01 February 2013

Pengumuman Maulid Akbar - Semua dijemput Hadir untuk melakar Sejarah!


"Sertai Maulid Akbar Darul Murtadza!"








 Assalamualaikum

Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini, kami dengan segala hormatnya, Majlis Ta'lim darul Murtadza menjemput semua lapisan masyarakat tidak mengenal usia, bangsa, agama, kewarganegaraan, untuk menghadiri Acara Maulid Akbar 2013!

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid bersama Ahbabul Habib di TV Al Hijrah menerusi Rancangan "Assalamualaikum" pada 1 Februari 2013


Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, pembimbing Majlis Ta'klim darul Murtadza yang berkongsi ilmu tentang Rasulullah S.A.W. serta menjemput semua untuk menghadiri Majlis Maulid Akbar 1 Februari 2013 ini...


Tentang Maulid Akbar

Maklumat adalah seperti poster berikut:-






  • Antara acara menarik bermula dari Solat Magrib adalah Tausiyah dari Penceramah jemputan, Qasidah dan Acara Bacaan Maulid Adh Dhiya Ul Laami' (karangan Habib Umar Muhammad Hafidz).
  • Maulid Adh Dhiya Ul Laami' ini adalah bait-bait syair yang memuji serta menceritakan tentang sirah Rasulullah S.A.W. 
  • Penampilan kumpulan Hadrah Rasmi darul Murtadza iaitu kumpulan "Ahbabul Habib" diirisngi dengn kumpulan Nasyid Inteam serta AlMawlid. 
  • Ahbabul Habib akan membawakan Qasidah "Muhammadin" dan "Nurul Mustofa" bermula selepas Fasal ke 3 dari Maulid Adh Dhiya Ul Laami'. 





Acara Perarakan Pertama dalam sejarah Darul Murtadza!



Jalan Perarakan 


  • Aturcara bermula pada pukul 6 petang untuk taklimat ringkas tentang di perkarangan luar Masjid Muadz Bin Jabal, berhadapan dengan Kuarters tentera. 
  • Tepat pukul 6.30petang kita akan berarak dari point permulaan hingga masuk ke Masjid Muadz
  • Bersama-sama ber qasidah "Tola'al Badru" dan "Ahmad ya Habibi" yang di pimpin oleh Kumpulan Hadrah Rasmi Darul Murtadza, "Ahbabul Habib". 
  • Turut bersama dalam perarakan adalah tetamu-tetamu khas serta pelajar-pelajar Madrasah.
  • Kami mencadangkan untuk hadir awal dan Asar Berjemaah disana :)

Parking



Kedudukan Jemaah di dalam masjid 




Pintu Pagar Utama untuk Lelaki (Pondok Pengawal)

Pintu Pagar Utama untuk perempuan (Tangga Besar)






Sudahkah Anda bersedia??

Kita Berjumpa Di Sana!


:)


No comments: