat, solat apa saja, doa kepada Allah S.W.T. Moga-moga Allah S.W.T. angkat bala dan bencana perselisihan daripada kaum Muslimin, di Timur dan di Barat.

Doa kamu semua akan menjadi saham kepada Allah yang disimpan... bahawasanya Anda mengambil berat akan hal orang-orang Islam.

InsyaAllah kita berdoa kepada Allah S.W.T. untuk kaum Muslimin yang khususnya di Syria, dan juga di mana-mana tempat (termasuk Gaza, dan Asia) di timur dan di barat, di angkat oleh Allah S.W.T. bala dan perselisihan, dan disatukan hati mereka InsyaAllah.

Mutiara Kalam Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, Majlis Ta'lim Darul Murtadza, 25 Januari 2013.




...

05 August 2013

“Taqabbalallahu minna wa minkum” Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian


Kami dari ihak Majlis Ta'lim Darul Murtadza ingin mengucapkan 

“Taqabbalallahu minna wa minkum” 

(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian).

Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di Jalan Raya. InsyaAllah kita berjumpa lagi untuk Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada bulan September 2013.

:)



...