بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله،
سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:
Bagi pihak Majlis Ta’lim Darul
Murtadza (MTDM) kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan
Rejab yang mulia ini, semoga akan membawa barakah, dan keamanan serta
keharmonian dalam kehidupan jasmani dan rohani kita, amin.
Keistimewaan Bulan Rejab
Rajab adalah salah satu dari
4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rajab berarti keagungan, kerana
bulan ini diagungkan oleh Allah Ta'ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam
juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali
dengan "Rajab Mudhar" ( رجب مضر), untuk membezakan dari "Rajab Rabi’ah" ( رجب ربيعة), Rasulullah menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:
التوبة: ٣٦
Sesungguhnya
bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah
menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh
berperang dalam bulan itu. (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab)
Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam
setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah
terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman,
damai, tenteram dan selamat.
Berkata Ibnu 'Abbas mengomentari ayat di
atas:
“Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan
haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram
lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di
dalamnya akan di lipat gandakan”.
Di antara keutamannya ialah
berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata:
“Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata: terkadang Rasulullah berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak
berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak
berpuasa”. (Abu Daud).
Amalan di dalam bulan Rejab
Di
antara amalan di bulan Rejab: memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah :
أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء
من النار
وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
(الديلمى)
"Perbanyaklah
kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah setiap saat di bulan
Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah
mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang
berpuasa dibulan Rejab." (al- Dailami).
Amalan
istighfar para salaf ialah:
Di
antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di
istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah : “ Lima
malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam
Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di
anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:
Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti
“curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya
kepada hamba yang di kehendakinya.
Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam
Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas
ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada
madzhabnya.
Marilah kita memanfaatkan peluang dan
kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih
rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi
meraih rahmat-Nya.
Amin.
...