30 November 2011

Jemputan ke Majlis IIUM Berselawat

Assalamualaikum.

Kepada yang berminat sila lah rujuk kepada iklan di bawah:-






...

29 November 2011

Majlis Maulid Bulanan pada 2 December 2011

Assalamualaikum


Majlis Ta'lim Darul Murtadza menjemput semua ke Majlis Maulid Bulanan yang akan diadakan pada 2 december 2011 InsyaAllah. Maklumat lanjut tentang majlis ini adalah seperti berikut:-



Aturcara majlis :

9:30 pm : Bacaan Maulid Adh-Dhiya'Ullami'
 

Alunan Qasidah oleh kumpulan AlMawlid .
Pembahasan Kitab Fiqhus Sirah

(karangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan AlButi)

11:00pm : Jamuan ringan & bersurai



"Andaikata diangkat hijabNYA, pasti tiada seorg pun akan mengeluh/berasa penat utk hadir & duduk lebih lama dalam suatu majlis baik. Akan tetapi kita tetap yakini rahmatNYA !!! Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kpd 2 perkara pd masa yg sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Hayati sirahnya, tontoni & contohi akhlaknya Rasulullah SAW" - kalam ALHABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID 







Kita berjumpa disana InsyaAllah! :)
 

28 November 2011

Sedutan Majlis Sambutan Maal Hijrah di Surau Az-Zahrah, Puchong


Alhamdulillah

Pada 27 November 2011, Majlis Sambutan Maal Hijrah, di Surau Az Zahra, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya. 



Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah memberikan Tausiyah yang bertemakan "Kewajipan Umat Islam ke atas Nabi Mereka Melalui Peristiwa Hijrah". 

Majlis ini juga turut di meriahkan dengan Bacaan Maulid serta Qasidah memuji-muji Nabi Kesayangan kita, Nabi Muhammad (SAW). 




Tahniah diucapkan kepada pihak Surau Az Zahrah kerana telah menganjurkan majlis yang berjalan dengan lancar.


....

27 November 2011

Buletin Darul Murtadza - Isu 1

Assalamualaikum

Berikut adalah Isu pertama untuk Buletin Darul Murtadza. Untuk memudahkan lagi pembacaan, sila klik butang "Full Screen". Anda juga boleh muat turun (Download) Buletin ini.
Buletin ISU 1



Teruskan bersama kami di isu akan datang.


Terima Kasih.


26 November 2011

Sekilas Pandang Majlis "UM Berselawat"

Pada 26 November 2011, Habib Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid telah menghadiri Majlis "UM Berselawat" bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1433 di Masjid Ar Rahman Universiti Malaya.

Turut hadir dalam majlis ini juga adalah Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid, Mudir Madrasah At-Tazkiyah, Cawangan Darul Mustofa, Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Wirdul Latif dan seterusnya bacaan Doa Akhir Tahun yang di pimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid.

Ucapan Aluan serta di ikuti Bacaan Maulid
Antara yang hadir dalam Majlis UM Berselawat

Setelah selesai Solat Magrib berjemaah, Doa Awal Tahun pula dibaca beramai-ramai dan dipimpin oleh Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid.

Seterusnya Bacaan Maulid Diaulami' serta Tausiyah dari Habib Ali Al Hamid dan Habib Naqjmudin Al Khirid.


Maulid - ketika Mahalul Qiam
Mahalul Qiyam - Gambar - Kredit kepada En Kyrel Al-Gayauwi

Habib Naqjmudin Bin Othman Al Khirid memberikan Tausiyah pertama
Diikuti oleh Tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid


Selesai Majlis
"Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA untuk hadiri majlis yang baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kepada 2 perkara pada masa yang sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dengan sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni dan contohi akhlaknya"
-
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Tahniah diucapkan kepada Sekretariat "UM Berselawat" kerana menjayakan majlis yang penuh dengan Barokah ini.




...





Salam Maal Hijrah 1433

Maal Hijrah 1433 - Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Alhamdulillah, kita telah pun berada di penghujung tahun 1432 dan menyambut kedatangan Tahun baru Hijrah 1433.

Banyak pengalaman dan penambahbaikan yang telah kami usahakan dan kami bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Sokongan yang telah anda berikan kepada kami juga telah memberikan impak yang besar kepada kami dan memberikan motivasi yang tinggi untuk meneruskan usaha ini, insyaAllah.

Kami juga bersyukur, dan dengan sukacitanya ingin mengumumkan perpindahan dari laman web "Blogspot.com" kepada satu nama domain baru iaitu:-

www.DarulMurtadza.com



InsyaAllah mulai dari saat ini, bersempena dengan tahun baru, anda boleh melayari website kami di alamat baru tersebut. setakat ini anda boleh dapatkan kandungan-kandungan ilmiah dari laman web kami seperti:-
  • Video Rakaman Majlis Ta'lim Mingguan.
  • Video Rakaman Majlis majlis khas yang di hadiri Habib Ali Zaenal Abidin.
  • Video Rancangan Online "Mimbar-Al Huda" yang membicarakan Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan).
  • Artikel-artikel karangan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
  • Pengumuman majlis-majlis khas atau apa sahaja yang relevan dengan pengajian di Majlsi Ta'lim Darul Murtadza.



Kami berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung laman web ini yang telah mempromosikan kandungan-kandungan laman web kami di media-media elektronik yang lain. Usaha ini amat dialu-alukan dan semoga Allah merahmati dan memberi ganjaran atas segala usaha kita.

Akhir kata, teruskan bersama kami, maaf atas segala salah dan silap dan terima kasih.







...

Sambutan Maal Hijrah bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Assalamualaikum

Bersempena dengan Sambutan Maal Hijrah 1433, Habib ali Zaenal Abidin Al Hamid akan menghadiri majlis-majlis berikut:-

 
Sila "Klik" untuk besarkan gambar
 Untuk Majlis di Masjid AR- Rahman UM, anda boleh menonton secara siaran langsung (LIVE Streaming) di laman web MyHikmahTV :-

http://myhikmah.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=11&Itemid=68


Sila "Klik" untuk besarkan gambar
kepada semua yang berada di KL /PJ , di jemput datang ke Surau az-Zahra', Batu 6 1/2 Jalan Puchong, di ada kan ceramah maal Hijrah pada 27hb November 2011 bersamaan hari Ahad malam Isnin selepas maghrib. 

Ceramah di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru yang di kasihi Al Habib Ali Zaenal Abidin Abu bakar Al-Hamid (Mudir Majlis Ta'lim Darul Murtadza ). Majlis di dahului dgn Bacaan Maulid

Lokasi : Surau Az-Zahra' (GoogleMaps > http://g.co/maps/zpn4c)
Batu 6 1/2 Jalan Puchong, KL 

View Az-zahra in a larger map




Majlis Muslimat

Selain dari majlis-majlis di atas, berikut adalah majlis-majlis untuk muslimat:-

Majlis Ta'lim NuruzZahro' KL 

Bersama Ustazah Alina AlMunawar dari Semarang, Indonesia.
Lokasi : Sekitar Selangor (rujuk poster) Tarikh : Jumaat (25/11/11) - Isnin (28/11/11) Info : Kelas diadakan pada setiap minggu terakhir setiap bulan khusus buat MUSLIMAT sahaja


Semoga kita semua berjumpa di sana. :)





...

Majlis Ta'lim 25 November 2011



Seperti biasa, Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

  1. Tafsir AlQuran
  2. Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
  3. Bidayatul Hidayah
  4. Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid bersama tetamu, Habib Ali Al Haddad
Majlis Ta'lim pada 25 November 2011 dimulakan dengan ucapan dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 1433 Hijrah dan diikuti dengan Doa. 


Habib Ali Al Haddad

Majlis juga diserikan lagi dengan kedatangan tetamu istimewa yang berasal dari Seiyun, Yaman, al Habib Ali Al Haddad yang kini giat dengan kegiatan dakwahnya di Indonesia. Beliau adalah wakil dari Habib Umar bin Hafiz (Darul Mustofa, Yaman) yang dihantar ke Indonesia.

Kesabaran beliau untuk meninggalkan kampung halamannya sendiri menunjukkan misi dakwah ini adalah lebih didahulukan dari apa saja. Kesungguhannya terbukti apabila beliau faham dan boleh bertutur dalam bahasa Indonesia kerana telah lama berdakwah di sana supaya sesuai dengan bahasa tempatan yang mudah untuk difahami.

Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah memberikan ruang kepada Habib Ali Al Haddad untuk memberikan Tausiyah ringkas di akhir majlis Ta'lim. Di dalam tausiyah beliau, yang bertemakan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad (SAW), beliau menceritakan beberapa peristiwa yang menarik yang telah berlaku serta apa teladan yang perlu kita hayati.

Untuk mengetahui apakah mutiara-mutiara yang terkandung di dalam tausiyah beliau, sila "play" rakaman Majlis Ta'lim di atas.

Sesi Bersalaman dengan Habaib

Habib Ali Al Haddad bersama Pelajar-pelajar Majlis Ta'lim Darul Murtadza
 
Selain daripada itu, Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah mengedarkan Buletin Darul Murtadza Bil 002 Jilid 002.

Bersempena dengan Maal Hijrah 1433 juga, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah merasmikan laman web baru / Alamat Laman Web yang baru. Kini, pengunjung boleh melayari laman web kami di:-

www.DarulMurtadza.com

Kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Segala sokongan dan komen kami terima dengan positif dan kami hargai kesemuanya.


Sehingga berjumpa lagi di Majlis Ta'lim minggu hadapan, di hari dan waktu yang sama, InsyaAllah.








...

    23 November 2011

    Mimbar Al Huda - Episod 1

    Mimbar Al Huda - Siri Fiqh Al Usrah, Episod 1


    "Pengenalan Majlis Ta'lim Darul Murtadza"
    dan
    "Preview Siri Fiqh al Usrah (Fiqh Kekeluargaan)"


    Alhamdulillah

    Dengan izin Allah SWT dan dengan berkat Rasulullah SAW, terimalah...MIMBAR AL HUDA. Semoga bermanfaat kepada semua, InsyaAllah.






    ....
     

    19 November 2011

    Majlis Ta'lim 18 November 2011


    Seperti biasa,Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

    1-Tafsir AlQuran
    2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
    3-Bidayatul Hidayah
    4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)




     Kualiti video kali ini kurang memuaskan kerana gangguan teknikal yang kami hadapi. Mohon maaf atas segala kesulitan.

    Walau bagaimanapun, kami tetap berterima kasih atas sokongan anda semua dan teruskan bersama kami pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama. :)




     ...

    13 November 2011

    Siti Khadijah (ra) - oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

    1 - Siapakah Siti Khadijah (ra)?

    • Nasab dan Kelahiran Beliau
      • Beliau adalah Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib bin Fihr.  
      • Ibunya: Fathimah binti Zaaidah bin Al Asham bin Rawahah bin Hajar bin Abd, bin Ma’ish bin ‘Amir bin Luayy bin Ghaib bin Fihir.
      • Di lahirkan di kota Mekkah 15 tahun sebelum peperangan Gajah berlaku, tepatnya 556 M.
    • Latarbelakang Keluarga dan Pernikahan Beliau
      • Beliau berasal dari keluarga mulia nasabnya, terhormat martabatnya, luhur budi pekertinya, bersifat pemurah, sangat menjunjung tinggi akan nilai-nilai murni, serta luas kekayaannya.
      • Secara amnya Siti Khadijah (ra) berasal dari keluarga yang berwibawa, ayahnya Khuwailid adalah salah seorang yang pernah berjasa dalam melindungi Al Hajar Al Aswad ketika ingin di rampas oleh seorang bernama Taba’ dan di bawa ke negerinya. Maka Khuwailid yang berjaya menghalang niat Taba’ tersebut.
      • Beliau juga merupakan saudagar wanita yang berjaya di zamannya, beliau sebagai penerus perniagaan ayahnya serta mewarisi kepandaian dalam berniaga.
      • Merupakan adat kebiasaan keluarga terhormat dari kalangan bangsa Quraish ketika itu adalah menikahkan anak-anak perempuan mereka pada usia muda. Tidak terkecuali Siti Khadijah (ra). Siti Khadijah (ra) telah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW). Mereka adalah:-
        • Atiq bin Abid bin Abdullah Al Makhzumi, mendapat cahaya mata dari pernikahan ini seorang anak lelaki bernama Abdullah.
        •  Hindun bin Zurarah bin Nabbash Al Tamimi, mendapat 3 cahaya mata: Hindun, Harith, dan Zainab.
    • Orang Yang Berpengaruh Ke Atas Keperibadian Beliau
      • Terdapat dua (2) orang yang berpengaruh dalam kehidupan Siti Khadijah (ra), sebelum menikah dengan Nabi Muhammad (SAW):-
        • Hakim bin Hizam anak saudara Siti Khadijah (ra). Beliau rakan kerja Siti Khadijah (ra) dalam perniagaanya, beliau seorang yang bijak, sehingga kebijakannya menyebabkan beliau layak untuk di lantik sebagai ahli parlimen termuda di (Dar Al-Nadwah) yang dianggotai ahli-ahli dalam lingkungan 40'an.
        • Waraqah ibnu Naufal [anak bapa saudara Siti Khadijah (ra)], beliau seorang tua beragama kristian, beriman kepada Allah SWT, serta banyak mengkaji akan kitab Taurat dan Injil. Beliau sering berdiskusi dengan paderi-paderi di zamannya membincangkan tentang kehadiran penutup para nabi.
      • Dengan demikian Siti Khadijah (ra) banyak terpengaruh dengan dua (2) orang ini kerana rapat perhubungan di antara mereka. Terpengaruh dengan Hakim dari sudut kecekapan dalam membangunkan ekonomi melalui perniagaan, dan Waraqah dari sudut membangunkan kerohanian, beliau merupakan guru kepada Siti Khadijah (ra).
    • Gelaran-Gelaran Siti Khadijah (ra)
      •  Adapun gelaran yang di sandang oleh Siti Khadijah (ra) adalah:
        •  Gelaran sebelum menikah dengan Nabi (SAW):
          •  Pertama: Al – Thahirah (yang suci)
            • Beliau meraih gelaran itu di sebabkan: Beliau tidak suka bergaul dengan para peniaga-peniaga kaum lelaki, di dalam keadaan beliau sebagai seorang saudagar yang sukses yang umumnya akan banyak berinteraksi dengan para saudagar-saudagar dari kalangan kaum lelaki. Akan tetapi beliau menghantarkan orang kepercayaannya, seperti Hakim bin Hizam ataupun Maisarah.
            • Beliau tidak suka bergaul dengan wanita-wanita yang suka menghabiskan masanya dalam kelalaian, seperti dalam majlis tari-tarian, atau nyanyian, dan lain-lain. Walaupun Mekkah pada saat itu di penuhi dengan tempat-tempat seperti itu.
          • Kedua: Sayyidah Nisa’ Quraish (puteri Quraish)
            • Gelaran ini di raih disebabkan oleh kerana keluhuran akhlaknya, dan ketinggian martabatnya, serta kemuliaan marwahnya. Kerana beliau seorang wanita yang tidak menjadi hamba kepada harta yang dimilikinya, beliau banyak menggunakannya untuk membantu orang miskin, disamping banyak memanfaatkan peluang untuk berguru kepada Waraqah bin Naufal.
        •  Gelaran setelah menikah dengan Nabi (SAW)
          • Siti Khadijah (ra) dikenal sebagai seorang wanita yang memiliki pandangan tajam dan firasat yang benar. Beliau mendengar kejujuran dan keluhuran budi pekerti baginda Rasulullah (SAW), beliau memintanya untuk membawa perniagaanya ke negeri Syam bersama Maisarah pembantu setia Siti Khadijah (ra).
          • Setelah melihat akan sifat-sifat mulia Nabi Muhammad (SAW) yang tidak pernah beliau melihatnya pada lelaki-lelaki lain, maka beliau memberanikan diri untuk meminangnya melalui sahabat karibnya bernama Nafisah, maka berlangsunglah pernikahan itu.
          • Siti Khadijah (ra) mendapat 6 cahaya mata dalam perkahwinan ini:-
            1. Qasim
            2. Abdullah (yang digelari Al Tayyib – yang baik) 
            3. Zainab
            4. Ruqayyah
            5. Ummu Kaltsum dan
            6. Fathimah Al-Zahra.
          • Gelaran yang di raih oleh Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW) adalah:-
            • Pertama: Ummul Mukminin
              • Nabi adalah lebih di utamakan dari kaum mukminin dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. (Surah Al Ahzab, Ayat 6)
            • Kedua: Sayyidah Nisa' Al 'Alamin
              • Nabi Muhammad (SAW) telah bersabda: Cukup bagimu daripada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW), Asiah isteri fir’aun.
            • Ketiga: Sayyidah Nisa' Ahli Al Jannah
              • Dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Rasulullah (SAW) membuat 4 garisan, seraya berkata: Tahukah apakah apa ini?
                Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui. Nabi (SAW) bersabda: Penghulu seluruh wanita di syurga adalah: Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad (SAW), Asiah binti Muzahim dan Maryam binti Imran. Semoga Allah meridoi mereka semua. (Bukhari)

    • Kewafatan Siti Khadijah (ra)
      • Terdapat banyak pandangan tentang tahun ataupun bulan kewafatan Siti Khadijah (ra), tetapi yang di sepakati oleh ahli sirah adalah beliau meninggal dunia sebelum hijrah.
      • Imam Ibnu Katsir menukil sebuah riwayat bahawa, ketika Siti Khadijah (ra) sakit, beliau di dampingi oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda: Sungguh aku sedih melihat rintihanmu wahai Khadijah! Tetapi Allah SWT akan menjadikan kebaikan yang besar di dalam kesakitan yang engkau alami ini. Tahukah kamu, kalau Allah SWT akan mengahwinkan kamu denganku di syurga nanti.
      • Maka Siti Khadijah (ra) senang, lalu meninggal dunia. Jenazah Siti Khadijah (ra) dikebumikan di Mekkah, di kawasan Al Hijjun atau perkuburan Al Ma'la.

      2 - Mengapa Siti Khadijah (ra) Harus Dicintai dan Diteladani?

      • Setiap orang yang beriman laki-laki dan perempuan adalah bersaudara, sebagai saudara dalam iman, kita dituntut untuk saling mengasihi dan mencintai untuk memenuhi tuntutan iman.
      • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri'. (teks arab yang berkaitan tidak dapat diterbitkan disini atas sebab-sebab teknikal - Admin) 
      • Erti kecintaan disini adalah kecintaan dalam kebaikan, yakni: sebagaimana kita suka untuk mendapat kebaikan untuk diri kita, demikian juga untuk saudara kita dan sebagaimana kita tidak suka akan keburukan menimpa kita, demikian juga ke atas saudara kita.
      • Mencintai orang-orang soleh adalah lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaatnya berbandingkan kecintaan kepada orang-orang yang beriman biasa.
        'Aku cinta para solihin walaupun aku bukan dari golongan mereka, dengan harapan agar mendapat syafa'at dengan mencintai mereka. Aku tidak suka sesiapa yang perbuatannya itu bermaksiat, walaupun kita ini juga berbuat maksiat'
      • Maka dengan mukaddimah sedikit tentang kecintaan dan pembahagiannya, kita dapat memahami semakin tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, semakin bermakna erti kecintaan kepada mereka. Dengan demikian, mencintai Siti Khadijah (ra) lebih dituntut disebabkan:
        • Pertama:
          • Beliau wanita solehah yang dicintai Allah serta mendapat salam khusus dariNya, maka mencintai orang yang dicintai Allah adalah satu ibadah dalam mentaati perintah Allah Ta'ala.
          • Rasulullah (SAW) bersabda, 'Sesungguhnya Allah Ta'ala bilamana suka kepada seseorang hamba, maka Dia akan menyeru kepada Jibril: 'Wahai Jibril! Sesungguhnya Allah suka kepada fulan bin fulan maka cintailah dia', maka dicintai oleh Jibril. Lalu kemudian Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit: 'Bahawa Allah cinta kepada fulan bin fulan', maka ia akan dicintai oleh penghuni langit, lalu kemudian akan diletakkan tanda qabulnya kepada penghuni bumi' - Riwayat Imam Bukhari.
        • Kedua:
          • Beliau wanita yang sangat dicintai Rasulullah (SAW). Mencintai beliau untuk mendapat kecintaan Rasulullah (SAW).
          • Dari Aisyah (ra): Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya.
          • Dari Aisyah (ra) juga: Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda: 'Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)'. Maka pada suatu hari aku membuat Baginda (SAW) marah, aku berkata: 'Khadijah!' (dengan ungkapan tidak suka), maka Rasulullah (SAW) bersabda: 'Aku telah dianugerahkan kecintaan kepadanya'.
          • Imam Nawawi (ra) berkata: Hadis ini menunjukkan isyarat bahawa mencintai Siti Khadijah (ra) akan mendapat fadhilat dikeranakan mencintai orang yang dicintai Rasulullah (SAW) - Kitab syarah Muslim.
        • Ketiga:
          • Beliau (ra) adalah keluarga Rasulullah SAW yang wajib dicintai
            'Katakanlah (wahai Muhammad)! 'Aku tidak meminta kepadamu (wahai umatku) apa-apa balasan kecuali kecintaan kepada ahli keluargaku' - Ayat 23, Surah Asy-Syura
        • Keempat:
          • Beliau wanita yang pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya. Kerana Siti Khadijah (ra) setelah menikah dengan Rasulullah (SAW), beliau memberikan seluruh hartanya demi perjuangan dakwah Baginda.
          • Dan engkau didapatiNya sebagai seorang miskin, lalu diberinya kekayaan - Ad Dhuha, Ayat 8
          • Imam Al Alusi berkata: Maksud ayat 'diberi kekayaan' iaitu dengan harta Siti Khadijah (ra).
        • Kelima:
          • Sebab beliau (ra) wanita pilihan yang diberi hidayah oleh Allah, dan kita diperintah untuk meneladani orang-orang yang mendapat hidayah.
          • Mereka adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah, maka dengan petunjuk mereka hendaklah kamu mengikutinya - Surah Al Anam, Ayat 90.
        • Keenam:
          • Beliau (ra) wanita yang cintakan akan nilai-nilai murni yang terpahat dalam hatinya sebelum dan apatah lagi setelah memeluk Islam.
        • Ketujuh:
          • Nabi (SAW) memilih beliau (ra) sebagai contoh teladan kepada ummatnya, terutama kaum wanita.
          • Sabda Baginda (SAW): Cukup bagimu dari pada wanita-wanita termulia di seluruh alam: Siti Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad (SAW) dan Asiah isteri Fir’aun.


      3 - Siapakah Siti Khadijah (ra) Di Hati Rasulullah (SAW)?


      • Tidak sesiapapun yang mampu menjawab soalan ini kecuali tuan empunya hati, yaitu Rasulullah (SAW), tetapi apa yang akan saya ketengahkan di bawah ini adalah sedikit dari suara hati Baginda Rasulullah (SAW) ketika mengungkapkan akan kedudukannya, yakni Siti Khadijah (ra), di hati baginda Rasulullah (SAW):-
        • Pertama:
          •  Siti Aisyah (ra) berkata: Rasulullah (SAW) hampir setiap kali keluar rumah menyebut nama Khadijah (ra) dan memujinya. Pada suatu hari aku dengan perasaan cemburu aku berkata: "Dia itu (Khadijah) tidak lebih hanya seorang wanita tua, dan Allah telah menggantikan untukmu yang lebih baik darinya", maka Baginda (SAW) marah seraya bersabda: "Demi Allah! Allah tidak menggantikan untukku yang lebih baik darinya, Khadijah (ra) beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa, dan Allah memberikan untukku dzuriyat darinya yang tidak ada pada yang lain" - Riwayat Ahmad dan Thabrani.
        • Kedua:
          • Dari Aisyah (ra) ia berkata: "Aku tidak pernah cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah (SAW) sepertimana kecemburuanku kepada Khadijah (ra), walaupun aku tidak berjumpa dengannya". Lalu ia berkata lagi: "Dan adalah Rasulullah (SAW) terkadang menyembelih kambing lalu bersabda:"Hantarkan daging kambing ini kepada sahabat-sahabat Siti Khadijah (ra)". Pada suatu hari aku membuat Baginda marah, aku berkata: "Khadijah!" (dengan ungkapan tidak suka), maka Nabi (SAW) bersabda: "Aku telah di anugerahkan kecintaan kepadanya".
        • Ketiga:
          • Diriwayatkan oleh Siti Aisyah (ra), katanya: "Ketika para tawanan perang Badar di bebaskan dengan tebusan, Siti Zainab (ra), puteri Rasulullah (SAW) menghantarkan kalung (pemberian Siti Khadijah (ra) pada hari perkahwinannya) sebagai terbusan suaminya (Abu Al-‘aash ibn Al-Rabi’), maka Rasulullah (SAW) ketika melihat kalung itu tersentuh hatinya, lalu meminta persetujuan para sahabat untuk membebaskannya tanpa tebusan, lalu mengembalikan kalung tersebut, maka mereka bersetuju, lalu ia di bebaskan".

      4 - Keutamaan Siti Khadijah (ra)


      • Pertama:
        • Imam Bukhari meriwayatkan bahawa ketika Jibril (as) datang kepada Nabi (SAW), dia berkata: "Wahai Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan".
      • Kedua:
        • Jibril (as) menyampaikan salam itu kepada Rasulullah (SAW) seraya berkata kepada Baginda: 'Sampaikan kepada Khadijah salam dari Tuhannya'. Kemudian Rasulullah (SAW) bersabda : 'Wahai Khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu'. Maka Khadijah (ra) menjawab : 'Allah yang menurunkan salam (kesejahteraan), dari-Nya berasal salam (kesejahteraan), dan kepada Jibril semoga diberikan salam (kesejahteraan)'.

      Nukilan: Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid




      .

      11 November 2011

      Majlis Ta'lim 11 November 2011




      Seperti biasa,Majlis Ta'lim Darul Murtadza membahaskan kitab-kitab berikut:-

      1-Tafsir AlQuran
      2-Hadis Nabi(Kitab Riyadussolihin)
      3-Bidayatul Hidayah
      4-Tasawwuf (Kitab Peringatan Tentang Umur Insan)

      Tarikh 11/11/11 yang datang hanya 800 tahun sekali, dihiasi dengan Bulan Purnama, dan kehadiran pencinta-pencinta ilmu, telah menjadikan malam Majlis Ta'lim Darul Murtadza antara kenangan yang mungin tidak dapat dilupakan. 

      Walaupun dengan adanya kemudahan "LIVE Streaming", dianggarkan lebih dari 230 orang telah hadir di dalam majlis tersebut.

      Jumlah hadirin yang telah membanjiri Majlis Ta'lim Darul Murtadza



      Dari pihak pengurusan, kami ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua. Kami juga ingin memohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku (Makanan, Minuman, Layanan dan sebagainya)

      InsyaAllah akan diperbaiki di masa hadapan.

      Teruskan Istiqomah bersama kami di Majlis Ta'lim Darul Murtadza setiap Jumaat :)

       Ø¬Ø²Ø§ÙƒÙ… الله خيرً كثيرا

      07 November 2011

      Sedutan Majlis Maulid pada Malam Arafah, 4 November 2011 (Bahagian kedua)

      Berikut adalah beberapa gambar yang ingin dikongsikan pada Majlis Maulid yang lepas...


       "Ya Nabi dengar jeritan kami.."

       "Rindu ini tak tertahan lagi.."


       "Duhai penawar derita kami.."


      "Sudilah hadir dijiwa ini" 


       "bagimu salam shalawat kami... Beserta segenap rasa rindu.."



      "Bilakah saat berjumpa itu...  Untuk melepas rindu dihati .."

      - Lirik Lagu "Dengar Jeritan Kami
      yang didendangkan oleh Haddad Alwi feat. Tasya



      Anda boleh mengikuti sedutan Rakaman Majlis Maulid tersebut di blog post kami yang lepas : -

      Sila Klik di sini untuk menyaksikan Rakaman Maulid 4 November 2011




      Sekian

      UM Berselawat bersempena Sambutan Maal Hijrah


      Bersempena dengan Sambutan Khas Maal Hijrah 1433, Universiti Malaya akan menganjurkan Majlis "UM Berselawat" seperti yang tertera di dalam poster di atas.

      Marilah kita bersama-sama mengimarahkan lagi majlis tersebut.

      Jumpa anda di sana :)

      05 November 2011

      Salam AidilAdha

       Salam AidilAdha dari kami

      Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga segala ibadah dan usaha kita akan diterimaNya insyaAllah.

      Sekitar Majlis Maulid Bulanan pada 4 November 2011

      Assalamualaikum

      Alhamdulillah, pada malam 4 November 2011 lepas, Majlis Ta'lim Darul Murtadza telah menganjurkan Majlis Maulid Bulanan. Berikut adalah sedutan dari Majlis tersebut:-




      Keistimewaan Majlis Maulid kali ini adalah bertepatan dengan 10 hari pertama dalam Bulan Zulhijjah dan Malam Hari Arafah. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemaah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

      Dimulakan dengan Doa dari Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, majlis meneruskan agendanya dengan bacaan Maulid Diaulami' yang diselangi dengan qasidah-qasidah, Tausiyah tentang keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah dan jamuan makan.


      Selain daripada itu, Majlis Ta'lim Darul Murtadza juga telah mengedarkan Buletin Darul Murtadza yang pertama kepada yang hadir. Difahamkan bahawa buletin ini akan diedarkan setiap bulan, insyaAllah.

      Kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada yang hadir. Kami mendoakan yang terbaik untuk anda semua.