19 January 2013

Majlis Ta'lim 18 Januari 2013 (Bahagian 2) - Ijazah Hadith Musalsal oleh Sheikh Muhammad Ismail az-Zein (Mekah)

Assalamualaikum


Majlis Ta'lim Darul Murtadza kali ini amat bertuah dengan kehadiran seorangulamak dari tanah suci Mekah. Di kesempatan ini, beliau telah mengijazahkan sebuah hadith Musalsal al Awwaliyah.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam lebih kurang terjemahannya dari Sheikh Muhammad Ismail az-Zein:-


Hadith ini adalah dikenali dengan hadith ar-Rahmah atau hadith yang dikenali dengan hadith musalsal Bil Awwaliyah (yakni berterusan dengan menyebutkan "Pertama saya dengar")

Ertinya, hadith ini adalah hadith yang diriwayatkan secara bersanad, dan juga bersambung sampaikepada Baginda Rasulullah S.A.W.



Walaupun sebenarnya untuk nak memberikan ijazah tentang hadith ini dalam majlis yang terbuka seumpama ini adalah kurang sesuai secara hakikatnya untuk diberikan ijazah dalam keadaan seperti ini, akan tetapi dengan harapan moga-moga juga mendapatkan akan Rahasia daripada ijazah tersebut, maka saya akan berikan ijazah akan hadith itu yang saya dengar daripada para guru-guru saya.

Yang dimaksudkan adalah, bilamana disebutkan "Awwal"(Pertama), maknanya kalau seseorang itu belum pernah dengar hadith itu daripada sesiapa, dan dia pertama kali dengar akan hadith itu, maka itu adalah hadith Musalsal Awwaliyah yang hakikat.

Yang kedua adalah yang mendengarnya lebih daripada sekali (atau dikenali sebagai Nisbiyah)




Walaupun dalam majlis ini sudah ada yang pernah mendengar, akan tetapi masih untuk mendapatkan akan rahasia pertama kali mendengar...

Saya telah mendengar Hadith itu, daripada Musnid, yang bernama Sheikh Yasin alFadani, dan juga saya dengar hadith itu daripada Al Marhum Ayahanda saya sendiri, Sheikh Ismail Bin Usman Az Zein,  Saya mendengar juga hadith itu daripada guru saya Sheikh Soleh al Arkani,dan saya juga mendengar hadith itu daripada seorang muhaddith, Sheikh Abdullah Sirajuddin, Semuanya berkata kepada saya kalau hadith itu pertama kali mereka mendengar daripada guru-guru mereka.

Silsilah sanad itu sampai kepada Amirul Mukminin, Suffian Ibn Uyainah r.a..

(Dari situlah berhenti setiap rawi mengatakan "pertama kali saya dengar, pertama kali saya dengar" sampai kepada Suffian Ibn Uyainah r.a.)

Daripada Suffian Ibn Uyainah r.a. kepada Amr Ibn Dinar r.a.

Daripada Amr Ibn Dinar r.a, daripada Abi Qabus, Mawla daripada Abdullah Ibn Amr Ibn 'Aash r.a.

Daripada Nabi S.A.W.

Hadithnya adalah

"Ar Rahimuna YarhamuhumurRahman Tabaraka Wa Ta'ala. 

Irhamu Man fil Ardi, Yarhamkuma Fi Sama'"


Yang lebih kurang terjemahannya:-

"Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh yang Maha mengasihi Tabaraka wa Ta'ala. 

Kasihilah semua yang ada di muka bumi ini, akan dikasihi akan kamu semua yang ada di langit"


Maka dengan hadith al Awwaliyah itu, saya ijazahkan kepada semua, dengan tulisan dan juga sanad serta periwayatannya

dan moga-moga Allah terima amal ibadah kita dan himpunkan kita di bawah panji Nabi Muhammad S.A.W. "



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

teruskan bersama Majlis Ta'lim Darul Murtadza, setiap Jumaat, selepas Isyak, di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.

:)


No comments: